Sunday, 24 May 2015

seorang ironman seorang bermisai

Assalamualaikum....

Petang semalam selesai mandikan anak-anak mama mengemas apa yang patut. Abg adam dengan adrien sudah siap berbaju terus ke bawah bermain,mama diatas melayan adelya. En.azmi tiada kerana semalam ada kerja yang perlu dilakukan keluar dari pagi, hampir pukul 8mlm baru sampai rumah.

Tengah mama bersiap untuk maghrib 2hero mama tu naik,yang seorang tersenyum-senyum,seorang lagi pula beraksi bagaikan ironman,kebetulan pada petangnya mereka dok layan movie ironman kat astro..apalagi jadi ironman la pulakkan.

Mulanya mama buat taktahu je,tapi bila mama dok perati muka memasing... aduhaiii...tergelak mama menengoknya


nampak tak apa yang ada kat abg adam tu? Siap dilukis dengan pen dekat tapak tangan lampu macam ironman tu..dekat tapak kaki pun ada,itu dekat dahi pun ada..macam-macam lah bebudak ni.


Kalau abg adam jadi ironman, adrien pula jadi tony stark..tengok tu siap lukis misai macam tony stark...hahaha. siap buat mulut macam tu nak suh mama snap pic bagi nampak misai dia.

Ini rumah masih sunyi,anak-anak masih tido,hari ini entah apa pula kerenah mereka agaknya..hahaha,mama layankan aje

Pagi-pagi dah cerita pasal anak-anak mama ni,ye lah..ini bagaikan diari mama untuk anak-anak,jadi apa saja keletah atau gelagat mereka mama akan catit disini,mana tau suatu hari nanti mereka akan membacanya kan.

Pesanan buat anak-anak mama :

mama sayang anak-anak mama,melayan kerenah anak-anak menghiburkan hati mama,jadilah anak yang baik ye.

Allahumma solli ala saiyyidina Muhammad
Wa ala aali saiyyidina Muhammad

Wassalam

4 comments:

  1. Haha.. comel2 semuanya.. dalam gambar ni xjelas sangat lukisan misai dan pada tapak tangan tu tapi anty faham le situasinya.. seronokla anak2 berimaginasi dgn apa yang diorang minat ni.. nampak ada ushaa kat situ..

    ReplyDelete
  2. hehe camni la anak2 kalau dibiarkan.. kadang2 geram jugak kalau smpai sofa dinding pun diorang conteng..hihi sabar je lah

    ReplyDelete
  3. asalamualaikum...salam hujung minggu...

    :-)) ada2 aje idea budak2 nie..sel2 otak sedang berhubung lah tu

    ReplyDelete
  4. Habis la muka kena conteng.. mcm2 idea bdk2 ni.. hihi.. nasib yaya x conteng muka..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...