Wednesday 25 May 2016

ice bucket, aeon mall shah alam

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...hari ni dah beransur sihat,dah masuk kerja walaupun masih ada sedikit ketar-ketar dan kepenatan sebab kurang makan, asal makan je nak muntah, moga hari ini selera lebih baik. Alhamdulillah..sakit itupun nak menghapuskan dosa-dosa kecilkan, banyak juga dosa mama ni. Okeh lupakan pasal kesihatan mama tu.

Adik-adik ipar nak try ice bucket yang pada mulanya mama pun tak tahu apa kebendanya ice bucket tu...huhuhu maklumlah mama ni kurang sikit bab-bab itu. Pastu 2,3 minggu lepas adik mama si maktam tu ada pergi dan share gambar..ooo barulah mama tahu apa itu ice bucket, ini adalah cawangan yang kedua yang pertama di Perak kalau tak silap. kata maktam nak tunggu dapat tempat tu mahulah beratur sejam.hoii siapa sanggup beratur tu?




Sebelum ke tempat yang dituju dalam perjalanan tu singgah pula bergambar kat tempat yang rasanya agak menarik ala-ala winter gitu haa, kenapa muka en.azmi macam terkejut sambil menunjuk tu? hehehe terkejut tengok ramai sangat yang beratur dekat ice bucket tu, sampai begitu sekali gayanya tu kan.




Bila pergi ramai-ramai macam tu haruslah adik-adik ipar yang beraturkan..hehehe mama layan anak-anak main game, adoiii dah kat situ ada pulak tempat game tu, dah kena cukai la mama papa, anak-anak minta nak main game, ok bagilah mereka main sesekali.. jenuh juga beratur nak dapatkan tempat, kami pula ramai, dekat sejam juga baru dapat tempatnya. Sudah dapat tempat nak menunggu datangnya aiskrim dalam cawan besar tu dekat setengah jam jugalah, anak-anak dah tak senang duduk, maklumlah anak-anak mama ni jenis takleh menunggu lama..hehehe jenis mama la tu., tak boleh tunggu lama-lama, rasa berbulu jek..kikiki, tengoklah muka abang adam tu..hadoii




Makanan pertama sampai fries, ok kita pulun makan fries dulu sedap dicicah dengan sos yang disediakan kata maktam ada 4 jenis sos yang diberi tapi hari tu kami dapat 2 jenis je, mungkin 2 jenis sos lagi dah habis agaknya sebab orang ramai hari tu, hari minggu kan. kemudian datang pula curry noodle en.azmi, mama pun cubalah, ok rasanya sedap, boleh diterima tekak, kuantiti pun banyak penuh semangkuk, harga mama tak tahu sebab bukan mama yang bayar.




Last sekali baru aiskrim datang, katanya kena tunggu pekerja datang kacau aiskrim tu dulu baru makan, mana sempatnya, mama cedok dulu bagi anak-anak. Tengok muka adrien tu tak sabar dah nak terkam gayanya tu kan...hehehe. Bagi mama oklah rasanya, yang satu bekas tu yang warna pink tu, banyak buah-buahan, buh-buah berries la kalau tak silap, sedap kunyah meletup-letup dalam mulut, yang coklat tu pun sedap, ada bijirin dan coklat cip didalamnya tu.

Maaf ye mama tunjuk gambar, ada yang terliur ke? hehehe, kalau cerita tak tunjuk gambar tak best pulakkan, kata cerita jalan-jalan cari makan kena tunjuk gambar, baru kawan-kawan ada rasa nak cuba jugakan, kalau yang duduk jauh selain selangor dan perak tu mama minta maaf ye. kalau datang shah alam bolehlah cuba ye, mama saja share tempat makan yang menarik, mana tahu kawan-kawan boleh cuba juga nanti.

