Assalamualaikum...
Asyik gambar makanan je ye. Kali ni mama nak cerita tentang anak-anak pulak. Oktober 2021 ronda-ronda keliling kampung terjumpa apa yang mama dan en.azmi cari..kelas belajar silat untuk abg adam dan adrien. Tak fikir panjang mama terus daftarkan si hero berdua tu. kelat je muka bujang berdua tu masa hari pertama mendaftar😂.
Pendaftaran RM 50 seorang, yuran bulanan RM50 seorang sebulan, kelas waktu malam setiap hari jumaat dan sabtu 9-11 malam.ok lah tu kan. Anak dara pula ambil kelas taekwando di sekolah, RM40 sebulan kelas hari ahad.
Macam yang mama bagitahu masa mendaftar masing-masing muka kelat, tapi lepas je latihan pada malam pertama tu waktu ambil lepas latihan, terus bagitau mamapapa "malam esok boleh ke kalau hantar awal pergi kelas silat?" amboi terus tak sabar-sabar ye nak pergi kelas, baru kali pertama belajar terus rasa seronok ye. alhamdulillah legalah mama bila anak-anak seronok.
Apa yang lagi seronok guru silat mereka suka cari aktiviti untuk anak-anak silat. Mereka sertai kursus keselamatan, mereka juga dijemput untuk buat persembahan di majlis kenduri kawin dan akan datang pada majlis kecemerlangan sekolah pulak,apa yang penting anak-anak seronok dengan segala aktiviti yang ada.
Bagi abang adam pula yang terbesar dia sertai kejuaraan silat terbuka kebangsaan di Paroi baru-baru ni. Belajar belum pun sampai setahun dah sertai kejuaraan silat. tak apalah abang cuba je la ambil sebagai pengalaman tak menang pun takpe yang penting ilmu. Sungguh mama yang berdebar lain macam bila tengok anak sendiri yang bertanding dalam kejuaraan tu, biasa bagi sokongan dekat sukan sekolah je. Apapun tahniah buat abang sebab berjaya lalui pertandingan tu walaupun kalah yang penting abang berani berlawan dan tidaklah hanya berdiri tegak saja. mama risau je kalau abang tak buat apa-apa dan berdiri tegak je hahah
Teruskan perjuangan abang, mama nampak abang minat dalam silat ni, mungkin kena dengan jiwa abang. Lepas ni moga Adrien juga akan masuk bertanding. Kita tunggu pemilihan untuk pertandingan di Sepang nanti terpilih untuk sertai atau tidak ye, apapun mama sentiasa doakan yangterbaik buat anak-anak mama.
tahniah moga lepas ni abang terus cemerlang dalam dunia persilatan
ReplyDeleteLama tak ziarah sini...
ReplyDeleteAlhamdulillah moga terus sukses Abg Adam 👍
Alhamdulillah. Sebenarnya memang bagus kalau anaka-anak kita menyertai aktiviti sebegini. Bagi keluar peluh dan satu otot badan bergerak kan? Apa sahaja aktiviti bersukan banyak faedah nya . Cuma tak semua anak-anak minat untuk bersukan, termasuklah anak saya sendiri. Haha! jenuh la kena buat macam-macam. At least, brisk walk setiap pagi weekend pun dah okay. Semoga timbul ksederan sendiri suati hari nanti selepas kita ibu-ayah ini tunjuk contoh yang baik .
ReplyDeleteSemoga Abg Adam terus success ke peringkat yang lebih tinggi
ReplyDeleteTaniah buat abang adam dan adrien
ReplyDeleteKita lega bila anak-anak suka. All the best Abg Adam
ReplyDelete