Wednesday 13 May 2015

kerempeng katanya

Assalamualaikum...

tengah akak bersiap-siap untuk majlis persandingan adik ipar,en.azmi dan adelya masuk ke bilik.

Sekali en.azmi bersuara...

"Kerempengnye lah mama yaya ni ". akak tengok je en.azmi.
"Apa la yang kerempeng sangat mike ni" diulang lagi ayat kerempeng tu.

"Kerempeng-kerempeng mama ni adelya, alhamdulillah dapat juga lahirkan abang-abang dengan adelya" (Harap takde yg terasa dgn ayat akak ye, itu cuma perbualan antara suami isteri, semua itu rezeki dari Allah syukur alhamdulillah, akak tahu ada antara kawan-kawan yg masih menanti kehadiran cahayamata,akak doakan moga penantian itu akan berakhir tidak lama lagi ye..inshaAllah).

Ayat itu sengaja akak bagi pada en.azmi, sebenarnya bukanlah en.azmi mengeji atau mengutuk akak ye,agaknya dia kesian tengok isteri dia ni kerempeng. Sebenarnya akak takde lah kurus sangat tapi hari sabtu akak mula demam dan takde selera untuk makan sebab tu jadi terlebih kurus agaknya tu.

Hari ni juga masih tiada selera untuk makan,makan sikit-sikit alas perut sahaja. Alhamdulillah diberi sakit..sakit itukan kifarah dosa.
 

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" 

Pesanan buat anak-anak mama :

Janganlah kita beburuk sangka kepada Allah, terimalah apa jua yang telah ditetapkan Allah pada kita.

Wassalam


 

4 comments:

  1. Haha.. gurauan manja tu.. tapi akak mmg kurus la.. saya tgk di blog sebelum ni, tapi bila jumpa akak nampak lebih kurus dan tinggi, jauh drp yang saya bayangkan..

    ReplyDelete
  2. semoga cepat sihat yea! :))

    ReplyDelete
  3. papa adelya jeles la tu mama kurus hihihihihi :p

    tapi kan kak kira tak pernah ada niat nak gemok walau keding macam ni sebab takut nanti bila dah gemok sibuk pulak nak diet sebab takut gemok sangat. jadi bersyukur jela dengan apa adanya ni kan

    ReplyDelete
  4. mmg kak lah nmpk kurus pun, tapi rasanya sbb dress tu kain lembut, so nmpk terlebih kurus dr biasa. kalau masa pakai skirt ngan kemeja hr tu xnmpk sgt.

    huhu... rasa segan nk pakai dress tu lg sbb nmpk semua bumper..
    nk tgk gmbr pun malu je rasanya..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...