Assalamualaikum...
Nyaman suasana pagi di kampung, syukur alhamdulillah masih diberi ruang untuk bernafas,mendengar kicauan burung,kokokkan ayam dan melihat hijaunya alam..
Ahad..aktiviti bersama keluarga,jiran sebelah rumah mentua buat kenduri kawin,semua gantung periuk kuali..jom makan kenduri..mujurlah mama ni jenisnya dari dulu lagi,akan spare baju kurung atau jubah,bukan apa pesan arwah mak mama,katanya senang takut2 nanti ada hal yang mengejut contohnya kematian...tapi sekarang memang tak kisah lagi sebab mama pakai dress jadi mudahlah, memang itu pakaian mama buat masa ini...bukan apa sehelai jeans yang mama ada pun sudah koyak, malas nak berganti..en.azmi suruh beli tapi mama malas belum terasa nak berjeans lagi,lebih selesa berdress...hihihi feeling princess..masuk kebun pun pakai dress hahaha
Cumanya jadi susah bilamana keluarga ajak main bowling sebelah petang,tidak lah susah mana pun,saja nak bikin susah sendiri sebab mama dah panas balik dari kebun takkan mama nak berdress pula lagikan? Hehe...mujur ada skirt,laju2 mama iron kemeja dgn skirt kalau tak memang mama taram pakai dress je.. mulanya adik2 ajak tengok movie citer the avengers tapi mama tak mahu ikut sebab sebelum ni dah ada pengalaman bawa adelya,anak dara ni tak selesa,asyik menangis,mama taknak menyusahkan penonton lain jika adelya buat hal,mama suruh je mereka pergi nanti mama join masa main bowling,tapi kata abg ipar tak payah la tgk movie kita main bowling je..
Sementara menunggu semua sampai, mak2 sedara melayan anak2 main benda ini..seronok sangatlah anak2 mama sampai 2 kali naik...jenuh melayan.
Tujuan sebenar...hehehe mak dan abah mentua pun turut serta jadi penonton anak menantu main bowling..mama je tak main jadi penonton juga,teringin juga nak membaling,tapi nantilah dilain masa...
Adelya mood kurang ok dah sebenarnya, nak susu dan nak tido..mama cari kot2 ada disediakan tempat utk menyusu tapi tiada.. apa salahnya sediakan tempat utk menyusu sama,jika tempat utk merokok boleh disediakan, ini kerana ibu menyusu pun ingin beriadah juga.. adelya ni kalau tempat ramai macam tu dia taknak menyusu secara terbuka, tak selesa mungkin,mama bagi sekejap lepas tu dia taknak,mama bagilah air sahaja.. kemudian mama tepuk2 bagi tido.. akhirnya tidolah sekejap.. alhamdulillah walapon mengantuk dan lapar susu anak dara sorang ni masih baik,tidak mengamuk-ngamuk...biasa yang tantrumnya abg adam lah,semalam pun nak mengamuk juga sebab taknak balik nak main bowling lagi.. mama tak pernah cerita lagi pasal abg adam yang tantrum kan..nantilah mama cerita.
Balik dari main bowling singgah makan di lanchang,sinar tomyam..ada makcik jual sate,kata adik ipar satenya sedap, kami pun orderlah..hmm memang sedap nak pulak yang daging,mama biasanya tak suka makan daging tapi kali ni mama banyak makan daging..juicy je rasa..
satu lagi hal yang jadi,kali ni adrien pulak buat hal nak buang air,tapi dah dibawa ke toilet tapi taknak membuang.. yen nak kencing kat rumah katanya.. orang tengah makan dia dok berzikir.. jom banggik..jom banggik.. adoiii tak sempat kunyah terus telan je makanan tu dibuatnya...hahaha kerana adrien semua makan dengan laju..tak sempat nak menghayati rasa makanan...
sekian cerita panjang mama kali ni..
Pesanan buat anak-anak mama :
Luangkan sedikit masa yang ada untuk bersama keluarga...kerana kita tidak tahu bilakah kita dapat bersama mereka lagi...
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Haha.. bila ada budak2 kecil gitulah kan.. ada masa kena adjust masa kita dengan keadaan semasa diorang.. banyakla koleksi dress akak ni kalau boleh pakai dress selalu. Saya tak ada banyak, tapi kalau mood nak berjubah tu pakilah juga yang mana ada..
ReplyDeleteBestnya dapat gathering macam ni.
ReplyDeleteBest dpt beriadah mcm ni..
ReplyDeleteaimy sedih xdpt main kuda..
kira sekarang tengah mood seluar slack dengan blouse atau kemeja. dulu gila dress tapi sejak dua menjak ni pakai seluar je.
ReplyDeleteseronok kan sekali sekala buat aktivti luar gini dengan family. rasa lagi dekat