Thursday, 23 April 2015

buat yang kedua kalinya

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah..tiada ucapan lain yang mampu mama ucapkan. Rezeki buat anak-anak mama,sepanjang tempoh 15tahun berkhidmat,  buat kali yang keduanya mama menaiki pentas untuk menerima anugerah perkhidmatan cemerlang.


majlis diadakan di picc putrajaya. Tengok baju mama tuh,colour block sangat nih...hijau turqoise dan merah.. hantam saja,masa raptai semalam diberitahu yang wanita perlu memakai tudung merah manakala lelaki tali leher merah,akak memang takde tudung merah dan baju merah,terpaksa la beli tudung merah mujur jumpa yg rm10, rembat aje asalkan sesuai,baju memang tak beli la gigih sangat pulak nak beli bajukan..pakailah dengan baju apa yang ada...hahaha sudahnya itulah jadinya.. hahaha kira ok lah..

Penat lelah tahun lepas balik keje lewat dan kerja dihujung minggu tinggalkan anak-anak akhirnya memberikan sesuatu yang diluar jangkaan.. alhamdulillah sangat-sangat bersyukur.

Kejayaan ini bukanlah atas usaha mama seorang,ini adalah hasil usaha semua kawan-kawan mama,mereka semua cemerlang tanpa mereka tentu kerja-kerja diseksyen itu tidak akan siap, cuma mungkin rezeki lebih berpihak kepada mama hingga mama diberi anugerah perkhidmatan cemerlang untuk tahun lepas.

Pesanan buat anak-anak mama :

Janganlah kita berbangga dengan anugerah yang kita dapat,kerana anugerah itu merupakan cabaran, cabaran untuk kita bekerja dengan lebih cemerlang.

Wassalam

4 comments:

  1. cantikk.. color block gini memang cantikk.. berani tak berani pakai je..hikhikhik.. tahniah dear! :))

    ReplyDelete
  2. Tahniah kak... kerja keras terbalas dengan penganugerahan yang baik tu.. moga makin selesa dengan kerja2 yang ada ya.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..
    tahniah kak lah.. semoga terus bekerja dgn cemerlang & menjadi inspirasi rakan sekerja yg lain..

    ReplyDelete
  4. tahniah kakkkkkkkk terus rasa berbaloi penat yang dulu kan ;)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...