Thursday, 31 March 2016

pengganti arwah

Assalamualaikum...

Selepas pemergian arwah emak dan ayah, kakak sulung mama dan suaminyalah menjadi pengganti tempat arwah.

Semasa mereka dijemput ilahi adik mama yang no 7,8 & 9 masih bersekolah, bagi menghabiskan baki sekolah yang ada, adik mama yang no.5 berhenti kerja dan menjaga adik-adik dikampung sehingga mereka habis belajar. Pengorbanan seorang kakak kan.

Waktu itu adik yang bongsu darjah 5, yang no.8 ting.3 dan yang no.7 ting.5, dua perlu menghadapi peperiksaan yang besar, tapi alhamdulillah keduanya berjaya menduduki peperiksaan itu dan sekarang sudah bekerja, dan seorang masih praktikal sebagai MA, kerja biasa-biasa saja, tapi syukurlah masih punya kerja.

Selepas itu, adik yang bongsu duduk bersama kakak sulung dan meneruskan persekolahan disini, adik yang no.8 duduk bersama adik mama yang no.4 menyambung persekolahan disini juga, untungnya kami duduk berdekatan, jadi tidaklah terasa keseorangan sangat. terasa sangat kerana pemergian ayah dan emak cuma berselang sebulan 1 hari saja.emak pergi dulu diikuti ayah. ayah pergi masa hendak berbuka puasa, malah ayah tak sempat berbuka pun.

mama berkahwin selepas pemergian mak dan ayah, memang terasa sangatlah, buat kenduri pun kecik je, cuma majlis nikah dirumah mama, semua adik-beradik yang uruskan. Alhamdulillah punya adik-beradik yang rapat hubungannya jadi tidaklah kita sendirian membuat persiapan.

Masa sakit bersalin anak pertama, kakak,abg ipar dan en.azmi yang menunggu di hospital, ya Allah sedihnya hanya Allah yang tahu, mengandung sulung terasa ingin berkongsi macam-macam dengan emak tapi tak dapat. sakit pening semua dengan en.azmi je. Bersalin anak no.2 no.3 pun kakak yang jagakan anak-anak. Berpantang anak pertama dan kedua kakak yang jaga.

Mama memilih berpantang dengan kakak bukan sebab apa, mak mertua nak jaga, tapi mama tak mahu sebab mama takut menyusahkan waktu itu mak mertua masih bekerja, mama tak mahu mertua berhenti sebab nak jaga mama, lagipun berpantang dengan kakak dekat sikit dengan en.azmi apa-apa keperluan mama kalau tak cukup boleh en.azmi hantar cepat.Jika berpantang dikampung susah pula en.azmi nak berulang jauh.lagipun mama ni manja terlebih suka arah-arah je kalau sakit hahahah.. dulu-dulu kalau demam ke sakit kepala ke mesti tidur dengan arwah mak sampaikan adik-beradik lain jeles hahaha..manja terlebih kata kakak. jadi mama segan nanti nak minta tolong dengan mertua.


mama bersama adik-beradik perempuan, kami 9 beradik, 6 perempuan 3 lelaki, kakak sulung(ibu) berbaju pink duduk sebelah kiri, yang kedua makngah duduk atas kanan, ketiga mama duduk kanan, keempat mommy duduk tengah, kelima maktam duduk atas kiri, keenam lelaki, pakjang, ketujuh makdak duduk atas tengah, kelapan pakcik, kesembilan paksu.

gambar ini diambil masa majlis pernikahan makdak, buat dirumah ibu, masa melihat makdak diakad nikah terasa sayu betul hati, mungkin itulah perasaan seorang ayah dan emak sewaktu melepaskan anak perempuannya untuk dijaga oleh lelaki lain..ya Allah..perasaan yang sangat sukar untuk digambarkan, pusing belakang kesat airmata dengan hujung tudung.

Alhamdulillah perancangan Allah itulah yang terbaikkan, walaupun kita rasa kita belum bersedia untuk kehilangan emak ayah, tapi Allah kata itulah masanya kami telah bersedia, meskipun tanpa emak ayah hubungan kami adik-beradik alhamdulillah rapat, sikit-sikit bersilih faham dan pendapat tu biasalahkan tapi tidaklah sampai bermasam muka dan tidak bertegur sapa. Alhamdulillah juga punya ipar-ipar yang sangat baik.

Seorang kawan yang baru kehilangan emak whatsapp mama meminta sedikit nasihat dan kekuatan, ya siapa yang tidak sedih kehilangan emak dalam sekelipmata, kalau boleh kita nak mak itu hidup selama-lamanya dengan kita kan, tapi mana mungkin...kita yakinlah yang Allah meletakkan mak ayah kita ditempat yang paling baik, setiap hari sedekahkan al-fatihah dan setiap kali baca al-quran tu niat hadiahkan pahala buat mak ayah kita...itu saja yang mama lakukan.

Apapun yang terjadi, setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati, cuma waktu dan tempatnya tidak tahu bila. yang hidup tetap perlu meneruskan hidup dan yang pergi itu tetap pergi tak perlu ditangisi, kita juga akan menyusuli, cuma cukupkan bekalan sebelum kita dijemput ilahi.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Bila mama menulis tentang ini ketahuilah bahawa tika dan saat ini rindu itu terlalu sarat dan berat.

Si Jari manis


Assalamualaikum...

Si jari manis yang manis terima kasih berikan mama FM yang sangat cantik, macam tahu-tahu saja warna kesukaan mama nih. tengok gambar dalam FM tu nampak klasik je kan

Winter di Pulau Nami, tak dapat pegi korea dapat FM gambar pulau nami pun dah suka sangat nih.



Dah selamat pun FM ni melekat kat peti ais mama tu. Mama ni baru je lagi follow blog si jari manis ni, tapi memang best baca blog jari manis ni sebab banyak cerita travel, bila mama baca tu terasa macam mama pun travel sekali hahaha.

Mama rajin baca tapi jarang drop komen, itupun dapat juga cenderahati dari JM nih, katanya walau komen ada satu pun dia tetap bagi sesuatu, mula mama tengoklah memang ada nama mama tersenarai tapi mama tak yakin itu nama mama hehehe sebab ye lah mama drop komen sekali sekala je.

Satu hari JM komen kat blog mama minta emelkan alamat,aduhh sampai begitu sekali adik manis nih, malu mama tau,dah la munculnya sesekali je kat blog Jari manis tu, tapi dalam malu-malu meow tu mama emel juga alamat hehehe. Terima kasih JM..

Mama rasa semua yang follow blog mama ni kenalkan pada jari manis nih..kalau ada yang belum kenal dan belum follow bolehlah follow

jari manis : travel list

pasti seronok membaca cerita-cerita travel jari manis nih. okeh sekali lagi terima kasih tak terhingga dari mama untuk adik manis si jari manis.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a/li sayyidina Muhammad

Wassalam

Wednesday, 30 March 2016

Tudung untuk si comel

Assalamualaikum...

Kali ini mama mencari tudung untuk adelya, hai mama ni semua beli untuk adelya je ke? baju, telekung dan sekarang tudung pula, untuk abang-abang takde ke? ehhh haruslah ada, cuma untuk abang-abang mama beli dekat the store je bukan online hehehe.

Dress adelya mama tak beli online, mama beli di pkns sebab mama tak jumpa dress budak dekat online..ke mama yang tak pandai cari?hahahha yang ada tu pun kawan mama yang bagi linknya, telekung dan tudung memang mama tak jumpa di the store atau pkns itu yang pulun tengok online juga.

Kali ni mama nak share tentang tudung yang mama beli untuk adelya. sebab apa mama nak share sebab mama puas hati dengan tudungnya, sejuk,lembut dan selesa kain bila dipakai, adelya pun seronok memakainya, dekat rumah sambil main pun adelya pakai, makan nasi pun pakai tudung, pergi taska pun pakai tudung. mama tengok adelya selesa dan kemas je tudungnya.

oh tudung ni blogger intanberlian yang jual,tapi takde dekat blognya kot, mama tengok dekat FB tudung untuk si comel, kawan-kawan boleh like page ina ni, banyak tudung yang comel-comel, geram pulak mama menengoknya tapi buat masa ni mama rembat satu je dulu hehehe inshaAllah akan datang boleh beli lagi, adelya dah cakap nak tudung pink tu.haa..nanti kita beli lagi, saja nak pupuk minat adelya untuk pakai tudung dari kecik.

