Friday 3 April 2015

sedekah..

Assalamualaikum....

Salam jumaat semua,moga jumaat ini membawa bersamanya keberkatan untuk kita semua...

konsep mana yang betul?

1.kekayaan bertambah apabila kita solat,solat dhuha,sedekah,zikir...rezeki akan bertambah

atau

2.Membeli banyak komitmen..contoh membeli kereta,rumah...dengan banyak komitmen kita tidak akan duduk diam...kita akan berusaha dengan keras dan itu akan membuatkan kita berjaya

apakah pandangan anda?

semalam terima dari seorang kawan dalam group wasap..bagus jugakan bila group wasap ni dijadikan medan usrah antara kita, boleh memberikan pelbagai pandangan berkaitan agama..kita ni bukan tak tahu sesetengah perkara tetapi mudah lupa dan lalai.

Dalam perbincangan diatas kedua-dua konsep itu boleh diterimapakai,tetapi perlu diseimbangkan antara duniawi dan ukhrawi.

Sedekah sudah terbukti dapat menambahkan rezeki...

berusaha gigih mencari rezeki agar kita dapat memberi sedekah kepada orang lain yang memerlukan, setiap rezeki yang kita dapat itu ada bahagiannya untuk orang lain.

tetapi sedekah itu tidak tertakluk kepada sumbangan wang ringgit, bak kata kawan akak dalam usrah kami tu :

Setiap sendi dan anggota badan yang kita gerakkan untuk ibadah dan mencari keredhaan Allah adalah sedekah,jangan bimbang andainya kita kurang harta untuk bersedekah..malah senyuman kita itu juga merupakan sedekah.

dalam buku mudahnya menjemput rezeki yang akak baca..salah satu punca murahnya rezeki adalah solat berjemaah,hendak pulak berjemaah pada subuh hari.kata ustaz cubalah inshaAllah murah rezeki kita...

antara lainnya sedekah...terutama kepada ibubapa,tak perlu banyak sekadar membeli top up telefon untuk mereka setiap bulan sahaja pun sudah memadai,apatah lagi jika sesekali kita belanja mereka makan buat mereka gembira,membayar untuk barangan dapur mereka..banyak lagi sebenarnya...

tengok betapa besarnya kuasa sedekah itu..

itulah yang dapat akak berkongsi buat masa ini..hendak relatekan sedikit kisah akak semalam dengan konsep sedekah ini..

paginya...belanja kawan-kawan yang membantu menyiapkan kerja untuk pengeposan borang,tak belanja mewah pun sekadar nasi lemak telur sahaja bebarapa bungkus, kerana itu sahaja yang termampu akak beri. memberi tanpa pengetahuan mereka...kata Dr.Fadhilah kamsah cubalah sesekali masa kita minum tu,kita bayar untuk orang lain juga tanpa pengetahuan mereka,pasti kita akan merasa puas..

petangnya..mendapat satu berita gembira..Ye rezeki bukan hanya dari segi wang ringgit tapi mendapat berita gembira juga satu rezekikan..Ya Allah cepat sungguh rezeki yang Allah bagi,pada hal tak sampai sehari pun akak belanja kawan-kawan Allah dah bagi rezeki dan petang tu juga en.azmi memberitahu satu lagi berita gembira..rezeki lagi. Alhamdulillah dengan rezeki en.azmi dapat itu pasti akan memberikan rezeki pada orang lain juga.


Alhamdulillah...sekadar peringatan untuk diri sendiri,sentiasalah bersedekah walau hanya dengan sebuah senyuman yang manis dan ikhlas.

1 comment:

  1. sedekah dan rezeki perkara yg subjektif..
    semoga sedekah itu menjadi amalan kita dan istiqamah dalam melakukannya..
    serta semoga kita dihindari dari sifat riak, ujub dan sebagainya..

    Alhamdulillah... tahniah sbb dpt berita gembira.. apa la berita gembira tu agaknya ye?
    Kebahagiaan, kegembiraan juga adalah rezeki..
    Semoga kak lah gembira dan bahagia selalu..
    Amin..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...