Assalamualaikum....
Minggu lepas akak balik kampung untuk majlis perkahwinan adik ipar akak, imah.. alhamdulillah majlis berjalan lancar.
Malam berinai
Tidaklah dibuat majlis macam retis-retis tu,buat berinai biasa je..hehehe kebetulan malam tu akak sampai lewat,tapi imah masih dipakaikan inai la,ala...inai orang-orang zaman sekarang tu pakai panggil apa..henna ye hehehe tak berapa nak pandai akak ni. Tengok semua dok menghulur tangan untuk dipakaikan inai,akak pun teringin la juga..lepas mandi solat semua,masih sempatlah akak join, tapi akak amik design paling simple dan akak pakai sebelah tangan je, anak dara akak tu pun teringin,siap hulur tangan juga,akak suruhlah budak yang lukis inai tu,buat bunga sekuntum pada tangan adelya...lepas tu adelya cakap apa.. wah mama cantiknya ya ni.. tengokkk kemain anak dara kan puji diri sendiri...
Malam Akad Nikah
Alhamdulillah...dengan sekali lafaz sahaja adik ipar akak sah bergelar seorang isteri...aaaminnn, malam tu kami geng-geng perempuan memakai baju bewarna pink, yang lelaki pula berbaju melayu sebab nak bagi sama baju yang kaler ala-ala pink akak bawa balik baju melayu en.azmi dan anak-anak yang kaler purple,yang digunakan masa raya dua tahun lepas sudahnya,seluar baju melayu anak-anak senteng...hahaha teruk sungguh mama dorang ni,ingat anak-anak tak membesar ke apa? takpe lah pakai aje lah ye lagipun sekejap aje kan.
pengantin di acara membatalkan air sembahyang dan menyerahkan wang maskahwin, di pahang maskahwin masih lagi RM22.50 tau...hehehe dapat beli apa la tu kan...
anak-anak memeriahkan suasana majlis
mama pun tak lepaskan peluang berposing bersama anak-anak.
Majlis persandingan
Ahad majlis bersanding pulak,sayangnya akan tak dapat nak join lebih-lebih sebab kesihatan tidak begitu mengizinkan,asyik nak berbaring je rasanya,sampaikan nak bergambar pun adik ipar datang ketuk pintu bilik,panggil akak..hai teruk sungguhlah rasanya.tetamu ramai ke tidak diluar tu akak pun tak tahu.adelya pun akak harapkan en.azmi dan adik-adik ipar yang tengokkan...
anak-anak di hari persandingan acik imah dan acik kery.
flower girl berbaju kuning hijau...hehehe gambar akak cilok adik ipar punya je, sendiri punya enpon tiada,abg adam jadikan hakmilik pulak.
Akhir sekali dalam tak larat tu sempat juga la minta en.azmi bergambar berdua, mujur la dia sporting kali ni..hehehe pengantin lama yang teringin nak naik pelamin..
begitulah kisah majlis minggu lepas...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..
Selamat pengantin baru imah&kery,
selamat melayari bahtera rumahtangga...semoga ikatan perkahwinan ini diberkati, berbahagia hingga ke syurga...
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
cantik la kombinasi warna baju tdg camtu, terserlah.
ReplyDeleteitu la kan cantik nampaknya..pilihan adik2 ipar, tema petronas katanya hehehe
DeleteBila ada knduri kawin umah saudara..pasti pakat kumpul2 sepupu ..main inai...
ReplyDeletekalau dulu-dulu lagi best siap ambil inai dipokok dan giling pastu pakai ramai2 memang meriahlah
Deletecantiklah baju korang ni... sesuai dengan tudungnya..bestla En Azmi nak layan bergambar, anak2 tak kacau ke? kami payah nkndpat posing gini, anak2 ni kalau nampak mama dekat papa je ada je diorang nnak duduk kat tengah2..
ReplyDeletekonsep letak barang hantaran tu macam tu pun lawa!!
Selamat pengantin baru untuk acik imah dan kery... moga ada persefahaman dan permuafakatan antara korang ni..
hahaha...kali ni dia rajin pulak nak melayan akak ajak bergambar berdua macam tu,sebelum ni memang takde pun aisy..hehehe
Deleteanak2 tak kacau pun, bagi peluang kat mama dengan papa dorang ni.
bekas kayu hantaran tu dibuat sendiri oleh suami adik ipar,cantik nampak kan.
comelnya mama. suka tengok akak ni. simple sweet je. rajin dress up walau ada 3 malaikat kecik yang cergas hihihihhi
ReplyDeletekira kan dari dulu tak suka pakai henna tu. jadi gelik tengok tangan sendiri. housemate pakai dulu pun rasa seram tengok tangan dia huuuu
comel ke? hehehe...sesekali dress up,walapon sibuk dengan malaikat kecik ber3 tu mama teringin nak vouge juga hahaha.
Deleteakak pun 1st time cuba tu,itupun pilih design yg paling simple je, mujur inai nye cepat hilang..