Assalamualaikum....
Macam yang mama penah cakap abg adam suka mengira. Semalam papa tanya ada homework tak? Laju abg adam ambil buku,mama tak sempat tengok keje apa sebab mama ke dapur buat susu adrien, sekali abg datang kat dapur tanya mama, betul tak abg buat ni mama? Sekejap ye mama buat susu adrien dulu..
Lepas tu mama ambil buku abg tengok homework yang abg buat...
Tengok keje abg ni mata mama dah berkaca...hoihh mama ni itupun sebakkan biasalah mama ni,nampak garang hati macam istana pasir,kena ombak nak roboh hahaha..
Tak sampai 10minit abg buat dah siap semua abg kira,bagi mama itu dah cukup pantas,semua betul pulak tu, tak perlu tunjuk ajar mama dah dan tak perlu guna batang aiskrim lagi,abg congak je..
mama rasa tak puashati sebab cepat je abg buat,mama tanya abg, ni abg buat dekat sekolah ke dekat rumah? Ye lah mana tahu abg dah buat dekat sekolah dengan cikgu kan.. abg buat dekat rumah la mama... ok macammana abg kira? Mama tanya lagi sebab abg takde tanya mama pun, biasa abg mesti nak keluarkan jari walapon nak kira 2+5.. abg buat macam ni lah mama.. siap tunjuk kat mama 9 ada dalam otak abg,lepas tu abg keluarkan 2 jari 9+2=11 betulkan mama? Betul abg.
Mama bangga dengan abg...
Pesanan buat anak-anak mama :
Jika kita berjaya lakukan sesuatu,jangan kata kita pandai..tapi ucaplah alhamdulillah..sebab Allah yang bagi kita pandai, kerana semua itu dari Allah kan.. Pesanan buat mama juga..
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Wah.. blog akakk dah berwajah baru.. ceria fan menarik warna ni..
ReplyDeletepandainya Adam buat matematik.. wah yang ni memang kembang hati mama ya.. alhamdulillah dikurniakan anak yang rajin bersemangat dan tekun.. insyaAllah akan dimudahkan nanti..
Oo sebelum ni akak guna abang aiskrim ajar adam ke? Saya tak pernah try gitu.. nak apply jugala nanti..
cantik wajah blog nie..makin meriah..
ReplyDeletealhamdulilah...betul pesanan mama tu adam..
semoga adam menjadi anak bijak dunia akhirat amin.. :-))
bukan mama je. achik pun rasa sebak sekali ni adam. huuuu moga adam jadi anak yang berjaya dunia akhirat amin amin
ReplyDeleteto mama mesti sejuk perot mama mengadungkan adam kan? :)
alhamdulillah.nway tenkiu akak..
ReplyDeletebetul tu..
peringatan bersama juga.
Alhamdulillah..
ReplyDeleteTahniah adam..
semoga berjaya dan terus berjaya dlm pelajaran..
semoga jadi anak yg cemerlang dunia & akhirat