Tuesday 17 May 2016

Sambutan Hari Guru

Assalamualaikum...

Bukanlah mama yang sambut hari guru tapi anak-anaklah, semalam dapat gambar dari teacher taska jadi abadikan sahaja di sini.

Abang adam balik dari sek.kebangsaan terus ke taska, habis kotor lengan bajunya terkena darah, hidung abang berdarah lagi. panas sangat agaknya, abang pun kurang minum air masak, tapi teacher bagitahu abang dah ok. Malamnya mama tanya abang bagi hadiah pada cikgu mana? abang bagi pada cikgu azlina sebab cikgu tu baikk sangat...hehehe oh mama ingat abang bagi pada guru kelas abang.

Al-kisahnya..kawan-kawan tarik paper beg abang yang berisi hadiah untuk cikgu, katanya bekas yang berisi marshmallow pecah, beg pun koyak, abang nak nangis, cikgu azlina yang datang dan gamkan balik paper beg abang tu, lepas tu abang bagi paper beg tu pada cikgu azlina...takpe abang tahun depan mama buat elok-elok hadiah untuk cikgu ya.

Adrien tak banyak cerita, cuma bagitahu dia dah bagi hadiah pada cikgu. Adelya pula masa sampai taska teacher tanya "kek ni untuk siapa?" dengan garangnya adelya jawab "bagi tecer"...heheheh. Tecer whatsapp mama, ucap terima kasih bagi kek...alahai sebenarnya mama tak tahu nak bagi apa, jadi mama bagi apa yang mama tahu buat sajalah, tecer nih buat mama terharu je tau..

"akak..tanda ingatan wish pun takpe dah..saya tengok akak memahami taska pun dah besar rahmat, syg parent macam akak,sangat supportive, understanding...syukur Allah bagi parents yang baik-baik untuk taska" terharu mama bila teacher cakap macam tu.

Sebenarnya mama lagi bersyukur dapat taska yang bagus, anak-anak dijaga dengan elok, siap mengajar lagi tu, memanglah kita bayar mahal, tapi apa yang kita dapat setimpal dengan apa yang kita bayar tu kira dah bagus sangatkan. Jadi sesekali apa salahnya kita raikan orang yang bersusah payah menjaga anak-anak kita sejak dari umur anak-anak 3bulan mereka dah berada di taska ini. sampaikan teacher pun cakap, tak sangka dari kecik jaga sekarang adam dah darjah 1 dah...

Disebabkan itu jugalah semasa nak mencari rumah untuk dibeli, mama cari rumah yang akan melalui jalan ke taska ini, alhamdulillah dapat apa yang mama cari, inshaAllah jika berpindah nanti, anak-anak tetap akan dihantar ke taska ini juga.

Layankan gambar anak-anak sambut hari guru di taska.




Anak-anak potong kek yang mama buat, nak dibandingkan dengan 2 kek lagi tu kek mamalah yang paling tak semenggah rupanya tu hahaha, dapat juga abang adam makan kek mama buat "mama kek mama buat yang ada marshmallow tu, abang makan tadi sedap sangat" kata abang adam sebelum tidur, mama rasa bangga dengar pujian abang tu.




meriah je tengok anak-anak nih, mesti seronok sesekali macam ni kan,selain meraikan teacher dapat juga gembirakan anak-anak taska nih,tiada yang lebih bahagia daripada melihat senyuman di wajah anak-anak ini. Kata abang adam, dialah yang menolong teacher warnakan huruf-huruf yang tergantung dibelakang tu, bagus abang, rajin tolong teacher.


inilah rupa kek mama yang tak seberapa itu..kikiki 'marshmallow cinta untuk teacher', tapi bentuk marshmallow bukan luv pun tu,saja mama nak bagi nama tu. kalau ada yang teringin nanti mama share resepi boleh buat ye..nak mama buatkan pun boleh datanglah rumah nanti hehehe.

Ok itulah cerita mama, gambar pun teacher yang share nih..terima kasih sudi singgah dan baca ye.

wassalam

12 comments:

  1. PANDAI YAN BUAT KEK UTK TASKA SEMPNA HARI GURU...SALING TURUT MERAIKAN HARI YG ISTIMEWA BUAT GURU N MURID2NYA.

    ReplyDelete
  2. Budak lelaki ni lasak sikit
    Abang mestilah sedih cuma cikgu faham maksud dan niat anak muridnya. Sedih pulak kakak baca.

    ReplyDelete
  3. rajin mamanya membaking kek di hari kerja
    alhamdulillah, dapat pengasuh taska yg baik utk anak2

    ReplyDelete
  4. Cantek kek yang ilah buat tu ,rasanya pasti sedap seperti kata adam tu kan.
    Hidung berdarah tu seperti anak akak azim masa sekolah rendah selalu sngt berlaku...skg dah remaja nmpknya dh takde.

    ReplyDelete
  5. betuah la anak2 dpt bwk kek buatan bonda nyer.
    tu yg penting yan.
    sgt memori gitu...

    ReplyDelete
  6. Betul main tarik tarik ni sebab excited nak tengok dalam tu beg tu, cantik kek tu AA, untung tecer and kids :)

    ReplyDelete
  7. Seronok kan dpt menggembirakan anak2. Kanak2 memang suka marshmellow. Lg2 kalau keknya pun sedap.

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Guru untuk semua guru guru.... Tengok kat FB bukan main lagi cikgu cikgu, bertema Hari Guru mereka. Sangat happening. Yang tak tahan ada tema Rock O lagi hihi..... Tapi mak rasa cikgu sekolah Adam lah yg paling seronok sebab mereka dapat kek ... hihi
    Pandai Adam puji mama dia

    ReplyDelete
  9. Bila tiba hari guru, ibu mesti sibuk nak hadiahkan sesuatu untuk cikgu kan? Kakak siqah pun macam tu. Dah siap sedia hadiah untuk cikgu. Hii. Best macam tu. Tanda kita menghargai jasa guru dalam mengajar dan menjaga anak kita sepanjang di sekolah :)

    ReplyDelete
  10. alahai, siannya abang adam
    kalau acik pun mau nangis juga kalau jadi gitu
    biasa hari guru ni memang kita pun terjebak sangat kan kak
    nak bagi penghargaan pada guru yang mengajar anak-anak kita

    akak dah pindah ke? jangan lupa bagi alamat baru nanti tau

    ReplyDelete
  11. Wah... cemburulah saya! Anak saya yang tadika tu, hari Jumaat ponteng kelas makanya hari Isnin lenggang kangkung aje pergi tadika. Bila balik dia kata kawan-kawan semuanya bawa extra makanan, dia aje yang takda. Mommy pun satu hal, boleh lupa pulak Hari Guru, sibuk berjalan hujung minggu pun tak ingat nak beli apa!

    Dia kata dia nyanyikan lagu untuk teacher aje. Bila tanya nyanyi lagu Hari Guru macamana, senang jerk jawabnya ...

    'Happy Birthday, teacher! Happy birthday, teacher!'

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...