Saturday 9 May 2015

ujian dan dugaan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur masih diberi peluang untuk mendengar kicauan burung,menghirup udara segar kampung..ye balik kampung lagi minggu ni..adik ipar akan berkahwin pada ahad ini. Plan cuti dan balik kampung khamis tapi abg adam exam terpaksalah balik hari jumaat.

Selepas jumaat bergerak singgah dipetronas hicom untuk mengisi minyak mama bersama adrien dan adelya tunggu didalam kereta sementara abg adam mengikut papa untuk membeli air dan roti. Tetiba ada seorang lelaki india menunjukkan sesuatu pada mama tapi mama tak pasti apakah itu,setelah lelaki india tu berlalu mama buka pintu dan tengok bonet depan kereta dah berasap, papa pun datang matikan enjin kereta. Selesai mengisi minyak parking ditepi dulu.

Papa menengok kereta dan menelefon beberapa orang untuk bertanya, akhirnya papa telefon abah(abg ipar mama) memang abah ni pandai pasal kereta sudah bertanya serba sedikit, tunggu tempreture turun kami berpatah balik ke rumah kakak mama untuk menukar kereta,mujurlah mereka ada 2 kereta bolehlah pinjam satu..

Perjalanan yang dirancang awal akhirnya lambat juga,tak apalah asalkan selamat,satu hal pulak kereta kakak tu minyak kurang berhenti pula kami ditepi jalan call anak buah tak dapat pulak sudahnya bawa juga walapon minyak memang dah abis,mujur lah sempat juga ke stesen minyak..adoii la hahaha kakak dah beritahu minyak tak ada sebab jarang guna kereta tu.

Syukur alhamdulillah walaupun terdapat sedikit ujian kami akhirnya sampai juga dikampung dengan selamat sempat juga berhenti makan isi perut dulu sebab tak tahan lapar..hehehe


Minggu lepas sebelum balik kampung tayar pecah,kali ini berasap pula.. Takpe lah dugaankan lagipun kereta ni memang tak pernah buat hal selama hampir 7thn berjasa dengan keluarga kecil ini..

Sempat sampai kampung pukul 9mlm dan sempat juga join majlis berinai, anak dara mama pun teringin berinai juga tau hehehe...diam aje masa diinai tu

Okeh nanti kita cerita pasal kenduri pulak ye...

Pesanan buat anak-anak mama :

Ujian dan dugaan itu adalah lumrah dalam kehidupan,ujian dan dugaan bukan untuk ditangisi tapi untuk dihadapi..walau sehebat mana pun ujian dan dugaan yang dihadapi lalui dengan sabar dan redha.

Mama bangga anak-anak mama mampu menghadapi ujian yg kita lalui semalam.

Wassalam

4 comments:

  1. Alahai..siannya dua kali dah tu. Mujur juga ada yang tunjukkan dan bagi bantuan ya..Tapi lega baca bila dapat bantuan. Alhamdulillah lega dah selamat semuanya. Betul cakap akak, kalau diduga kena tabah dan kaut semangat..

    ReplyDelete
  2. Benda yang tak dijangka kekadang berlaku... Apapun, sabarlah ye...

    ReplyDelete
  3. Dugaan ni tak blh nk dijangka kan..
    Allah duga bermakna Allah syg k.lah & keluarga..
    Wp Allah duga, tp Dia tetap beri bantuan..

    ReplyDelete
  4. Allah... tapi syukur jugak lah tak jadi tengah jalan kan. kalau jadi tengah highway ke ape ke jenuh jugak tu dengan kita ada anak kecik ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...