Sunday 5 April 2015

malam tadi punya cerita

Assalamualaikum

Semalam berkumpul dengan adik beradik akak. itupun tak semua ada,kami yang perempuan je berkumpul yan
g lelaki takde. Memang bisinglah rumah dengan suara anak-anak.

Malamnya makan ramai-ramai,akak tak masak makan kat luar je,itupun bukan pergi jauh pun dekat rumah akak je, bukan apa sekadar nak berkumpul sebab dah lama tak berkumpul macam tu. Itupun adik lelaki yang bertiga tu tiada, adik ipar dan sorang anak buah juga tiada semalam. Pun begitu suasana tetap meriah,gamat dengan anak-anak ini



Gelagat sepupu..sampai naik atas meja mentang-mentang tempat ni bersila senanglah dorang nak duduk atas meja lebih-lebih lagi adelya.


Tengoklah si adrien pun sama,budak adrien ni semua orang makan nasik dia sorang pi order chicken chop kemain omputih sangat tak padan dengan mata sepet,hidung kemek hahaha selera bukan main...ni masa pregnant dulu mama fefeeling omputih suka makan western food la ni hehehe


antara lauk yang diambil,kami ambil menu yang set cuma tambah air dan  beberapa lauk lagi. Alhamdulillah... setakat ini memang puashati makan kat sini makanannya semua kena kat tekak akak dan adik beradik akak ni,takde la selalu makan kat sini last berkumpul makan kat sini 2@3 tahun yang lepas... kualiti masakan masih sama.

Lepas makan balik rumah..seronok sangat bermain dengan sepupu abg awisy sampai taknak balik nak tido rumah akak,ye la kali ni datang abg adam dah bole berkongsi mainan dan dah bole diajak main lawan-lawan seronoklah dia sebelum ni abg adam kecik lagi mainan pun taknak kongsi kan tak best la rasa,sampaikan naik kereta pun nak naik dengan adam,duduk makan pun berebut nak duduk sebelah abg adam..sudahnya abg adam duduk tengah-tengah antara daeisha dan abg awisy..hehehe adrien je belum jd rebutan sebab adrien suka buat hal sendiri dan suka cari gaduh dengan daeisha,abg adam pandai layan daeisha. bagus abg adam,adrien pun dah besar sikit nanti pandailah tu,macam abg adam juga la kan.

Wassalam

3 comments:

  1. seronok kan sesekali berkumpul...

    ReplyDelete
  2. seronok dapat berkumpul adik beradik.. wp x cukup korum.. tetap meriah kan..

    ReplyDelete
  3. hahahaha sama dengan anak sedara kira. yang sebaya atau yang sejantina geng depa la. uwais yang kecik tu pun sekarang dah pandai nak main dengan abang2 walau beza jugak jarak umur. klu dulu time kakak2 depa nak naik keta mesti berdua kalau konvoi kemana. skang uwais dengan abang sepupu dia pulak. nak naik kereta sama. nak duduk main sama dalam kereta. hhihihihi

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...