Tuesday 5 May 2015

mangsa buli

Assalamualaikum...

Hari tu kakak mama balik kampung,anaknya tidak mahu ikut jadi tinggal sementara dirumah mama.

sudah jadi mangsa buli adrien..hehehe



Tengoklah tu.. pakai seluar baju pun nak dengan abang ayip..spender pun minta abg ayip pakaikan.. amboiii kemain lagi dia kan..sikit-sikit abg ayip.

sekarang ni pulak,kemain lagi..hari tu papa suruh dia tolong amikkan baju..selamber je dia cakap dekat papa..papa pegi la amik sendiri...adoiii dah pandai dia menjawab...

Mulutnya pun boleh tahan becoknye,ada je yang dia nak cakapkan..kadang-kadang mama tak faham apa yang adrien cuba sampaikan.macam semalam, bising dia " nak kule-kule..nak kule-kule" mama cakaplah gula-gula tak ada,rupanya dia nak kura-kura..adoi kura-kura tinggal dekat kampung sebab minggu ni nak balik lagi,jadi tinggalkan sekejaplah dikampung,udah dibantai mengamuk nak kura-kura pulak..jenuh memujuk dalam kereta.

Lepas tu kalau dengan adelya pun adrien suka buli,sikit-sikit dia cepuk adelya, hoi berasap mama tengok,bukanlah mama tak boleh tengok adelya dipukul,tapi kadang2 takde salah apapun dia pegi cepuk adelya tu...ada masanya adelya balas balik,ada masanya adelya meraung sampai menitis-nitis airmata..kadang siap pegi mengadu dekat abg adam,menangis sambil peluk abg adam.." abam..yeyen buat"... hahaha kadang kelakar,kadang berasap juga mama tengok..nak pulak kalau adelya menangis berguling-guling...hoih drama queen sungguh anak dara sorang tu..

abg adrien kalau tengok adelya menangis takkan dipujuknya,berbeza dengan abg adam, panggil "baby...sini dekat abg..dah2 takmau nangis ye" sambil usap2 kepala adelya.

Macam tu lah anak-anak kan, ada masa mereka buat kita marah, ada masanya mereka buat kita menangis...ada masanya pula mereka buat kita tertawa...

Pesanan buat anak-anak mama :

Apabila seseorang itu menyakiti hati kamu,berdoalah kepada Allah agar kamu tidak melakukan sedemikian terhadap orang lain... adik-beradik bergaduh tu biasalah kan tapi jangan sampai berpecah ye..

Wassalam

4 comments:

  1. pandai abgnya pujuk adik...setandan pisang tak sama buahnya :-))

    mudahan mereka membesar dengan cerdas dan cergas..

    ReplyDelete
  2. Pandainya abang layan adik.

    ReplyDelete
  3. Pandai sgt yen buli2 ye...
    Patut la aimy lebih suka kawan ngan abg adam..

    ReplyDelete
  4. alaaaaaa sejuk perot tengok abg adam pujuk tu. sekuragnya ada jugak yang nk pujuk adelya, takde la adelya sakit hati sangat kan hihihi

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...