Selepas makan-makan di ice bucket, sekali lagi kami tuju ke setia city mall,lepak situ lagi sambil layan anak-anak bermain, mama tak layan pun anak-anak hehehe, mak-mak sedara anak-anak yang layan mereka, mama lepak kat padang je, malas dah nak ronda-ronda naik motor, duduk padang tengok bebudak lain bermain belon dan layang-layang, anak-anak naik motor bersama mak-mak sedara, mama tengok dari jauh je. Selepas puas bermain semua pun balik, FIL pula terus balik ke kampung. Belum habis lagi cerita tentang FIL datang bertandang nih, cerita jalan misteri dan nasi chenta belum lagi, mama nak cuba habiskan ceritanya...hehehe saja sebagai kenangankan.

Terima kasih sudi singgah dan baca.

Wassalam

22 comments:

  1. Hadoii.. Sedapnya... Tergugat selera..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap juga MF,sesekali bolehlah selalu tak boleh, mahal juga tu, lagipun mama tak sanggup nak beratur lama2

      Delete
  2. Uishhh,..teruys terliur! Dap dap dap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedaplah kalau pekena tetengah musim panas nih

      Delete
  3. Alamak! Baru aje terjah Shah Alam semalam. Kalau tidak, boleh jugalah singgah jap gi SCM ni.

    Nampak macam sedap aje. Biasalah tu time tengok gambar semuanya nampak sedap, kalau nak tahu kenalah pergi rasa sendiri. Barulah tahu sedap ke tidak, ikut anak tekak sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah MD tengok gambar semuanyan sedapkan, dah masuk tekak sendiri baru boleh tahu kan, tapi ini alhamdulillah sedap

      Delete
  4. Sedap tu ni tengahari teringin ler :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah tengah hari panas dapat makan ni sedaplah BP

      Delete
  5. Semoga ilah lebih sehat harini...
    Suka tengok keluarga ilah jalan ramai gini...seronok mereka dan family ilah juga.
    Aiskrim tu memang nampak sedap lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak..semakin sihat
      itulah sesekali dapat jalan2 macam ni seronok walaupun tak bercuti kemana2 pun

      Delete
  6. ooooo mmg betul2 sesuai ngn namanya kak... gitu sekali sekerimnya...
    msti lps nih akak ulang dtg... kalau anak2 suke kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak ulang datang tu taktau bila lah dana, kalau ada orang yang tolong beratur mungkin akan datang lagi hahaha..akak malas nak beratur

      Delete
  7. Alhamdulillah dah beransur sihat ya sis...dah boleh kerja tu...
    alahaiii nengok ais krim tu ... haus seketika... sedapppnya! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah atie..

      memang sedap atie,nanti datang shah alam boleh akak belanja

      Delete
  8. Ice Bucket? Tak pernah dengarlah pulak Azra...ohh ingat jual ice cream je, mcm mcm rupanya. Tak per mana tau terjumpa nanti bolehlah try....

    Leceh jugakkan kalau menunggu lama sangat ni, sampai makanan jer dah kenyang jadinya, kenyang angin

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah nom saya pun baru je kenal2 dengan ice bucket ni,itupun sebab adik2 yang share hehehe maklumlah nak kilauan juga saya ni.

      datang je aeon mall shah alam tu nom memang ada hehehe,tapi kalau hari minggu lama pula nak kena beratur

      Delete
  9. pergh meriahnya tengok ice bucket tu...
    dapat makan panas2 ni layanzzz ni..

    Blogwalking Sini, jom baca artikle ini

    Adblock Plus Terbaik article...

    ReplyDelete
  10. Memang terliur pon nengok ice bucket tu. Tapi kita tak bley sangat minum ice2 ni. Baru habis pantang kan. Sikit2 tu boleh lah.

    Lama tu beratur. Memang tabah lah AA & family menunggu ☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa baru lepas pantang jangan minum ais lagi fiza

      Delete
  11. Salah satu kedai yang wajib siqah pergi kalau ke AEON, Ice Bucket! Tak pernah jejak kaki lagi ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat dah tu siqah nanti boleh terjah, nak terjah ajak akak sekali hehehe

      Delete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...