Bila bagi pakai tudung tu mama puji la adelya cantik macam princess..hehehe, tuan puteri beragama islam kena pakai tudung, lagi cantik, tak apalah kalau adelya tak faham pun,mama cakap saja yang penting niat dan usaha,niat memperkenalkan tudung sebagai pakaian wajib untuk anak perempuan. buat masa ni sekejap pakai, sekejap tidak pun tak apalah, tak boleh juga mama nak paksa kan, kita pakaikan ikut kehendak adelya, lama-lama nanti inshaAllah bila dah terbiasa mesti adelya dah tak kisah jika bertudung.

tengok dah jadi testimoni lagi dekat page tudung untuk si comel nih..hehehe


Kalau tengok muka adelya tu tentu dapat agak adelya sangat suka dengan tudung tu kan. Complete dah pakaian untuk adelya pakai kenduri ahad nanti. Ikutkan mama taknak beli pun baju tu tapi baju raya tahun lepas dah tak muat,tudung yang dibeli tahun lepas pun kurang selesa sebab perlu dibelit dan pin adelya pula bila mama nak pin je dia dah takut ingat mama nak cucuk pipi dia, tapi tudung yang mama beli ni memang best, tak perlu pin sarungkan saja.

Wassalam

Tuesday, 29 March 2016

Nak jadi surirumah

Assalamualaikum...

Bukan calang-calang orang boleh jadi surirumah sepenuh masa ni. Bagi mama siapa yang jadi surirumah sepenuh masa itu sangat hebat. Kalau mama memang tak mampulah. Ini dari sudut pandangan mama ye berdasarkan pengalaman mama.

Bagi mama agak sukar untuk mendidik anak-anak mama ni, senyum, ketawa,marah, menangis semua ada, ye mama bukanlah seorang mama yang baik tak mampu nak jaga anak-anak dengan baik.

Masa mereka mendengar kata amanlah, cuba datang masa mereka buat perangai..hmmm nak meroyan mama dibuatnya. Cukuplah mama jadi surirumah sepenuhnya dihujung minggu sahaja buat masa ini hehehe, bukan tak sayang nak tinggalkan anak-anak ditaska tapi mama rasa disitu anak-anak dapat belajar lebih lagi.

Mama nak lepas tanggungjawab mengajar anak-anak pada orang lain? tidak bukan nak lepaskan tanggungjawab, mama mengajar juga anak-anak dirumah, tetapi mama hanya mengajar sedikit sahaja, anak-anak lebih banyak main jika belajar dengan mama, bila dengan tecer anak-anak lebih fokus. jadi baiklah anak-anak dihantar ke taska, disamping itu mereka dapat bergaul dengan kawan-kawan sambil belajar. lagipun mama tak punya kesabaran yang tinggi..huhuhu

Pernah hari cuti dihujung minggu, anak-anak ini buat hal dahlah en.azmi bekerja, mama membersihkan rumah ditingkat atas, sekali turun ke bawah mama tengok penuh ruang tamu dengan mainan yang bersepah, itu takpe lagi, tapi ditambah pula dengan air fresh orange yang membasahi lantai, mujur cuma ada tikar buluh sahaja. buakn setempat sahaja yang basahnya tapi hampir separuh lantai, mama berjalan pun berhati-hati takut licin terlentang.

Mama minta mereka bermain diatas sementara mama membersihkan hasil kerjaan mereka dibawah, habis satu ruang tamu dan dapur mama mop. selesai sahaja mama naik ke bilik, sekali lagi nafas mama semput, muka adelya penuh dengan contengan berwarna merah hasil dari lip gloss mama, bukan setakat muka habis kaki dan tangan, lantai juga terpalit sama. kayu penyidai towel patah dua, dikerjakan adrien...huwaaaaa

Hasil dari jelingan mama, sekejap saja adam adrien mengemas bilik, kerja sekolah juga berjaya disiapkan adrien, abang adam juga berjaya menghafal satu doa.nahhh...dari situ mama tahu buat masa ini mama tidak mampu untuk jadi surirumah sepenuh masa,biarlah apa orang nak katakan..

tapi sungguh mama memang sangat kagum dengan wanita yang berhenti kerja untuk jadi surirumah sepenuh masa ni, tumpukan perhatian pada keluarga, mama pula buat masa ni memang tak boleh, tak cukup kesabaran rasanya..huhuhu


pic dari en.google

Macam ni agaknya kalau mama jadi surirumah sepenuh masa..hahahaha

Wassalam

Upin ipin dah besar


Assalamualaikum...

hahaha tetiba nak cerita upin ipin dah besar pulak.

ini ha bila tengok gambar ini terasa diri dah tua atau sememangnya mama sudah tua, ye tak dapat disangkal lagi, bila mereka membesar..usia mama juga semakin meningkat



gambar kiri berbaju kuning tu, anak buah mama yang sulung dan adik mama yang bongsu berbaju hijau tu, beza usia mereka hanya setahun sahaja. sebelah kanannya gambar mereka setelah dewasa, kedudukan tak berubah sebelah kiri aliff sebelah kanan paksu.

melihat gambar-gambar lama yang terlalu banyak memorinya. anak buah inilah peneman mama dahulu bila mama balik ke kampung, pernah kami berdua sahaja pulang ke kampung, tak sangka waktu cepat berlalu, sekarang anak buah maklang ni dah besar panjang, dah tinggi dari maklang, dah kerja pun, tak lama lagi mungkin dah nak beristeri pulak.

Adik bongsu mama, masa darjah 5 kami dah kehilangan emak dan ayah, dia duduk bersama kakak yang sulung bersekolah disini, kemudian sambung duduk dengan adik mama pula, menghabiskan zaman persekolahan, sekarang dah bekerja pun, mungkin tak lama lagi  beristeri pula.

Aliff dan paksu beza usia mereka cuma setahun saja kecik-kecik comel, dah besar ni hensem..hehehe biarlah maklang dan kakak ini yang memujikan.  Sekarang kedua-duanya bekerja ditempat yang sama, tinggal juga bersama dengan adik mama yang seorang lagi. moga hubungan aliff dan paksu terus baik ye.

Allahummasolli a/la sayyidina Muhammad
Waala a/li sayyidina Muhammad

Wassalam

Monday, 28 March 2016

Dulang station western & steamboat

Assalamualaikum...

En.azmi bekerja sabtu dan ahad, mama hendak ke rumah kakak untuk potong dress adelya yang mama beli tu, labuh sangat. En.azmi tiada terpaksalah mama drive sendiri membawa anak-anak bertiga tu, kereta manual ok bukan auto. Alhamdulillah selamat sampai.

Bila dah siap urusan ingatkan nak balik awal, tak mahu balik malam, anak-anak pula mengamuk tak mahu balik,tak puas main kat rumah ibu, yelah kat rumah ibu boleh main diluar, seronoklah.

Malamnya sesudah maghrib ibu ajak makan diluar, dah tiga-tiga naik kereta ibu, mama drive sorang-sorang, ingat nak makan dikampung lombong tapi takde rezeki, kedai yang dituju tutup, lalu pula di maipi corner yang orang dok viral kat fb tu, ramai sangat orangnya malas mama nak bersesak, sudahnya berhenti di satu kedai ni, Dulang station western & steamboat kalau tak silap namanya.




Besar betul airnya tu, tak habis siap bawa balik. Berapa harganya tak sempat mama tengok, chicken chop tu rm6.50, mama makan kongsi dengan abang adam juga, air pun mama kongsi air epal dengan adelya,abang adam dan adrien fresh orange. Menu yang kami order lamb chop 1,chicken chop 3, epal 1,fresh orange 2,green tea 2 total semua rm59.00.

Sesudah makan abang-abang terus je ikut mama naik kereta sebab nak terus balik rumahkan, tetiba taun puteri tak mahu masuk kereta, nak naik kereta dengan ibu katanya, ibu abah pun ikut sajalah, mereka hantarkan tuan puteri kerumah, mujur rumah dekat saja, hai macam-macamlah si tuan puteri seorang tu kan,

Sesiapa nak cuba bolehlah cari kedainya, di jalan kebun, berhampiran saja dengan maipii corner tu.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam


Saturday, 26 March 2016

Westplate factory

Assalamualaikum...

Edisi jjcm bersama anak-anak, jumaat malam selepas isyak en.azmi bawa keluar makan, kali ini pergi ke tempat yang sama seperti sebelum ni. Baru dibuka tempat ini, tapi orang cukup ramai mujur kedainya besar.

Kali pertama pergi ada menu nasi, kali ni pergi dah tak ada, mama rasa mungkin tak sempat atau kurang permintaan, ramai yang minta masakan western agaknya sesuailah dengan namanya 'wesplate factory'


Gaya anak-anak sementara menunggu makanan sampai, adrien dan adelya cergas sahaja, abang adam sudah layu matanya sempat lagi tertidur dimeja sesudah makan. Siang tu abang sekolah,memang penatlah kan. Adelya sudah pandai order.."yaya nak chicken chop dengan air epal" wah bukan main anak dara mama kan.


Hasil pilihan anak-anak, mama kongsi saja dengan mereka sebab tahu mesti tak habis dari membazir order banyak, mama makan je ikut selera anak-anak, chicken chop 2, lamb chop 1,air epal 1,fresh orange 2, honey lemon 1 untuk mama, untuk air en.azmi pula kongsi dengan anak-anak. Air buah tu rm4 satu, honey lemon panas mama rm2.90, chicken chop rm9.90, nampak biasa-biasa tapi sedap, lamb chop rm17.90.  Ok harganya takdelah mahal sangat dan rasanya sedap, boleh datang lagi kalau en.azmi nak belanja lagi..hihihi

Selepas makan terus balik sebab anak-anak pun mata dah layu. Kalau ada yang nak terjah bolehlah ke westplate factory, seksyen 23 shah alam, bangunan belakang senheng, masuk je simpang tu terus sikit ke belakang pasti nampak sebab kedainya besar. Itu je perkongsian jjcm mama kali ini.

Macam biasa belanja anak-anak makan bila dapat rezeki, kalau mama takde share jjcm tu maknanya pergi kedai makan yang sama hahaha...kalau pergi kedai berbeza baru mama share. Saja berkongsi tempat makan yang mama rasa ok untuk dikunjungi dapat juga beri idea pada kawan-kawan untuk makan dimana kan.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Friday, 25 March 2016

Rezeki dimajlis mama

Assalamualaikum...

Hari ini seksyen lama mama buatkan majlis makan-makan untuk mama, alhamdulillah rezeki untuk mama. Seronok bila diraikan.


Siap dapat 2 beg hadiah tu, biasa dapat 1 je hadiah, alhamdulillah rezeki mama..adik-adik mama geng gugurl tu pakat kongsi-kongsi beli hadiah lain untuk mama.


Adik-adik gugurl mama...yang sorang tu bos mama dulu, ini mama pula bagi sedikit cenderamata untuk semua orang diseksyen lama. Sebagai kenangan, pemberian yang tak seberapa saja. Saja suka-suka.



Hadiah yang mama dapat..suka sangat-sangat dapat dress dan shawl fiska, juga dress dari wafa couture, memang kena dengan selera mama lah ni. Tengok senyum kat muka mama tu dah tau kan betapa gembiranya mama.

Alhamdulillah rezeki mama hari ini, tak payah beli dress lagi untuk kenduri minggu depan hihihi, semangat kenduri nak berbaju baru,yang mana satu mama nak pakai nanti? Hahaha.. Nanti mama update, entah-entah pakai baju lain pula.

Oklah jumpa lagi, terima kasih sudi baca bebelan mama.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad.

Wassalam.

Thursday, 24 March 2016

Telekung untuk adelya

Assalamualaikum...

Adelya bidadari kecil mama, kalau orang bersolat adelya pun rajin ikut, selalunya pakai je baju dan seluar. Melihatkan kesungguhan adelya tu, mama terdetik untuk belikan telekung sebagai hadiah. Mana tahu bila ada telekung makin rajin adelya bersolat.

Lama jugalah mama dok survey telekung kanak-kanak, yang mama jumpa semuanya untuk kanak-kanak 6tahun ke atas, tapi mama tak putus asa terus mencari secara online sajalah. Satu hari kawan mama tagged satu page dekat fb yang menjual telekung kanak-kanak dari umur 2tahun ke atas. Kawan mama tu memang tahu mama mencari telekung untuk adelya.

Selepas melihat telekung yang dijual mama rasa berkenan sangat, dapat maklumbalas pun cepat dari pemiliknya. Mama tak pilih sendiri telekung tu, mama tunjuk gambar yang disertakan pada adelya,mama biar adelya buat pilihan sendiri.kadang nak pilih apa-apa untuk diri sendiri mama tanya pendapat anak-anak juga,biar mereka rasa dihargai bila kita pilih apa yang mereka pilihkan itu.

Semalam telekung sampai di ofis mama, tak sabar nak buka tengok, tapi haruslah tak buka lagi, balik rumah baru buka..surprise untuk adelya, apa reaksi adelya bila dapat telekung? Mestilah suka, tak habis-habis cakap "cantiklah mama, sedap.." apa yang sedap?mungkin sedap dipakai, kainnya pun lembut tak tebal sangat tapi tak jarang.



Bukan setakat adelya, abang-abang juga teruja tengok adelya pakai telekung, siap puji adelya comel, abang yang manis mulutnya tu kan hihihi..."mama...comelnya adelya" terus peluk adelya, tengoklah tu teruja nak bergambar, adrien siap minta mama belikan satu untuknya... Hahaha adoi "mana boleh..adrien lelaki nanti mama belikan kain pelikat ye" kena survey kain pelikat untuk kanak-kanak pula lepas ni.



Adelya memang suka sangat sampai mama nak ambil gambar pun susah, haruslah diambil gambar sebagai kenangan anak-anak kan. Adelya pakai sampai tak mahu buka,bermain pun pakai telekung juga.

Banyak pilihan warna yang ada, sesuai untuk diberi pada anak-anak solehah dan sesuai juga untuk dijadikan hadiah. Boleh kunjungi ig @ fb telekungkids_littleaisya ni untuk maklumat lanjut ye.


                                                          FB : Telekungkids LittleAisya
                                                          IG : Telekungkids_littleaisya


Mama sekadar berkongsi, benda yang baik itu seeloknya dikongsikan.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam


Wednesday, 23 March 2016

Pyschological care

Assalamualaikum....

Tadi di ofis mama ada program psychological care, jadi mama nak share sedikit disini apa yang mama dapat masa dalam program tu.

Kesejahteraan psikolgi adalah kemampuan individu untuk menangani stress, mengelakkan konflik,meningkatkan ketenangan,merangsang motivasi dan meningkatkan keyakinan diri dalam kehidupan.

8 aspek kesejahteraan psikologi iaitu minda, emosi, spiritual, sosial, fizikal,kewangan, persekitaran dan pekerjaan.

Stres vs kecelaruan.

Bukan semua stres itu buruk,ada stres yang baik, tekanan boleh diuruskan secara berkesan.
Stres adalah tanda/amaran awal kesihatan mental seseorang itu sedang teruji.

Keadaan paling mudah buat anda tertekan... Tempat kerja, perkahwinan/pasangan, keluarga, pengambilan ubat tanpa kawalan.

Wanita lebih ramai hadapi masalah mental, antara faktor penyebabnya :

1.Terlalu berusaha menjaga hubungan dengan pasangan
2. Mengambil serius persepsi orang lain terhadap diri dan keluarga - cenderung untuk tersinggung      yang berlarutan.
3. Bekerja kuat untuk mendapat pengiktirafan majikan
4. Terlalu serius terhadap pelajaran anak
5. Menggalas tanggungjawab menjaga keluarga
6. Terlalu dikongkong oleh keluarga
7. Berhenti kerja untuk menjadi surirumah

Ini antara kajian yang dibuat ye, tidaklah sama faktor penyebab itu untuk semua orang, ada orang seronok je dapat berhenti kerja dan jadi surirumahkan. apa yang paling penting sebenarnya iman kita. jika teguh iman kita apapun berlaku inshaAllah kita mampu bertenang.

Tanda-tanda kecelaruan mental bagi orang dewasa :

1. Fikiran bercelaru dan kebingungan
2. Sedih dan murung yang berpanjangan
3. perasaan yang tidak boleh dikawal (terlalu beremosi)
4. takut, bimbang, cemas yang berlebihan secara berpanjangan.
5. Suka menyendiri
6. Tidur yang terlalu kerap terganggu/ tiada selera makan yang melampau
7. Terlalu mudah marah yang sukar dikawal
8. Tidak mampu menghadapi stress yang kecil
9. Berfikir untuk membunuh diri
10. Sakit fizikal yang berpanjangan dan tidak sembuh dengan rawatan yang biasa

Tanda-tanda kecelaruan mental bagi kanak-kanak

1.Prestasi sekolah yang menurun
2. terlalu bimbang atau takut untuk ke sekolah hingga kerap ponteng
3. Hyperaktif
4. kerap bermimpi yang menakutkan
5. Seringkali agresif dan memberontak

Kata penceramah kanak-kanak jika suka tabur mainan bersepah itu perkara biasa yang lumrah kerana begitulah kebiasaany kanak-kanak, tetapi jika kanak-kanak itu gemar menyusun mainan sebaris panjang-panjang dan menyusun terlalu kemas itu perlu diberi perhatian.

Tanda-tanda kecelaruan mental bagi remaja

1. Terlibat dengan dadah
2. Tidak mampu menghadapi masalah dalam aktiviti seharian
3. Perubahan cara tidur dan pemakanan
4. Mengalami sakit tubuh badan yang melampau
5. Memberontak
6. Selalu menyendiri dan termenung
7. menjadi pemarah

Penyakit personaliti..terbahagi kepada 3 kluster

Kluster A -

schizotypal - idea, kepercayaan pelik, perasangka buruk.
schizoid - menyendiri, tak berminat berkawan
paranoid - Berprasangka. tidak percaya, pendendam

Kluster B

banyak pula yang mama nak tulis ye..dalam kluster B ni, siapa yang suka selfie, yang kalau beli barang baru nak upload dekat media sosial termasuk dalam penyakit personaliti yang dipanggil narsississti.

Kluster C

terlalu pemalu, merendah diri, terlalu berdisiplin, terlalu bergantung kepada orang lain, penakut, menyendiri

penyakit mental yang paling kronik adalah skizofrenia.

macam banyak pula yang mama share ni ye...hehehe kalau rajin bacalah



Apa yang penting dalam hidup kita ni walaupun menghadapi masalah, walaupun stress walauapa juga yang kita hadapi,kita ada tempat mengadu, sebaik-baik tempat mengadu adalah Allah. Moga kita sentiasa dibawah lindungan rahmat Allah taala.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Tuesday, 22 March 2016

Bila pula mama akan dijemput

Assalamualaikum...

Bila usia dah nak berkilauan emas ni, hati mudah sangat tersentuh, nak pula kalau perkara itu memang kita teringin sangat.

Tengok kawan-kawan melancong ke luar negara mama tak kisah pun tapi bila tengok ada yang pergi ke Makkah menunaikan umrah memang hati ni tersentuh sangat-sangat.

Bukan apa ni, hari tu tengok kawan blogger aisy nasiha pergi umrah, rasa macam seronoknya,baca juga blog kawan-kawan menceritakan pengalaman disana rasa macam ada satu kerinduan,tanpa sedar airmata boleh menitis... sekarang ni adik mama pula mengerjakan umrah disana, lagi tersentuh hati menengoknya.




Mommy..adik mama,yang bertudung purple gelap,yang tinggi sekali tu...hihihi, moga dipermudahkan urusan mereka suami isteri,moga mendapat umrah yang mabrur, moga selamat pergi dan kembali.

Bila pula mama akan dijemput ke sana? InshaAllah satu hari nanti. kata en.azmi kalau nak pergi anak-anak dia nak bawa sekali, jadi kena kumpul duit lebih lagi la kalau nak bawa anak-anak sekalikan, InshaAllah jika Allah izinkan pasti sampai juga nanti. Tunggu anak-anak besar sedikit pasti duit simpanan akan cukup inshaAllah. Jika Allah kata ada rezeki pasti ada...percaya dan yakin dengan Allah.

Pesanan dokte yang mama jumpa dulu..jika ingin ke Makkah doalah sungguh-sungguh pada Allah,bayangkan kaabah itu didepan mata, inshaAllah jika kita sungguh-sungguh berdoa pasti Allah berikan.

Allahummsolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Monday, 21 March 2016

bila nak balik kampung?

Assalamualaikum...

Anak-anak sudah bising lama tidak balik kampung, bila tiba hari cuti je mereka ajak balik kampung, Aduhai anak...bukannya mama tidak mahu balik kampung, tapi papa tu kan sibuk buat masa sekarang, ada kerja yang perlu diselesaikan.

ya.. memang tak boleh jadikan itu alasan, keluarga perlu diutamakan apatah lagi bagi anak lelaki ibubapa menjadi keutamaan walaupun sudah berkahwin, tapi apakan daya kerja papa juga perlu dihabiskan segera, setiap hari balik lewat, hujung minggu juga bekerja.sampai tiada masa untuk diri sendiri.tak apalah yang penting masih berhubung melalui telefonkan.

InshaAllah habis bulan ni mungkin lega sedikit, mahu diteruskan kerja ini atau tidak akan difikirkan kemudian. hendak diteruskan perlu cari partner yang betul-betul sanggup bekerja dalam keadaan panas membahang dan payment juga mungkin akan lambat, biasalah sub-con paymentnya memang lambat sedikit, mama ini sudah terbiasa jadi tidak mengapa.terpulang pada en.azmi untuk membuat keputusan, rezeki Allah itu luaskan.

Ya kalau boleh memang setiap bulan hendak balik kampung jumpa emak dan ayah, sebagaimana mama bujang-bujang dulu, setiap bulan paling tidak sekali balik kampung, kadang tu sampai 2 kali sebulan, maklumlah bujangkan, lagipun siapa yang tidak rindu untuk berjumpa mak dan ayahkan. rindu nak makan masakan emak, rindu nak berceloteh dengan emak, rindu nak dengar cerita-cerita ayah tentang kisah zaman kecilnya dulu.

Tapi sekarang ini nak pulang ke kampung agak payah, ya sengaja mencari alasan pula mama ni kan...hehehe ye memang beralasan tapi alasan yang logik juga diakal mama nih, dulu masa baru kahwin, pulang ke kampung juga sebulan sekali, anak masih belum sekolah juga kerap balik kampung, cuma sekarang ni agak payah.

Bila anak-anak dah bersekolah setakat cuti hujung minggu sabtu dan ahad memang tidak sempatlah nak pulang ke kampung, hari sabtu kerja mama dari pagi menyental baju dan kasut sekolah anak-anak seharian tu memang perlu menghabiskan kerja-kerja rumahlah, ahad petang pula dah sibuk menggosok baju anak-anak, dekat 2 jam masa diambil untuk menggosok baju sahaja. jadi dimana masa yang mahu mama ambil untuk pulang ke kampung?kalau balik kampung pasti penat, mama yang penat tak mengapa tapi bila anak-anak yang penat? kesian sangat.

sampaikan kadang-kadang hari sabtu ahad tu tak punya masa untuk diri sendiri...aduhhh keletihan bila bergelar ibu, bagaimana arwah emak dulu menjaga kami 9 beradik, pasti keletihan yang teramat sangatkan, mama baru 3 pun dah macam-macam rasa, mahu pahala yang lebih,ikhlaskan hati bila berbuat sesuatu kerja ye mama...hehehe, merungutkah mama, merungut atau bercerita terpulang pada penerimaan.



Pakjang memancing anak buah untuk pulang ke kampung dengan membelikan basikal, kasihan pakjang tentu saja sunyi sendirian dikampung, walaupun ditemani kawan-kawan mama pasti pakjang sunyi,apatah lagi bila sendirian dirumah pusaka itu, adik-beradik yang lain pun jarang balik, ye lah kalau arwah mak dan arwah masih ada tentu rajin balik kampungkan.



Seronok adelya bermain basikal, sekarang tentu pakjang sunyi, anak-anak buah pun jarang balik, sesekali sajalah rumah itu riuh...nak buat macammana..pakjang cepat-cepatlah cari isteri hehehe... oh ya pakjang ni adik mama, dia duduk dikampung mengusahakan kebun sawit arwah ayah.kebun sawit felda.


InshaAllah anak-anak, awal april nanti kita balik kampung ye.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Sunday, 20 March 2016

Bila nak ada baby lagi?

Assalamualaikum...

Sejak akhir-akhir ini soalan itu kerap berlegar-legar dipersekitaran mama.. Ohoii kemain lagi pertanyaankan...nak tahu siapa yang tanya? Anak-anak mama ni la, amboi comel sangat pertanyaan masing-masing.

"Mama..bila lagi perut mama nak ada baby? Abang suka la baby, abang hari tu Kat hospital perut mama keluar baby lepas tu abang pegi hospital dengan yen dengan ibu dengan aboh tengok baby" abang bercerita..masa ni waktu mama bersalinkan adelya.

"Mama...yaya nak baby imran,tapi baby imran dekat rumah iman" okeh..adelya masih tak habis-habis dengan baby imrannya, suka sangat dengan baby imran, tapi pada satu ketika pula..."emmmm...yaya nak baby girl la, eh bukan-bukan nak baby boy, ehhh yaya nak baby imran la" adoiii hahaha tak abis-abis dengan baby imran. Adelya lagi haru sebelum tido mesti cium perut mama...

"Mama...yen rasa yen nak baby girl la" dah sorang lagi pulak "haii...kan dah ada baby girl ni, yaya kan baby girl" kata mama. ."ye la tapi yen nak sorang lagi baby girl macam baby aishah adik fahim,kawan yen" hmmm...ini mesti ada baby baru kat taska tu kan, seronok tengok kawan ada baby...

Macam-macam anak-anak mama ni kan,ok lah suka dengan baby...hihihi inshaAllah kalau ada rezeki Allah nak bagi ada lah, kalau takde kita tumpang tengok baby kawan-kawan je ye.

Nah anak-anak masa dilahirkan dulu...




Abang adam lahir pada 25 dis 2009


Adrien lahir pada 9 disember 2011


Tuan puteri adelya lahir pada 8 ogos 2013.

Tenang melihat wajah anak-anak ni, moga membesar dengan sihat ye, sempurna iman dan akhlaknya ya.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Saturday, 19 March 2016

Kerja anak dara

Assalamulaikum...

Anak dara mama ni ada je kerja yang nak dibuatnya.



Tengoklah tu ada je kerja yang nak dibuanya, disusun segala perfume, deodorant, minyak gamat pun ada tu haa..disusunnya macam tu,mama ingat adelya nak buat apa. Lepas abis susun tu,adelya pergi ambil babynya dan nyanyikan lagu "Allah tatamat tan tamu..Allah tatamat tan tamu.."

Oh nyanyi lagu selamat hari lahir untuk baby rupanya, mama ingat susun perfume tu untuk apa? Rupanya kek besday...hehehe mama pun tak terfikir apa benda yang adelya buat tu, ongat saja nak susun je,rupanya sambut besday babynye..gembira sangat adelya dapat nyanyi untuk baby tu kan.


Kadang-kadang naluri gigirl tu ada, siap minta nak pakai baju pinses 'princess' tapi manalah adelya ada baju skirt kembang ala-ala princess tu, en.azmi tak suka pula anak daranya pakai baju frozen jadi mama pakaikan saja baju apa yang ada, itupun dah suka sangat siap minta mama amik gambar,pastu siap menari berpusing-pusing. Layankan sajalah..hihihi

Melayan kerenah anak-anak adakalanya menyeronokkan adakalanya menyinga mama dibuatnya...biasalah mama ni bukan penyabar sangat orangnya. Moga mama dikurniakan kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak-anak mama.

Allahummasolli a'la saayidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Friday, 18 March 2016

Jalan-jalan cari makan

Assalamualaikum...

Jumaat rehat yang panjang,biasanya lepak bersama adik-adik ofis dan jalan-jalan mencari makan, meh mama share tempat makan yang mama rasa menarik dan patut dicuba.


Air buah yang sangat sedap, tengoklah buah yang bertimbun dalam gelas tu...puas makan dan minum, memang fresh dan sangat menyegarkan dalam cuaca panas sekarang ni. Kedai ni terletak di anggerik mall shah alam nama kedainya kopi station.



Food truck..sekarang macam dah ramai yang berniaga guna food truck nih, mama pun macam teringin pulak nak meniaga macam ni. Kami cuba churros cicah coklat..hmmm sedapp, lokasi food truck ini didepan anggerik mall shah alam juga.



Ini di foodsbury seksyen 9, shah alam lokasinya dibelakang shell. Semua sedap makanannya masa pergi hari tu tak dapat nak makan keknya yang sedap almond salted caramel kek, memang sedap tapi hari tu dapat makan victoria sandwich cake dan coklat keknya pun sedap.


Ini baru makan tadi di jombali sacc mall, nasi berchesse bersama ayam madu, nasi goreng bersama tomyam, wantan mee bersama ayam madu serta air honey lemon mama punya hihihi..makan bertiga, bukan mama punya semua makanan tu ya.


Ok yang ni ulangtayang gambo lama seban yang ni memang suggestkan siapa pergi sacc mall boleh cuba tak mengecewakan makanannya lazat dan menyelerakan...hihihi

Ok ini bukan mama pergi setiap jumaat ye,tapi bila dapat gaji je hihihi, saja share kedai yang menarik, mana tahu dapat beri idea untuk kawan-kawan makan di shah alam ni.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

rezeki hasil berblog

Assalamualaikum...

Tak sangka juga blog picisan mama ni dapat perhatian. Pihak zalora emel bertanya untuk buatkan entri. Emelnya september tahun lepas,bulan dis ke januari baru mama balas dan terima...hai teruk sungguh.

Lepas tu baru-baru ni dapat lagi...alhamdulillah rezeki, dapatlah cash voucher dari pihak zalora.


Inilah hasil rembatan mama tu, menggantikan purse yang dah bertahun tak berganti, dah koyak pun...hihihi, dua barang lagi wallet dan belt untuk en.azmi pun barang yang dah rosak dan perlu diganti.

Syukur ada juga rezeki dari blog nih,walaupun mama takde target apapun dalam berblog tapi rezeki Allah nak bagikan. Moga ada rezeki lagi lepas nih.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Thursday, 17 March 2016

25 perkara yang membuat mama gembira

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..banyak nikmat dari Allah yang membuatkan kita gembira.


Banner - mesti kena ada banner ni sebagai syarat penyertaan.

What to do?
create a new post + insert picture above
List 25 things that make you happy
mention the blog that have tagged you
Tag at lesat 5 bloggers & make sure they know they've been tagged
Share your favourite quote of the week!(if none, then it'll be okay)

mama telah di tagged oleh 2 orang blogger kak paridah ishak dan kak saniah ibrahim, terima kasih tagged mama, jadi mama cuba tuliskan apakah perkara yang buat mama gembira ye..

1. Alhamdulillah masih diberi izin untuk bernafas dimuka bumi ini,

2. Dapat hidup bersama arwah mak & ayah, walaupun seketika dan dapat berbakti untuk mereka. walaupun  sebenarnya masih belum cukup khidmat bakti yang diberikan.

3. Dapat melalui zaman kanak-kanak dan remaja yang sangat menggembirakan.

4. Dapat melalui zaman persekolah rendah dan menengah, walapun keputusan exam tak begitu cemerlang..hehehe

5. mendapat kerja tetap diusia yang masih muda.

6. Dapat beli kereta sendiri walaupun hanya sebijik kancil

7. Dua kali mendapat anugerah khidmat cemerlang sepanjang perkhidmatan ini.

8. Bertemu jodoh juga walaupun usia dah agak lewat..alhamdulillah

9. Mempunyai suami yang memahami, rajin menolong dan sentiasa bersama saat susah dan senang

10. Dikurniakan zuriat pertama lelaki, seperti yang mama mahukan.

11. Dikurniakan zuriat kedua juga lelaki, selang 2 tahun sahaja sebab mama nak kejar umur..alhamdulillah Allah makbulkan doa mama.

12. Kelahiran zuriat ketiga yang juga dinanti-nantikan, seorang anak perempuan..juga yang mama doa dan harapkan.

13. Setiap hari bangun pagi dapat melihat wajah anak-anak, walaupun kadang bukan senyuman yang mereka berikan tapi tangisan...hehehe

14. Setiap hari suami memberi ruang waktu untuk mama melakukan aktiviti yang mama suka, setiap hari tanpa gangguan, cuma anak-anak je lah yang menganggu.

15. Mempunyai adik-beradik yang rapat dan sering membantu bila diperlukan,walaupun sudah ketiadaan mak dan ayah hubungan kami masih erat.

16. Dapat balik kampung ke rumah peninggalan arwah mak dan ayah, berkumpul dengan adik-beradik, kegembiraan yang tak dapat dinyatakan.

17. Dapat berkongsi masalah dengan sahabat walaupun ianya jauh dimata dan dah bertahun tak berjumpa, apa yang penting persahabatan itu terjalin dalam keadaan yang sangat menyenangkan.

18. Dapat berjumpa kawan dipejabat bercerita, bergelak dan ketawa,

19. Dapat menulis blog bercerita kisah seharian berkongsi dengan kawan-kawan maya, walaupun tak pernah bersua muka tapi terasa sangat dekat.

20. Mendapat komen yang positif dari kawan-kawan blog dan dapat memberikan semangat kepada diri terasa sangat bermakna.

21. Mendapat hadiah dari rakan blogger atau bukan blogger, sangat gembira..

22. mendapat mentua yang baik, ya itu satu kegembiraan dan rezeki.

23. Dapat berjalan-jalan bersama mentua, dapat gembirakan mereka, walaupun mungkin tak sepenuhnya, tapi dapat buat sikit-sikit pun ok lah kan.

24. Setiap hari dapat bercerita, bergelak ketawa bersama anak-anak, itu satu kegembiraan yang tak dapat dijual beli

25. Diuji dengan sakit, tapi mama gembira kerana kesakitan itu dapat mendekatkan diri pada Allah.

Sebenarnya banyak lagi yang menggembirakan mama ni,..hehehe

Nak tagged siapa ya? ada lagi tak yang masih belum kena tagged nih..kawan-kawan yang sudi silalah share apakah perkara yang menggembirakan kawan-kawan tu ye..

" bila terlintas untuk lakukan kebaikan, terus lakukan jangan bertangguh, pasti Allah yang telah membukakan jalan itu buat kita, usah pedulikan apa orang kata tapi pedulilah pada apa yang Allah kata"

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam


Wednesday, 16 March 2016

Panas sangat nampaknya nih

Assalamualaikum...

Dia buat hal lagi, dulu buat hal sorang-sorang kali ni dah ada geng pulak.




Tengoklah budak berdua nih,sedap sungguh dok lepak ambil angin depan peti ais tu.. Bukan main lagi kalau ke dapur je lepak depan peti ais, tahulah musim panas anak-anak oii, mujur la peti tu kecik kalau besar dah masuk tido dalam peti tu gamaknya.

Adrien la mentornye adelya mengikut saja, pantang lepa mesti ke dapur buka peti. Semalam adrien ke dapur diikuti adelya..en.azmi tanya buat apa ke dapur? Adrien jawab nak minum air, lepas tu ada satu suara lagi menjawab "yaya teman yeyen minum air" hahaha pandai je menjawabkan pada hal nak duduk depan peti, ada je akal budak berdua ni, tapi kalau bergaduh hmmmm...malas mama nak layan,mama tengok je adegan pukul memukul mereka tu...hihihi

Alhamdulillah hujan turun juga sedikit-sedikit, basah juga bumi yang kering ini.. Panas pun bersyukur, hujan bersyukur..apa yang Allah bagi adalah yang terbaik. Sentiasa mendidik hati agar berbaik sangka dengan Allah dan dengan orang sekeliling, bila sentiasa berbaik sangka hati akan tenang dan apa yang datang pun pasti yang baik-baik sahaja.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Tuesday, 15 March 2016

Hotspring sg.klah, sungkai

Assalamualaikum...

Ahad en.azmi ajak makan kenduri di felda trolak. Pukul 9.30 gerak bersama jiran 4 buah kereta semuanya.


Dapat makan dekat tempat pengantin, sebelum pengantin bersantap kami makan dulu tapi bukanlah lauk pengantin. Sedap masakan kampung ada kerabu apa entah dengan sayur keladi masak asam pedas, lama tak makan, tapi mama makan sikit saja. Sekarang ni tak boleh nak makan banyak-banyak..perut cepat penuh hahaha



Anak-anak yang tak sabar nak makan isi goodie beg tu, dapat seorang 1 beg pula tu, apa taknya berebut memasing nak beg, mujur tuan rumah memahami, dapatlah sorang satu, mamapapa yang tak dapat...hahaha kot nak juga melampau dah tu


Dah alang-alang sampai sana singgah lah hotspring bawa anak-anak main air, bayaran masuk rm15 dewasa dan rm12 kanak-kanak. Dulu mama masuk macam bayar rm10 je, mungkin dah naik harganya. Anak-anak seronoklah dapat main air, mama tunggu beg je, malas nak main air. Kat sini bukan hanya ada air panas, ada juga kolam air biasa untuk mandi manda.



Seronok abang adam main gelongsor.


Amboi seronok abang mandi kolam dengan awek ye...hihihi. Ini qaisara kawan sekelas abang adam, jiran setaman nih.


Ada tempat merebus telur, panas airnye mendidih-didih, tengok tu en.azmi semangat nak merendam kaki,pada hal situ air panas, orang rendam kaki kat tempat lain...haaa amikk mendidih kaki..hehehe



Pukul 5 semua dah selesai mandi, kami anak beranak buat keputusan untuk berjalan keluar, malas naik train yang disediakan, memandangkan ramai yang turut keluar tentu ramai menunggu train, jadi kami menikmati suasana dengan berjalan kaki melalui boardwalk yang disediakan. Suasana tak berapa nak nyaman sebab panas membahang, apatah lagi laluan disertai dengan air panas mendidih lagi bertambah bahangnya...tetiba terfikir ini baru panas dunia? Bagaimana neraka kelak? Moga dicukupkan bekalan ke sana nanti.

Penat juga berjalan...dah la mama dengan berdressnye, berwedges 3 inci hehehe...mujur adelya tak minta didukung,dah nak sampai parking baru minta dukung, ohoiii penat jugalah mendukungnya tetengah panas tu,angin pun takde...huhuhu bukan merungut cuma bercerita , pemberian Allah kan, hujan ke, panas ke..kita tetap kena bersyukur.

Malam juga baru sampai rumah, oklah tu dapat juga bawa anak-anak berjalan, mama cuti pun tak dapat nak ke mana sebab en.azmi sibuk,mujurlah ahad tu en.azmi tak kerja ikutkan nak kerja juga tu..

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam


Monday, 14 March 2016

Hitam putih takkan padam

Assalamualaikum....

Oh ini bukan berkaitan dengan pasukan bola sepak pahang ye..hihihi. Hitam putih ni sebenarnya warna kesukaan mama.

Dulu dalam almari mama susah nak tengok warna lain selain dari warna hitam putih,warna masa zaman mama bujang-bujang dulu, jika ada warna lain pun pasti warna temanya adalah hitam, hitam adalah pujaan hati. Entahlah berkenan sungguh mata ni dengan warna hitam.

Sehinggalah pada satu hari kakak mama yang menjahit baju tu mengugut mama "ko beli lagi kain warna hitam, aku tak buat baju untuk ko" hoih boleh pulak main ugut-ugut ye, tapi mama pun ikutlah juga, lagipun banyak kali dah kakak-kakak pesan belilah baju warna lain pula.

Sejak itu mama lupakan warna hitam, cuba jadikan pink warna pilihan dan almari pun dipenuhi dengan baju pelbagai warna, tapi sejak akhir-akhir ni mata mama ni macam terpaut kembali dengan warna kesukaan mama dulu,bila tengok dress atau jubah yang bertemakan warna hitam terus terjatuh centa.

Nampaknya lepas ni almari akan dipenuhi dengan baju bertemakan hitamlah pulak, hitam merah,hitam biru,hitam pink...pendek kata hitam tu mesti ada,takpun warna-warna gelap macam dark brown ke...hihihi agak-agak kalau mama nak tema hitam raya nanti en.azmi tu nak tak? Hihihi

Apa ada pada warna? Meskipun baju berwarna hitam yang penting hati suci dan bersih, jangan baju putih bersih tapi hati hitam penuh hasad dengki dan iri hati, moga mama dijauhkan dari segala penyakit hati itu...



Mama dengan koleksi terbaru dress bertemakan hitam...hihihi, yang lama pun ada, mama dah tengok baju online yang pernah mama beli ada dijual warna hitam dan warna-warna gelap, harus juga disambar nanti. Apa yang penting kainnya bila mama berjalan tak menampakkan bentuk kaki..

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Saturday, 12 March 2016

Hari pertama cuti sekolah

Assalamualaikum...

Ke mana kawan-kawan sempena cuti sekolah ni? Mama dan anak-anak duduk dirumah saja nampaknya. En.azmi sibuk bekerja.

Aktiviti hari pertama dengan anak-anak...

Mari tolong mama potong sayur



Nampak agak bahaya disitu bila tiga-tiga orang memegang pisau, mama beri pisau yang ridak tajam pada anak-anak dan mama sentiasa melihat mereka. Risau jugakan tapi alhamdulillah mereka mendengar arahan.

"Mama..yen suka makan carrot, carrot bagi mata kita sihat" kata adrien.. Bagus adrien. Hasil kerja anak-anak mama masak bersama sayur kangkung.

Bagus ajar mereka buat kerja rumah, apatah lagi anak lelaki mama tu,nanti dah besar boleh tolong mama didapur. Kalau dah beristeri boleh tolong isteri pula nanti kan...hihihi, jauh sangat mama berfikir.



Tadi abang adam menolong mama buat buah melaka dan butir nangka.. Permintaan en.azmi nak makan buah melaka. Lega dah siap semua tunggu en.azmi balik je untuk makan.

Allahummasolli a'la sahyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Friday, 11 March 2016

Ujian itu tanda rindu

Assalamualaikum....

Setiap hari seawal jam 7am mama dah parking ditepi jalan,mama masuk kerja pukul 8. Tunggu sebentar didalam kereta. Melihat keindahan alam ciptaan Allah swt sambil merenung ke dalam diri, apa yang dilakukan sebagai hamba? Cukupkah bekalan untuk ke sana nanti?

Berpagian itu bagus..tidak kalut mengejar punch card, waktu yang mama punya sedikit itu sebelum melangkah masuk pejabat bolehlah digunakan sedikit bagi menambah bekalan. Moga apa yang dilakukan akan diterima.





Moga hati ini sentiasa dekat padaMu ya Allah, ujian yang bertamu..mama tahu Allah rindu dan Allah tahu mama mampu untuk lalui sebab itu mama diuji. Moga mama terus istiqamah dengan apa yang mama lakukan.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Thursday, 10 March 2016

bidadari solehah mama

Assalamualaikum...

Sedari anak-anak kecil. cuba terapkan pada anak-anak apa sahaja yang kita punya adalah pemberian dari Allah. Selalu juga bila anak-anak meminta sesuatu mama minta anak-anak berdoa pada Allah.

"abang nak roller bladekan? abang minta doa pada Allah murahkan rezeki papa, rezeki mama bila Allah murahkan rezeki barulah abang dapat beli roller blade" salah atu contoh yang mama lakukan bila anak meminta sesuatu.

Dengan bidadari kecil mama tu, setiap kali sikatkan rambut mama pun cakaplah "comelnye anak mama ni" ehemmm siapa lagi nak puji anak kalau bukan emaknya kan..hehehe setiap ibu pasti merasakan anaknyalah yang paling comelkan, biarpun orang lain kata tak comel.

"siapa bagi yaya comel?" "Allah.." jawab adelya azra,
"pandainyaaa...siapa bagi yaya pandai?"
"Allah lahh..." jawab bidadari kecil mama tu lagi, Ya Allah...syukur bila adelya tahu, siapa yang berikan itu semua pada adelya.

Anak-anak mama..

bila takut sebut nama Allah,
bila senang sebut nama Allah,
bila sedih sebut nama Allah
dalam apa jua keadaan pun jangan lupa sebut nama Allah ye...




Syukur alhamdullilah...Allah masih beri kesempatan buat mama untuk bersama anak-anak mama, moga usia ini dipanjangkan untuk mama melihat anak-anak mama membesar menjadi anak yang soleh dan solehah...

gambar ni khas untuk hainom okjer..yang tertanya-tanya dalam entri sebelum-sebelum ni, yang mana satu mama..hehehe, inilah rupa mama ni haaa...tapi jangan tertipu dengan kamera ye...

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Wednesday, 9 March 2016

Bila mama ke kedai runcit

Assalamualaikum...

Bulan ni mama drive sendiri ke tempat kerja sebab en.azmi bekerja jauh dan takut tak sempat untuk mengambil mama.. sempat tu sempat cuma takut lewat, so mama drive lah senang, tapi kenalah mama keluar awal.

okeh semalam niat dihati hendak memasak sesuatu, selepas ambil anak-anak dari taska terus singgah ke kedai runcit, untuk pengetahuan.ini pertama kali mama ke kedai runcit membeli barang dapur sendirian..sendirian okeh..huhuhu

Sebenarnya selama ini yang biasa ke kedai runcit membeli barang dapur adalah en.azmi. mama kadang-kadang je mengikut itupun mama cuma bagitahu nak beli apa, ayam,ikan, udang, sotong...semua en.azmi yang pilih, mama cuma ambil sayur-sayur je...kikiki, al-kisahnya..mama ni tak pernah membeli ikan dan sayur dikedai runcit..

semalam dengan anak-anak berdua tu, kelam-kabut mama kat kedai tu tau, dah dua-dua pergi buka peti ais konon nak ambil air kotak, tapi dorang pergi bertapa depan pintu peti tu tau, nak buat macam kat rumahlah tu,ambil angin depan peti ais musim-musim panas nih..aduhhh dan membebel-bebel mama, nak ayam pun suruh adik yang kerja kat situ yang ambil dan pilihkan, mama takdenye nak pilih-pilih sendiri hentam saja ikut adik tu ambil. pilih-pilih apa yang dikehendaki

Sedang memilih tu en.azmi pula telefon bertanya dekat mana? dekat kedailah dengan anak-anak..lahh kenapa bawa anak-anak sekali, lepas beli barang baru ambil dekat taska katanya, takpelah dah ambil pun budak-budak ni ha..kalut jugalah dengan budak berdua ni ha, sesudah bayar mama pun balik.

Sampai di rumah, en.azmi pun sampai, mama kalut kat dapur, en.azmi pula ambil kain dalam mesin yang sudah siap dibasuh bawa keluar untuk disidai, sekali mama mencari-cari ayam dalam plastik yang mama bawa balik tu, sekali ayam tiada, cakap dekat en.azmi, suruh en.azmi pergi kedai ambil ayam..hahaha itulah kan kalut sangat sampai ayam pun tertinggal, terpaksalah en.azmi ke kedai ambil ayam yang mama tertinggal tu...hehehe, itulah tak rajin ke kedai kan, lepas ni mau mama tak jengah kedai runcit berbulan-bulan sebab malu..kikiki






Bukan nak masak best pun nak buat sup ayam je  dengan bubur sumsum..

Allahummasolli a'la sayyidinia Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Tuesday, 8 March 2016

spaghetti bolognese meatball

Assalamualaikum...

Hari ini mama cuma nak share resepi yang menjadi kegemaran ramai insan...hahahah terperasan pulak..

resepi ini jadi kegemaran anak-anak.
resepi ini jadi kegemaran anak-anak buah
resepi ini jadi kegemaran adik-adik ofis, tapi tak semualah kot hahaha

"kak lah tahu tak..dulu saya tak makan spaghetti ni, tapi sejak makan spaghetti yang kak lah buat, terus rasa..perggghhh sedapnya" hahaha...haa sejak tu bila ada jamuan kat ofis, mesti ada yang minta mama masakkan spaghetti, ok lah untuk adik-adik boleh sajakan.

satu petang yang indah dapat pula whatsapp dari boss mama, minta resepi spaghetti mama tu. jadi hari ini mama nak share dekat sini pula, cuma mama tak ingat mungkin mama dah pernah share, tapi tak pe mama share lagi.

Bahan-bahan :

daging kisar ramly
1 tin cendawan butang (dihiris nipis)
1 botol sos spaghetti cendawan kimball
1 tin tomato puree
meatball (mama guna brand azmy, sebab rasa macam home made je, nak buat sendiri pun boleh mama pernah share resepi kat sini)
sebiji bawang hollang (cincang halus)
5 ulas bawang putih (cincang halus)
sedikit garam
minyak untuk menumis

cara membuatnya :

tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
kemudian masukkan daging kisar ramly, masak hingga kering air.
masukkan sos spaghetti dan tomato pure, masukkan air, tengok tahap pekat kuah yang kita mahu.
masukkan cendawan butang yang telah dihiris nipis dan meatball.
perisakan dengan garam...selesaiii

spaghetti direbus dalam air mendidih yang dimasukkan sedikit minyak masak..bila nak tahu dah ok putuskan sedikit spaghetti dan baling ki dinding kalau melekat tu maknaya dah masaklah...hahaha ini en.azmi yang bagitahu mama sebab bab masak spaghetti ni en.azmi yang terer.



ulang tayang gambar lama sajalah...

saja mama share resepi nih sebab ada yang minta mama share sebelum ni...hehehe

Allahummasolli a'la sayiidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

berkongsi resepi ni dikira bersedekah juga tak?


Sunday, 6 March 2016

Boboiboy

Assalamualaikum...

Akhirnya tunaikan permintaan anak-anak untuk tengok movie boboiboy, dari semalam ajak tengok, tapi en.azmi bekerja. Mak ngah datang rumah semalam bagi duit untuk anak-anak tengok boboiboy.

Hari ini tertunailah permintaan mereka.



Yeayy...nak tengok boboiboy..semangat je adrien, bila mula cerita terus duduk atas riba papa sebab sound yang kuat buat adrien cemas..hehehe.

Kali pertama tengok movie berlima, semuanya ok, adelya pun ok baik duduknya,ini kali kedua bawa adelya tengok movie, kali pertama memang tak fokuslah mama sebab menangis je adelya, kecil lagi waktu tu,kali ni memang adelya excited nak tengok boboiboy.

Bagi mama..jalan ceritanya ok mama layan sampai habis, ada lucu sedih dan mendebarkan.. Yang penting anak-anak suka, lagipun mama memang layan juga boboiboy ni di tv bersama anak-anak, jadi mama kenallah watak-wataknya.



Nampak tak muka mama yang samar-samar tu, tahu tak kami duduk barisan 3 dari depan, ramai betul orang sampai barisan depan pun penuh, biasalah ramai yang bawa anak-anakkan.

Nampaknya lepas ni tengok movie cerita kartun sajalah, nak tengok cerita lain kena dating berdua sajalah dengan en.azmi...hehehe dating berdua tu biasa,cuma tengok movie je tak.pernah lagi berdua..

Wassalam

Saturday, 5 March 2016

Sambal hitam

Assalamualaikum...

Terfikir-fikir nak masak apa? Nak makan dengan anak-anak je jadi masak simple sudahlah, anak-anak dari semalam minta ayam masak merah,jadi mama buat hari ni, bayam merah tumis, telur dadar dan sambal hitam pahang tu..heheheh



Pertama kali mama buat, kebetulan kawan ofis bagi belimbing buluh, mama pun cuba sajalah membuatnya.

Belimbing buluh direbus - patut sampai hitam tapi tak kuasa pulak mama nak merebus lama-lama, nampak kaler dah lain sikit ok lah..hihihi
Ikan bilis dibersihkan-buang kepala, isi perut dan tulang,mama tak suka kalau ikan bilis tak dibuang segala isi perut tu, mesti bersihkan dulu
Cili padi,bawang merah,bawang putih-mama tumbuk, ikan bilis tadi pun mama tumbuk tapi tak la halus sangat.

Mama tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai garing.
Belimbing yang dah siap direbus tadi pun mama lenyek dengan lesung.

Setelah bawang tumis tadi garing mama masukkan belimbing,goreng sampai kering. Masukkan juga kicap manis sedikit.

Kikiki...tu cara mama buat, taktau yang sebenarnya orang buat macammana, malas nak menggoogle. Bila mama makan...hmmm sedap hahaha sendiri masak sendiri puji ye...

Makan dengan nasi panas, cukup itu saja lauknya, bertambah juga mama makan.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidia Muhammad

Wassalam

Friday, 4 March 2016

Betulkan niat

Assalamualaikum...

Perkongsian dari seorang sahabat fb mama



Hai mama juga pernah sibuk nak anak perempuan untuk jadi kawan mama.., hai tersalah niat dah mama ni ye...hihihi, tapi tak apalah sekarang masih belum terlambat untuk diperbetulkan.

Sentiasa sahaja berdoa semoga anak-anak yang bertiga itu adam aryan bin azmi, adrien aryan bin azmi & adelya azra bt azmi itu akan menjadi anak yang sole & solehah, hafiz & hafizah serta akan menjadi penyelamat mamapapa di akhirat kelak.

Sekadar renungan buat mama dan buat yang sudi menerima perkongsian.

Selalulah mencari kekurangan diri sendiri daripada mencari kekurangan dan kesalahan orang lain...

Salam jumaat yang indah, senyumlah...terimalah dengan sabar dan redha setiap ujian & dugaan yang Allah berikan, orang yang diuji sangat beruntung kerana dia dapat mendekatkan diri dengan Allah, menangis, mengadu hanya pada Allah.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Thursday, 3 March 2016

Pagi yang mendamaikan

Assalamualaikum....



Suasana pagi yang mendamaikan. Mama sampai awal sempat lagi rilek dalam kereta ditepi tasik. Bulan ini nampaknya mama kena memandu sendiri, memandangkan en.azmi akan bekerja jauh, takut lewat pula mengambil mama.

Jika mama yang drive,kenalah keluar awal sebab nak rebut parking, jika tiada parking terpaksalah masuk parking berbayar, parah juga nak membayar mengikut jam. Harap-harap nanti adalah parking yang dibayar bulanan untuk mama.

Seawal jam 7pagi mama dah sampai,alhamdulillah masih banyak parking kosong,bukan apa mama teringat kata-kata ustaz ebit lew, bergantung hanya pada Allah, jadi sepanjang jalan mama berdoa "Ya Allah..adalah parking free untuk hambaMu ini" rezeki mama Allah bagi, dapatlah parking.

Kerana sampai awal duduk dulu dalam kereta ditepi tasik, melihat suasana pagi yang damai, moga hati mama juga akan damai dan tenteram. Oh ya ofis mama berhampiran tasik shah alam, jadi hari-hari dapat tengok tasik, cuma sekarang workstation jauh dari tingkap, tak seperti dulu dekat tingkap, jika serabut boleh lepaskan pandangan ke arah air tasik yang tenang.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam