Tuesday 26 May 2015

kita belajar slow-slow

Assalamualaikum....

Pesanan buat anak-anak mama :

Daripada 'Amru bin Syu'aib, daripada bapanya,daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw :

"Perintahkanlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka"


"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala ba'la bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya."



Alhamdulillah...mama perlahan-lahan cuba mengajak abang adam bersolat, setakat ini.. alhamdulillah abang adam mahu mengikut cumanya,masa abang adam bersolat tu mama kena tunggu sebelah,kalau tidak jadi macam pagi tadi,mama bekejar nak mandikan adelya, tetiba mama tengok abang adam bersujud lama,rupa-rupanya menangis sebab mama tinggalkan dia,aduhaiii abang adam nih,takpe lah,ok mama tunggu abang terpaksalah abang adam bersolat semula... (kenapa papa tak tolong mandikan anak-anak? oh anak-anak mama ni ikut mood,kadang-kadang kalau mereka mahu mama yang mandikan,kenalah mama mandikan,kalau papa yang mandikan mahu mereka meraung di pagi hari..hahaha sabar je lah mama ni kan)

Adelya pun semangat juga nak bersolat dengan abang adam tu,nanti mama kena beli telekunglah untuk adelya,baru nampak ok sikit, ini dengan baju tak berlengan adelya bersolat, sempat lagi tu pandang mama,(saja mama snap pic anak-anak tengah bersolat ni,kenangan untuk mereka tengok suatu hari nanti) buat masa ni abang adam bersolat,kuat bacaannya...tidak apa biar abang baca kuat supaya mama dengar,ada yang salah mama boleh tegur, untuk permulaankan.. diharap semua ini akan berterusan,moga abang adam terus istiqomah menunaikan solat..

Dalam mendidik anak-anak bersolat ni mama perlu kuat dari segi fizikal dan mental, dari segi fizikal mama kena jaga tangan supaya tak ringan sangat, kang asyik-asyik nak merotan je..hahaha mana boleh rotan lagi mama ye... dari segi emosi pun kena jaga, tak boleh cepat marah..hehehe adoiii mama ni dah la kurang kesabarannya kan...sibuk-sibuk masak dengar azan, kena berhenti...pegi pada abang adam yang sedang asyik tengok kartun, pujuk untuk bersolat, ini pun kena gigih jugak nih.. gigih memujuk,bukan senang bila dah asyik tengok kartun tu nak berhenti dulu kan..bersolat pulak tu yang abang sendiri tidak nampak lagi kenapa solat itu perlu dilakukan...

Pernah mama ambil masa sedikit..berdua je dengan abang adam...mama terangkan apa kepentingan solat dan macam-macam lagilah mama berbual dengan abang, tak tahulah abang ingat ke tak...ye seronok juga luangkan masa begitu,luahkan isi hati bersama anak-anak,baru mama tahu apa yang ada dihati  abang sebenarnya...tapi kadang-kadang abang buat perangai tu biasalah, budak-budakkan...

Cabaran lain bagi mama dalam mendidik abang bersolat ni yang terbesar bagi mama adalah adik-adik...adoiii adelya ok lagi,abang bersolat dia pun bersolat,tapi yang paling menuntut kesabaran adalah adrien...budak yang suka mengusik, abang bersolat dia ikut dibelakang,abang baca bacaan dalam solat dia pun ikut kuat-kuat tapi entah apa yang dibacanya sampai terganggu bacaan abang, terus abang monyok,abang biasalah manjanya terlebih, mulalah..mama tengok adik ni,kacau abang.. urut dada mama dengan adrien ni,kadang-kadang dia berdiri didepan abang sambil gelak-gelak tengok abang solat...aduh nak suruh dia ke tempat lain,tak patut pula bagi mama biarlah adrien belajar sama,tapi itulah budak kuat mengusik itu, ada saja idea dia untuk mengusik..mama kena sabar banyak-banyak sangat nih...

Anak-anak mama...


"Rumah yang dibaca didalamnya al-Quran akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi para syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan adapun rumah yang tidak dibaca al-Quran didalamnya dikunkungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat, tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut,sedikit kebaikan dan banyak kejahatan".

Selepas solat maghrib mama akan ajak anak-anak membaca al-quran,alhamdulillah juga, walaupun bacanya tidak banyak tapi anak-anak membaca itu sudah memadai, buat masa ini mama mengajar dahulu dirumah selepas ini mama akan hantar anak-anak mengaji kepada orang yang lebih layak mengajar,mama ajar apa yang mama tahu sahaja,mungkin masih banyak yang perlu mama perbetulkan dari segi bacaan dan hukumnya...haiii nampaknya mama juga perlu mencari guru untuk belajar nih..


Peringatan untuk mama juga nih :

Sabda Rasulullah saw, sesungguhnya hati ini berkarat sepertimana besi yang berkarat,Sahabat bertanya : Wahai Rasulullah bagaimana untuk mengilatkannya? Baginda menjawab : Membaca al-Quran dan mengingati mati.

Ya Allah jadikanlah aku dan zuriat keturunanku tergolong dalam orang-orang yang menunaikan solat... Maaf terlalu banyak yang mama tulis nih, bukan untuk membangga diri dengan apa yang mama lakukan,sekadar berkongsi, mungkin suatu hari nanti anak-anak mama juga boleh lakukan seperti yang mama lakukan ini..Entri ini sekadar untuk tatapan anak-anak suatu hari nanti...

Doakan anak-anak akak ye...

Allahumma solli ala saiyyidina Muhammad
Wa ala aali saiyyidina Muhammad


Wassalam



7 comments:

  1. semoga anak2 AA berjaya dunia akhirat..dan mnjadi anak2 yang soleh dan solehah..amin

    :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah..Aaminnn terima kasih kak yan kerana mendoakan anak2 saya

      Delete
  2. Alhamdulillah.. bagusnya cara kak lah didik anak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidaklah bagus mana ira,masih dalam percubaan lagi ni,mencuba apa yang termampu

      Delete
  3. Kena mula dari awal kan.. bagus pendekatan akak ni.. kena tegas ya.. kami buat juga tapi tak tegas sangat lg.. kalau hari kerja ni, ada suruh naim nazif solat sama, wlaaupun kalau dia takde mood ada masa dia tak ikut.. tapi kalau dah kejar2 masa di hari kerja sebab malam naim ada kelas mengaji, ada hari mmg tak suruh banyak kali kalau dia tak nak ikut.. ai, memikirkan kekangan je.. baca ni, terasa nk kuat kuasakan balik paksa anak2 ikut solat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 kena bertegas juga, yelah abg adam dah 6 tahun kan, inipun rasa macam terlewat juga, sebelum ni,akak pun ajar ikut mood juga, sekarang ni tak boleh lagi, kadang2 abang adam macam takde mood juga nak solat, mamanya kena kuatlah sikit pujuk dengan macam2 cara...

      Delete
  4. Bagusnya... Saya kurang istiqamah la. Adelea pun dah pandai!

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...