Tewas juga akhirnya

Assalamualaikum...

Pagi isnin bangun macam biasa,walaupun badan dah rasa sengal-sengal kepala pun dah berdenyut-denyut lain macam. Disebabkan mama ada taklimat di putrajaya, gagahkan juga diri pergi kerja. Masa taklimat mama dah tak tahan, kepala makin sakit, badan pun menggigil je, bos call driver suruh ambil mama.

Sampai ofis satu hal pula nak drive balik rumah, harap-harap sempat sampai sampai rumah, tak tahan dah rasanya dengan sengal badan,kepala berdenyut semua,mujur en.azmi ada di rumah,nak suruh en.azmi datang ambil di ofis satu hal pula nanti kereta,mama siapa nak ambil, itu yang gagah juga drive tu. Sampai rumah terus ajak en.azmi pergi klinik, virus fever je kata dokte. Risau juga mama takut denggi sebab bulan ni ada kes denggi di kejiranan sini. Akhirnya dokte bagi mc 2 hari, lama dah mama tak mc nih.

Balik rumah makan ubat terus tidur. Petang bangun buat aiskrim yang telah ditempah, walaupun tak larat buat jugalah, ada tempahan sehingga jumaat nanti, alhamdulillah rezeki anak-anak. Selesai buat aiskrim kembali baring. Anak-anak pun en.azmi yang uruskan mamacuma terbaring je, anak-anak datang peluk mama,picit kepala, kaki, tangan..aduhh sejuk hati mama ni.

Ok lah nak sambung baring, mama mc lg hari ni, harap esok kembali sihat untuk bekerja.

Wassalam

Comments

  1. salam..
    jaga diri tu.xsihat pun wat kje..pengsan kang...huhu
    moga cepat baik ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih yaya..alhamdulillah akak dah sihat

      Delete
  2. Sesekali kesihatan kita diuji AA
    Semoga cepat sembuhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, sesekali diuji dengan kesihatan,alhamdulillah dapat juga berehat, sebelum ni merancang nak cuti tapi tak dapat rupanya Allah nak bagi cuti.

      terima kasih atas doa

      Delete
  3. Get well soon. Moga diberikan kesembuhan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  4. semoga cepat sembuh.. kite pun sakit kepala jugak ni sjak semalam huhu..

    ReplyDelete
  5. Semoga cepat sembuh. Take care ya!

    P.S. Aduhai, nak gelak pulak saya hari ni. Saya copypaste blog yang salah. Dok dari tadi baca tentang produk terus rasa pelik tau sebab hari tu datang entri lain-lain pun ada. Rupa-rupanya blog yang satu lagi ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih MD..

      Hehehe itulah saya ada 2 blog

      Delete
  6. Uissh mama yan, larat jugak buat eskrim ye.
    Moga cepat sembuh ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang order kak, tak sampai hati lak kalau tak buat

      Delete
  7. Moga cepat sembuh...
    masih gigih berbisnes...rezeki ank2

    ReplyDelete
  8. Semoga cepat sembuh..
    Rehat cukup2.. minum air masak bnyk2..

    ReplyDelete
  9. Moga cepat sembuh AA, take care

    ReplyDelete
  10. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  11. Dapat mc,ilah rehat2 lah ,moga cepat sembuh ,dapat melakukan rutin harian seperti biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, mc ni dapat jugalah berehat2

      Delete
  12. moga cepat sembuh sis... banyakkan minum air kosong.. rehat secukup nya ya..

    ReplyDelete
  13. La demam ke? Siannya awak.....ni mesti penat sangat buat ice cream ni hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah nom...gigih buat eskrem sampai demam2 haa

      Delete
  14. Musim orang tak sihat skang ni AA. Baby kita pon baru baik demam. Take care.

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts