melayan kerenah mereka

Assalamualaikum...

Anak-anak balik dari taska, rumah pun mulai riuh dengan suara dan gelagat masing-masing..abg adam jadi robot, adrien dengan cerita2nya dan usikan2 nya,adelya nak melekat dekat mama lepas tu bermain,diusik abg adrien.. menangislah dia...hai mama tengokkan aje kerenah masing2,baru 3..kalau 9 macam adik beradik mama mesti lagi pening melayan kerenah masing2 kan..


Hero2 siap bertopeng,dapat ditaska tu sebab ada sambutan birthday seorang kawan mereka ditaska,apalagi sibuk nak pakai topeng tu,macam2 gaya yang mereka buat,siap suruh mama snapkan gambar,layankan saja...seronoklah masing2 adelya pun taknak ketinggalan, siap mengusik mama tu... atu...atu... haii memang mama tak takutlah tengok hantu comel macam tu,mama ambil geletek je terus ketawa mengekek.

Memang tak pernah sunyilah rumah dibuatnya...ada saja yang akan mereka lakukan,dekat ruang tamu yang dah mama buang segala meja biar senang mereka bermain,disitulah anak2 melompat,berlari kejar2,berguling, bermain bergaduh dan berbaik semula.

Pesanan buat anak-anak mama :

Kawan untuk sama-sama ketawa itu senang dicari yang sukar dicari adalah kawan2 yang sudi menangis bersama ketika susah...jadilah anak2 mama kawan yang sentiasa ada dikala tawa dan tangis...

Wassalam

Comments

  1. ada2 aje idea anak2 nie. :-))

    moga mmbesar dengan sihat..amin

    ReplyDelete
  2. bila anak ramai , masa mrk bergurau mmg meriah . bla mrk x de , rasa mcm dok dlm gua ... saya pun sembilan beradik juga ...

    ReplyDelete
  3. Mcm2 gelagat bila dh ramai2 tu..
    Kami 6 beradik pn rasa da meriah, kalau 9 lg la ye..
    Aimy yg sorang tu pun, kalau time dia tdo terasa sunyinya..

    ReplyDelete
  4. sama lah kita kak. kira pun simpan segala meja ke ape sebab nak bagi ruang uwais main. almari pun letak dalam satu bilik je. bilik satu lagi bagi ada ruang dia nak lari nak willy kreta dia. kesian rumah sempit huuuu

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts