diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Thursday, 16 April 2015
cekodok seringgit
Assalamualaikum...
Ada seorang kawan dekat ofis ni, yang berpangkat adik la dengan akak sebab umur muda lagi dari akak.. dia lah tempat akak bercerita, segala suka duka susah senang hidup ini, kami sama-sama ketawa,tetapi tidaklah menangis bersama cumanya cerita sedih itu sama juga dikongsi..
Kadang walau tak diceritakan dia tahu akak bersedih agaknya..dialah yang setiap hari memberikan akak cekodok seringgit untuk mengisi perut,walapon hanya cekodok..alhamdulillah dapat mengenyangkan perut akak nih.
Sudah lama adik ni merancang untuk menambahkan zuriat..sebab kami sama-sama berceritakan..hehe
tapi akak tidaklah kan sebab akak dah pakai password hahaha. semalam dia memberi khabar gembira, alhamdulillah...hasrat untuk menambah zuriat telah termakbul,akak gembira untuk dia. Siap akak jadi macam dokte lak,buat pengiraan sendiri bila due date adik nih nanti...hahaha akak lak yang tak sabar menunggu..
akak mendoakan agar cik ijah dipermudahkan segala urusan sepanjang tempoh kehamilan ini dan semoga impian mendapat baby girl termakbul ye..aaamiinnn
pesan mama untuk anak-anak mama : untuk memberikan kegembiraan dan kebahagiaan kepada orang kadang2 tidaklah memerlukan modal yang besar..kerana dengan cekodok seringgit yg diberi cik ijah itu dapat menggembirakan mama dan dapat mengenyangkan perut mama.
Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Password blh hack.. hehe..
ReplyDeletealhamdulillah.. tahniah buat adik k.lah..
Tahniah.. moga kawan akak tu menempuh detik2 kehamilan dia dgn baik dan dapat baby yg sihat..
ReplyDeletenasib dah pakai password kalau tidak mesti terbluetooth nanti tu hihiihihi *gurau aje :p
ReplyDelete