Friday 27 May 2016

Aiskrim Anak Soleh

Assalamualaikum...salam jumaat semua

Alhamdulillah rezeki anak-anak,minggu ni setiap hari dapat tempahan aiskrim anak soleh mama tu. Cikgu sekolah tempah untuk jualan minggu sains, mulanya tempah 50, lepas tu tambah 100,kemudian tambah lagi 150 batang sehari, pelajar kata sedap, alhamdulillah lega rasanya bila mereka kata sedap,takut jika yang dijual tak sedapkan.

Minggu depan ada lagi sedikit tempahan, syukur dengan rezeki Allah bagi dihujung sya'ban ini. Moga selepas ini akan ada lagi tempahan. Cikgu ini pun cakap selepas raya mungkin nak tempah lagi..syukur sangat-sangat dengan rezeki yang diberi ni.


Tempahan untuk hari ini, idea anak soleh adam aryan membuahkan hasil nampaknya, kalau sambutan bagus kena beli peti aiskrimlah nanti,pasaran pun kena diperluaskan lagi, tudiaa mama pun dah panjang cita-cita tu hihi, inshaAllah jika ada rezeki pasti Allah bukakan jalan kan.


Perisa baru yang mama tambah..aiskrim cremo..pasti anak-anak sukakan. Moga rezeki ini berpanjangan inshaAllah dan moga abg adam berjaya dengan idea perniagaannya ini yang mama berikan nama 'Aiskrim Anak Soleh'. Doakan abang adam ye.

Terima kasih sudi singgah dan baca.

Wassalam

13 comments:

  1. Wahhhhh .....mmg kena cari esbok aiskrim tu Azra.... Kalau dah penuh gitu mana tempat nak letak ayam pulak tu hihi...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah rezeki anak kan sis..yang penting rajin... memang laris ais krim mcm ni skrg... mudah2an berterusan tempahan nti...:)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah kak... pandai anak2 akak niaga...
    pandai mak nyer bt sekerim tuh...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...rezeki anak2 kan Ilah.Akak selalu ingat pesanan seseorang bahawa anak2 ada rezeki masing2.Rezeki anak2 Ilah pada perniagaan nya kan.

    ReplyDelete
  5. WAH SEMAKIN BERJAYA BISNIS ADAM N YAN...TAHNIAH.

    ReplyDelete
  6. tahniah Yan..rezeki anak solleh.dulu2 masa muda2 acik pun raji buat..tapi zaman dulu ta mcam sekarang cuma perisa asam boi..kacang merah kacang hijau durian dengan cempedak je

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..
    Sekarang memang laku aiskrim cam ni.. Semoga perniagaan 'Aiskrim Anak Soleh' semakin berkembang.. InsyaAllah.. :-)
    Salam kenal..

    ReplyDelete
  8. waa..rezeki tu..alhamdulillah

    ReplyDelete
  9. Wah.. nampak makin berjaya adam sebagai usahawan aiskrim.. thniah.. nampaknya nama adam dah makin terkenal ni..

    ReplyDelete
  10. Alhamdullilah. Rezeki akak dan sekeluarga. Dah ada gaya Adam suka berniaga dan cuba sesuatu yang baru. Keep it up! :)

    ReplyDelete
  11. Wah, makin maju bisnes Abang Adam ni nampaknya! Mamanya yang dah berpandangan jauh ni. Tapi baguslahkan, bagi support pada anak-anak.

    ReplyDelete
  12. whoaaaaa... bagus. kecik2 da train carik duet sndr.

    naseb baby kite baru 6 bulan, kalau tak, dah train jugak dah. hahahahahhahaha
    guro2

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...