Sunday, 19 April 2015

bacalah sayang

Assalamualaikum....

Blog ni dah macam diari mama lak,diari untuk anak-anak mama,cerita tentang aktiviti dan kerenah mereka. Melihat perkembangan mereka, melihat telatah mereka...

Setiap entri mama akan cuba selitkan pesanan buat anak-anak,dengan harapan suatu hari nanti mereka akan membaca setiap apa yang mama tulis dan pesanan-pesanan mama itu sebagai suatu pedoman dalam hidup mereka, sekarang ni kalau mama cakap mereka dengar sambil lalu je hihihi.

Sebenarnya ia juga kerana mama tidak tahu sampai bilakah usia mama ini,bila anak-anak makin membesar usia mama juga makin bertambah,dikesempatan usia yang masih bersisa mama ingin tinggalkan seberapa banyak pesanan yang mama mampu,ada yang mama tulis dan tinggalkan sebagai draft saja..itu khas mama tulis untuk anak-anak mama sahaja.

Bila dah besar nanti mungkin mereka akan faham pesanan mama tu kan... untuk anak dara juga mama tinggalkan resepi dan masakan yg mama pernah masak untuk mereka,mana tahu satu hari nanti berguna buat anak-anak.. wahh mama kemain lagikan.. ye la mama pernah menyesal kerana tak sempat nak ambil resepi dari arwah mak dan ayah jadi mama ingin tinggalkan sesuatu buat anak-anak walapon masakan yang simple dan mudah pun mama tetap kongsikan niat mama hanya ingin berkongsi dengan anak-anak..

Pesanan mama buat anak-anak :

hidup ini bagaikan roda kadang kita diatas kadang kita dibawah, tak perlu takut asalkan kita sentiasa yakin Allah ada bersama kita.

Wassalam

3 comments:

  1. :-(( aa awat pagi2 dah buat yan sedih...

    :-)) tulah kan..kita sebagai ibu bapa nie memang selalu beri nasihat pada anak...supaya mereka idup dengan jalan yang betul..dunia semakin maju..makin banyak benda yang mencabar...

    ReplyDelete
  2. mama ni buat achik sebak sekali je haaaaaa

    tapi betoi kan kak bila dah besar ni jadi menyesal tak menuntut ilmu masak dari tok nenek dulu huuuu

    ReplyDelete
  3. alahai akak
    sebaknya entry ni..
    in shaa Allah ..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...