melawat kebun

Assalamualaikum....

Membawa anak-anak mama melawat kebun seorang sahabat mama dan papa, asalnya sahabat mama ini manager disebuah pasaraya,tetapi membuat keputusan untuk berhenti untuk mengusahakan tanah bapanya.

Tujuan utama berjumpa sebenarnya adalah untuk ini...


Nak rembat petai sebenarnya..kebetulan pulak memang mak mentua perlukan petai untuk dimasak dengan tempoyak ubi kayu masa kenduri hujung minggu ni..hai tak sabarlah mama nak makan ni hihihi menu kegemaran mama tu.


Seronok anak-anak bermain dipondok yang terdapat dikebun itu.mama dengan dress masuk kebun getah..oh ya kebun ini ditanam dengan pokok getah.. alhamdulillah kata orang berbudi pada tanah pasti akan membuahkan hasil. Moga usaha sahabat mama ini akan membawa hasil buat dia sekeluarga.. seronok juga punya kebun macam ni.. hai teringin pula tapi tak punya tanah dan tak punya modal..mampu berangan sahajalah nampaknya...

Sengaja bawa anak-anak untuk merasa suasana dikebun,tapi kebunnya pun tidaklah didalam hutan,ditepi jalan besar laluan utama ke temerloh,kalau dulu masa tiada highway LPT tu,jalan ini merupakan jalan utama ke kuantan dan terengganu..bila ada LPT kereta pun dah kurang menggunakan jalan ini,jalan lengang je,seronok pula dengan suasana redup pokok dikiri kanan jalan.

Pesanan buat anak-anak mama :

Kerja itu merupakan satu ibadah.. apa jua kerja kita...tunaikanlah ibadah itu dengan ikhlas dan bersungguh hati...inshaAllah pasti akan ada ganjarannya nanti

Wassalam



Comments

  1. Sedap tu makan tempoyak pucuk ubi dengan petai.. petai segar pulak tu.. alahai..seronokla orang ada kebun besar ni. Mcm2 hasilnya

    ReplyDelete
  2. Bestnya ada kebun. Petai tu ☺☺

    ReplyDelete
  3. saya pun gila petai . arwah abah byk tanam pokok petai kat kg ...

    ReplyDelete
  4. Untung ada kebun.. berbudi pada tanah, mmg berhasil.. icong pn penggemar petai..

    ReplyDelete
  5. kan kira pun teringin nk ada tanah kebun tp xnk yg jauh ke dlm. takut nk masuk nanti hihihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts