lego city

Assalamualaikum....

Bukanlah permainan lego pun cuma yang seumpama lego tu je kekdahnya..
tetap kena cantum-cantum untuk mudahnya panggillah lego..brand aussini kalau tak silap selalu beli dekat mr diy atau dekat kiosk2 yang ada jual di giant kemuning tu..





Antara yang telah disiapkan..habis almari mama jadi mangsa,lepas ni kena beli almari khas lah untuk letakkan hasil kerja ini. Adelya juga dah ada ruangan sendiri, pinky je mainan lego ini,hahaha yang itu bukan adelya yang minta tetapi mama yang berkenan..

bukan apa mama seronok tengok mainan tu yang sweet je warnanya pink dan purple..harus dikumpulkan lagi nanti. kalau nak beli yang betul betul lego tak mampu la mama beratus mungkin..hehehe jadi kita beli je apa yang termampu ye...

sejak dah suka dengan permainan lego ini,abang adam sudah tidak membeli lori lagi,asyik angkut mainan ini tapi dia dah siap cakap yang mana lagi tiada.. lori minyak lori simen  takde lagi katanya.. nanti ye abg beli satu-satu dulu..

Kadang-kadang bila jalan dengan en.azmi kitorang yang beli untuk anak-anak walapon anak-anak tak minta..hahaha nampak sangat mama ngn papa pun terlebih,tapi takpe mainan ini menguji akal juga tu. nak mencantumkannya bukannya mudah.. Asalkan anak-anak gembirakan..

Wassalam

Comments

  1. permainan lego memag bagus untuk kanak2...menguji kreativiti... :-)) yan pun suka kacau adik main lego

    ReplyDelete
  2. sebenarnya, saya dan suami pun tertarik dgn menda alah ni tau. Siap belek2 kalau ada org jual kat booth tu. Cuma tak beli je lagi, kalau ada anak mesti kena kambing hitamkan jugak. hahaa!

    ReplyDelete
  3. betul kak. lego ni memang boleh menguji dan tajamkan minda dorg. kita yang dewasa ni pun kadang kena tgk tutorial jugak nak buatnya kehkehkeh

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts