Friday 13 May 2016

Moga berguna untuk orang lain

Assalamualaikum..

Hasil mama mengemas hari tu, hari ini mama serahkan kepada kawan mama. Kawan mama ni memang selalu buat aktiviti kebajikan ni, mama ni tak dapatlah nak mengikutnya, dapat bagi sumbangan sikit-sikit tu kira oklah kan.



Hasil daripada mama kumpul semua baju, sorting mana yang masih elok dan tidak lusuh untuk di sedekahkan, moga apa yang mama beri ini dapatlah digunakan oleh si penerima, walaupun apa yang mama bagi tu tidaklah seberapa, baju anak-anak ketika bayi, baju berjalan anak-anak yang sudah kecil dan sendat bila dipakai, baju mama yang masih elok tapi mama tak pakai lagi..erkkk dan beberapa helai baju en.azmi.

Kata kawan mama kali ini mereka akan ke perkampungan orang asli yang terdapat di Pahang, Moga baju-baju yang mama bagi ni bergunalah buat mereka, nak juga bagi lebih lagi, inshaAllah dilain kesempatan kalau kawan mama tu ada projek macam ni lagi bolehlah kirimkan sesuatu yang lain pula, bak kata orang kreatif dalam bersedekah..haaa mama dah fikir macam-macam nih, moga dapat dilaksanakan nanti..Buat masa ini cukup dengan baju-baju ini dahulu.




Wallahu'alam...Moga sedikit yang kita beri akan mendapat keberkatan dari Allah..sekadar berkongsi ye.

Semoga bertemu lagi inshaAllah..Wassalam

16 comments:

  1. banyak tuh kak... yelah dr dibiarkan je memenuhkan almari baik sedekah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama kumpul ni dana sebab tu jadi banyak hehehe, itulah dari lusuh dalam simpanan baik diberi pada orang lain, harap2 bergunalah juga utk mereka yang menerima nanti

      Delete
  2. Sedekah ni tak dinilai dgn banyak atau sikit AA
    Tapi keikhlasan kita tu
    Semoga jariah diterima Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak zakie, moga2 semuanya diterima hendaknya

      Delete
  3. alhamdulillah, moga murah rezeki ilah di kemudian hari.
    akak pun selalu beri baju2 anak yg dah kecik kat rumah kebajikan kat sini
    senang, masuk jer dalam peti sumbangan baju, kasut atau mainan
    semua tu mereka terima.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak,

      kat tempat saya ni ada juga disediakan tong untuk sumbangan nih, tapi ini dah kebetulan ada kawan nak pergi buat kerja amal bagi saja pada kawan tu bawa.
      itulah mainan pun banyak yang nak diberi tu, tapi tak sempat pilih lagi yang mana elok takut terbagi yang sudah rosak pula sebab bercampur, mungkin nati boleh beri lagi

      Delete
  4. Istoqomah dan ikhlas bersedekah tu Yan yg pentingkan..
    yan bagus juga tu sedekah yg macam tu..

    ReplyDelete
  5. Baguslah Azra kalau ada kekawan yg boleh panjangkan sedekah ni. Mcm mak pun ada gak baju yg lama tak pakai tp elok lagi. Tp tulah tak tau nak sedekahkan pada siapa.
    Kadang kadang sawan bakhil pun datang tau, tetiba sayang nak bagi kat org hihi

    ReplyDelete
  6. As salam AA. Lama tak singgah sini. Baru ada masa sket nak BW.

    Alhamdulillah...smoga bertambah murah rezeki AA.

    ReplyDelete
  7. SUKA KALAU DAPAT PELUANG BERSEDEKAH BEGINI KAN YAN...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, strong betul AA bagi baju baby , bagus tu bila mula memberi, bimbing hati untuk mudah memberi kan bukan senang sangat kadang sayang hehe.. syukur ada kawan membuat kerja amal. InshaAllah murah rezeki AA dan anak-anak Amin.

    ReplyDelete
  9. Dpt dpt singgah.
    Akk pun baru ni dlm awal bln pun ada kwn kumpulkan bsju2 lama utk diberi kpd satu sekolah tahfiz, baguskan ada yg mengusahakan, kita sokonglah mana yg termampu.

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..tabungan akhirat

    ReplyDelete
  11. aida da siap kemas 3 plastik da, yan.
    just lom tau lg nak serah ke mana.
    weekend ni kalu free nak kemas mr.asben punyer almari.
    dia lg byk khazanah :)

    ReplyDelete
  12. Alhamdullilah. Moga mendapat keberkatan dalam usaha akak :)

    Baca entri ni membuatkan siqah nak kemas almari baju. Hii..

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah. Ada juga kegunaannya simpan lama-lama. Semoga mereka gembira dapat pakaian baru ni.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...