Assalmualaikum....
Menjadi mama kepada 3 orang anak yang sedang memnesar ini memang mengujakan, menggembirakan walaupun kadang-kadang amat meletihkan...hehehe itu biasalah meskipun mama ni supermama,kadang-kadang tetap merasa letih jugakan.
Mujur lagi balik kerja awal,sampai dirumah pukul 5pm terus kelentung-kelentang bersilat didapur, menyediakan apa saja juadah yang termampu asalkan dapat mengisi perut seisi keluarga. Juadah tidaklah segah mana tapi bila mendapat pujian dari anak-anak kembanglah hidung mama ni..oh bukan nak tunjuk gambar makanan ye, hari ni takde gambar makanan..
Pukul 6pm..anak-anak balik dari taska,mama masih didapur menghabiskan sedikit lagi kerja-kerja memasak. selesai memasak melayan anak-anak sebentar menonton televisyen dan mendengar mereka bercerita apa yang patut,sambil mengangguk disana-sini,entah mulut dan wajah mana yang mama nak pandang pun dah tak pasti hahaha..ye lah semuanya nak bersuarakan dan semua pun nak perhatian mama..
pukul 7pm...bersedia memandikan anak-anak seorang demi seorang,kadang-kadang mandi sambil mulut mama tak henti membebel,biasalah mama kan kalau tak membebel tak sah, pulak tu ada je benda yang nak dibebelkan, kena bersedia awal..lepas tu tunggu abang adam bersolat, kalau mood ok abang adam akan baca sendiri bacaan dalam solat,kalau mood tak ok...mama yang bacakan abang adam ikut...ohoiii bertabah dan bersabarlah mama..cekalkan hati...
Terpanggil untuk ajar anak-anak bersolat seawal ini, kerana mama pernah terfikir...usia ini sampai bilakah penghujungnya, apakah mama sudah buat yang terbaik buat anak-anak mama?apakah yang mama sudah ajar kepada anak-anak mama? andai mama pergi suatu hari nanti mama ingin tinggalkan anak-anak yang soleh yang dapat mendoakan mama dan mengirimkan pahala untuk mama nanti...
Seusai abang bersolat...adrien pula datang membawa buku latihan.."mama...yen ada homework" ok buatlah, rasa tidak adil untuk meninggalkan adrien sendirian,mama temankan adrien membuat homework,menunggu adrien buat homework juga menuntut kesabaran..hehehe apa taknya, yang tak perlu buat pun dia nak buat..urut dadalah mama....
"mama...amik gambar ni,yen dapat very good,nanti tunjuk dekat ibu"
ok marilah mama amikkan gambar...
hasil kerja adrien...siap tunjuk yang mana dia dapat very good...yang dapat tanda soal sebab malas nak buat dia tak tunjuk pulak tu..huhuhu pandai je dia kan,nak tunjuk yang baik-baik je.
ini yen kangger lukisan cantik tak mama? ye..cantik sangat yen kaler nih...
Selepas habis melayan adrien membuat homework,abang adam pula muncul dengan buku sekolahnya " mama..abang pun ada homework ni,mama teman abang buat ye"
" ok abang buatlah mama tunggu abang.."
Sudahnya pukul 8 lbh baru mama jumpa air...hahaha dalam ertikata lain baru nak mandi, apa nak buat melayan anak-anak terlebih dahulu,demi kepuasan anak-anak, itu belum campur dengan adelya menangis nak susu lagi...mama melayan 3 orang dah macam ni,macam mana la arwah mak akak dulu yang menjaga kami adik-beradik 9 orang nih.
Wah mama menulis macam diari harian pulak ye...hehehe pada hal nak cerita pasal adrien je ni...
Pesanan buat anak-anak mama :
Belajar itu bukan sekadar untuk mendapat keputusan yang cemerlang tetapi belajar itu lebih kepada untuk mendapatkan ilmu.
Allahumma solli ala saiyyidina Muhammad
Wa ala aali saiyyidina Muhammad
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
anak2 lagi rapat dgn mamanya kan..kan.. hehehe... same la saya pun..balik keje terus bersilat kt dapur...masak simple n sdap utk anak2.. anak2 sedang membesar kan.. dah pandai makan... harus masak utk mereka agar kenyang... bila kenyang perut senang ati... walaupun letih, layan anak2 tetap diutamakan.. kan mama aryan kan...
ReplyDeletebetul tu emme..penat yang berbaloi-baloi bila dapat penuhi kehendak anak-anak.
Deleterajin yen buat homework..
ReplyDeletebelajar tanpa jemu..insyallah dapat hasilnya
:-))
inshaAllah kak yan...moga kerajinan mereka berterusan
DeleteBagus anak-anak AA.. Rajin buat homework..
ReplyDeleteAnak2 akak pun memang kena teman buat homework..
Kalau tidak ter tido lah jawapnya :)
kadang2 datang mood tak ok,kena paksa juga mereka buat homework ni kak
Deleterutin kita sama lah dear...huhu membebel masak basuh kain ajar anak..
ReplyDeletemama ni macam tu la kan
DeleteAlhamdulillah rajin depa ye sis... masa banyak dgn anak2 pasti buat kita lebih rapat.. :)
ReplyDeletekadang2 je rajin ni atie,kadang2 main je lebih
DeleteAlhamdulillah.. wp jadual padat, tp terisi dgn perkara yg bermanfaat..
ReplyDeleteTakpe la buat masa ni letih melayan.. masa diaorg nk membesar ni je..tak lama mana pun.. bila diaorg da pandai buat hal sendiri, terasa sunyi nnt..
inshaAllah...cuba isikan ruang waktu yang ada ni dengan segala aktiviti yang bermanfaat
Deletebetullah kan . my bunda pun menjaga 9 org anak . masa saya membesar , cuma bersama 2 org abang . yg lain sudah berhijrah . tapi ada memori lah masa kecik dgn my kakak yang melayan saya makan sambil main di bawah pokok rambutan ... bezanya mak kita dulu tak kerja tapi ibu sekrg ramai yg bekerja menyebabkan masa yg ada sgt terhad bersama anak2 ...
ReplyDeleteMemang supermama. Saya tiap hari beli lauk siap. Sampai jemu la Tatau apa nak dibeli. Balik kerja je Aleesya terkam nak menyusu. Balas dendam sbb minum botol kt nursery. Kikiki.
ReplyDeleteBeginilah kalau dah jadi mak. Kena cekap menguruskan segalanya. Kerja tak pernah habis walau secepat mana pun kita buat. Melayan anak-anak pun kena bertabah juga. Nasib baik anak baru tiga. Sama macam saya, baru aje dua. Tapi kecohnya macam jaga anak 10 orang. Itu yang saya selalu fikir, macamana mak-mak kita dulu jaga kita adik beradik yang ramai ni. Sure tak menang tangan tapi tak pernah pulak dengar mak mengeluh *_* Sekarang ni baru jaga dua anak, adakalanya termengeluh juga....
ReplyDeletedilema betul kan.. masa dan anak2 isu yang utama sebagai ibu ni, nasib saya dan anak2 macam manalah nanti, sebabnya papa n dah dapat kerja baharu, insyaAllah lebih bab gaji tapi jauh pula tempatnya. sayalah yang kena ada midset psositif supaya menghadapi situasi ni dengan baik nati..
ReplyDelete