Tuesday, 26 May 2015

sambutan suku tahunan

Assalamualaikum....

Di Seksyen mama bekerja ni, kami ada buat sambutan hari lahir secara suku tahunan..

ini dah lama pun majlisnya,tapi baru sekarang teringat nak update..hehehe sebab banyak sangat kisah anak-anak yang nak diceritakan,cerita mama dipinggirkan lah,lagipun cerita mama tak berapa menarik,cerita anak-anak lebih menarik untuk dikongsi, tapi kali ni mama kongsi juga lah cerita mama yang tak seberapa tu..



Untuk bulan jan.feb dan mac..hanya 5 orang je, jadi jom lah kita potong kek ramai-ramai..tak potong pun tu, eksyen je lebih...sapa nak makan potong sendiri. kek besar tu beli dengan duit seksyen yang kami collect setiap bulan,kek kecik tu ada yang sponsor...

Hari tu juga atas permintaan...mama ada memasak juga..hehehe, mama masak apa tu???





Inilah yang mama masak...permintaan adik-adik di seksyen tu yang minta mama masakkan spaghetti, mama buatlah spaghetti meatball...kata mereka sedap sangat spaghetti mama ni ( hamboih kemain lagi mama puji diri kan..hehehe jangan marah ye sesekali...ini kata mereka bukan kata mama) siap cakap mereka buat tapi rasa tak macam yang mama masak ni... ada yang minta resepi lagi, ok nak resepi ambil kat sini ye..

Seronok juga sesekali ada majlis macam ni,boleh berseronok bersama kawan-kawan dan bos.. dapat bos sporting lak tu memang ngam lah..

Pesanan buat anak-anak mama :

Kita adalah siapa kawan-kawan kita, carilah kawan yang baik yang dapat membimbing kita ke jalan Allah.

Allahumma solli ala saiyyidina Muhammad
Wa ala aali saiyyidina Muhammad

8 comments:

  1. Err kenapa nmpk sedap sgt ni.. Kongsilah rahsia camne nak buat sos tu. ehehe

    ReplyDelete
  2. Amboi syoknya gitu buat sambutan hari jadi sama2.. syokla makan sempena hari jadi ramai2 ni.. hari jadi ke berapa ni? Haha.. yang penting sama bermuafakat ni..

    ReplyDelete
  3. kawan menangis susah dicari...berhati2 dalam berkawan...

    ReplyDelete
  4. wow...bagus juga ni kak..sekali sambut birthday ramai2... :)

    ReplyDelete
  5. Best sambut bday ramai2..

    ReplyDelete
  6. Best sambut bday ramai2..

    ReplyDelete
  7. Seronok ni! Kalau dah ramai memuji sedap, memang sedap la tu. Tak yah malu2 kikiki

    ReplyDelete
  8. Dulu kat tempat kerja saya ni adalah buat sambutan macam ni. Tapi sejak 'penganjur'nya berhenti kerja, takdalah merasa lagi. Sesekali dapat berseronok di pejabat, memanglah bestkan!

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...