Thursday, 28 May 2015

dilema mama

Assalamualaikum....

Pagi ni siap-siapkan abang adam... semalam pun sebelum abang tido,abang dah cakap pada mama
"mama..esokkan abang tak payah pakai baju sekolah,abang pakai baju jalan je,sebab esok kena ambil fail je"

"ok abang..." oh ya ambil fail tu,ambil result exam abang adam yang lepas lah.

Pagi ni sesudah abang solat subuh,abang bagitahu mama
"mama hari ni cikgu pesan mama dengan papa kena datang sekolah ambil fail abang" tetiba mama rasa sedih,macammana mama nak cakap ni?

"hari ni abang pergi sekolah dengan papa je tau"

"ala...kenapa mama tak pergi?" mama diam seribu bahasa..sedihhh sambil iron baju.mama berfikir, mahu time off ke pagi ni untuk bersama abang ke sekolah? mama dalam dilema nih antara anak dan kerjaya... hari ni pula survey bulanan hendak ditutup,mama pula ada appoinment dengan responden, sudah berjanji akan telefon pagi ini untuk dapatkan data,macammana mama nak buat ni? sedih lagi...

Kalau mama time off,nanti berlama disekolah...terlepas waktu untuk telefon responden pula,alahai.. kedua-duanya penting, akhirnya mama putuskan untuk pergi kerja seperti biasa.

Dalam kereta,abang hantar mama pergi ofis hari ni...

" Abang..mama minta maaf tau sebab mama tak dapat teman abang ambil resul exam,abag pergi dengan papa je,sebab hari ni mama kena kena kerja,mama kena telefon responden mama.."

"ok mama..." jawab abang adam,mama harap abang faham,inshaAllah nanti hujung tahun mama akan luangkan masa untuk ambil result abang.

Sebenarnya mama memang teringin sangat nak ke sekolah untuk ambil result abang,nak jumpa cikgu bertanya kelemahan dan kelebihan abang,tapi tecer bagi mesej book bagitau hari untuk ambil result lambat sedikit,kalau tidak mama boleh ambil cuti.

Selama ini memang papa je yang uruskan hal sekolah abang,dari pendaftara,menghantar abang dihari pertama,mengambil result exam...semualah berkaitan sekolah papa yang uruskan,bukan mama tidak ambil berat,tapi waktu kerja papa lebih fleksible,mama kena ambil cuti bagai,jadi lebih mudah untuk papa uruskan, daftar sekolah rendah abang,mama daftarkan online, ke sekolah untuk mendaftar, mula dulu mama turut serta,selepas itu papa mahu tukarkan abang ke sekolah lain,jadi semua urusan papa yang uruskan.. inshaAllah tahun depan abang darjah satu,mama akan ambil cuti untuk abang..

Sehingga entri ini ditulis..mama masih terasa ralat, nak menangis pula rasanya...

Pesanan buat anak-anak mama :

Biar apapun result abang,mama tahu abang dah buat yang terbaik...kalau cemerlang itu bonus, kalau tidak...usaha lagi.

Allahumma solli ala saiyyidina Muhammad
Wa ala aali saiyyidina Muhammad

Wassalam

9 comments:

  1. bila besar nanti adam akan faham tugas mamanya ... sabar ye .

    ReplyDelete
  2. sedih pula baca cite akak ni,
    camtulah jadi mak kan kak...antara anak dan kerjaya
    saya sendiri selalu bbelah bahagi...

    insya ALLAH abang adam paham..

    ReplyDelete
  3. kadang antara tugas & anak2 memang jadi dilema.. apa pun insyaAllah lama2 nti anak akan faham dgn sndiri nya...

    ReplyDelete
  4. akhir tahun mama amik cuti utk amik result, lps tu blh terus celebrate.. hihi..

    ReplyDelete
  5. Susah kan bila macam ni? Saya pun selalu Ada dilemma macam ni. Diluah mati emak ditelan mati anak.

    ReplyDelete
  6. Memang itulah masalahnya bila ibu bekerja. Sama macam saya, tak tahu mana yang patut didahulukan kadang-kala. Yang ini anak-anak, yang itu kerja. Dua-dua pun penting. Kalau dulu saya masih ada banyak pilihan, anak-anak juga saya pilih. Tapi sejak tahun ni, pilihan dah jadi limited. Kena betul-betul buat keputusan demi kepentingan anak-anak dan kerjaya.

    ReplyDelete
  7. Faham situasi akak....antara kerjaya dan anak2....kita kerja pon bukan untuk org lain jugak...pon demi anak2 kan....

    ReplyDelete
  8. insyaAllah anak2 akan faham nanti kalau kita terangkan baik2.. saya ada juga terfikir, yang banyak papa naim yg uruskan hal persekolahan diorang ni. tapi bukan sengaja kan, ada tuntutan kerja yang nak kita buat, redha la anak-anak mama.. insyaAllah susah-susah dahulu, nanti makin senangla, kalau bukan masa korang, masa adik pula nanti mama ada masa,, saya fikir gitu nak sedapkan hati.. kalau tak memang rasa nak berhenti kerja je utk masa bersama-sama anak lebih berkualiti

    ReplyDelete
  9. alahai sebaknya huuu insyaAllah abang adam mesti paham. dia kan budak bijak :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...