Duit

Assalamualaikum...

dah kenapa tetiba nak cakap pasal duit, bukan apa bila membayangkan duit lega sikit jiwa mama yang tidak tenteram nih hahaha...boleh gitu pulak ye, sebenarnya mama ni ada satu fobia itu trypophobia, tadi dok menggugel jumpa pulak objek bulat-bulat yang menggelikan itu terus rasa nak bagi penampor je kat orang-orang yang letak gambar-gambar tu...huhuhu seram sejuk dibuatnya, geli weh geliii...so baik kita citer pasal duit hahah


pic dr gugel

wah bestnya kalau ada pokok duit macam ni, dapat sepokok pun jadilah kan, tanam dekat rumah tu...hehehe. ye lah..duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan duit kan. nak tak nak duit itu perlu dalam kehidupan seharian.

Meeting baru-baru ni alhamdulillah, kenaikan gaji tahun ni dapat 2 kali, januari sekali, julai sekali, januari akan dapat tunggakan bulan jun nanti, ok lah tu dapat sebelum raya boleh buat belanja raya...hehehe alah naik pun tak banayk mana, tapi syukurlah rezekikan. yang penting rezeki yang kita dapat tu berkat.

macammana rezeki yang berkat? sikitnya mencukupi banyaknya boleh dikongsi,setiap kali dapat duit gaji, mama dah asingkan siap-siap duit untuk siapa, maklumlah nak mencari keberkatan jugakkan dengan duit gaji yang mama dapat tu, walau tak banyak mana seboleh mungkin cuba dikongsi juga, pertamanya tentulah belanja rumah sendiri dulukan, anak-anak bahagian mereka perlu didahulukan, simpanan mereka setiap bulan, duit taska.

kata orang alim, bila kita buat dosa banyakkan istighfar, sedekah dan bagi orang makan, malamnya buatlah solat taubat, jadinya mama ni pastinya setiap hari melakukan dosa, tak mampu nak buat yang banyak buat yang sedikit, tapi perlulah berusaha untuk buat yang banyak jugakkan. setiap kali gaji dahulukan apa yang penting, sedekah wajib dibuat bila dapat gaji, jangan gagal bersedekah walaupun sedikit, biar istiqomah " a little is better than none"

Pernah juga bertanya pada yang arif wajibkah menantu perempuan beri duit pada mentua? orang kedekut macam nilah itupun nak tanya hahaha...takdelah untuk pengetahuan dan penjelasan kita perlu bertanyakan,walaupun nampak soalan tu macam bodoh-bodoh sahaja. kata yang menjawab tidak wajib tapi kalau diberi itu dikira sedekah, yang wajib memberi adalah anaknya itupun setelah anaknya itu dahulukan keperluan rumah isteri dan anak-anaknya dahulu.

Kita haruslah tamakkan, nak pulak mama ni mestilah tamak...hahaha jomlah kita sama-sama tamak, bukan tamak duit ye tamakkan pahala...hehehe dah dengar yang pemberian itu dikira sedekah, so moh la kita bersedekah pada mertua kita..ececeh pemberian pun sekadar yang termampu jugaklah, nak tamak mama ni tapi bagi sikit..heheh adoiii, sendiri baru nak buat orang lain dah berabad buat mama oii...hehehe takpelah better late than never.

Banyak cara untuk bersedekah sebenarnya, ramai dah yang share dilaman sosial bagaimana kreatifnya mereka bersedekah, tinggal kita saja untuk ambilnya secara positif atau negatif, jika ambil sebagai positif maka hasilnya akan positif, jika pandanag negatif maka negatiflah ia, bagaimana dikatakan negatif tu, ye lah bila orang share mereka bersedekah dan caranya kita kata mereka nak menunjuk-nunjuk pulak, itu dah negatif, Ini pandangan mama je ye, sebenarnya banyak nak tulis pasal pandangan dari kacamata mama nih,..hahaha tapi risau pulak.


oklah macam mana nak hilangkan phobia mama pada bulat-bulat nih...adoiii ia menjelma kembaliii mama rasa badan dah ada bulat-bulat nih..serammm wehhh

Wassalam


Comments

  1. Ramai yang phobia kat benda bulat2 tu kan ,tapi akak okje...nk ilangkan cuba ilah hanya bayangkan wajah anak2 comel ilah je...InsyaAllah
    Part pokok duit...wah bahagia nya kalau dapat sepokok ...nak guna boleh petik je kan...hihii
    Alhamdulillah sekurang2nya ilah berkerja merasa lah kenaikan gaji.Bagi akak yang surirumah ni hanya mengharap belas suami je.
    Betullah Ilah dengan bersedekah rezeki yang sedikit pun kita dapat nikmat nya .Apatah lagi dapat memberi dengan mertua...gembira kan hati mereka ,insyaallah dia akan doakan yang baik2 untuk kita.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah masuk :)) jom belanja hee :)

    Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.
    (Al-Baqarah 2:274)

    ReplyDelete
  3. Hihihi..
    Akak bayangkan..
    Senangnya ada pokok duit..
    Hendak duit petik ajee..
    Berangan kuat ye akak ni..

    ReplyDelete
  4. Setuju ajelah..
    Sori mama yan, tkleh komen pjg, tgh bizi ngn ketas pekse bebudak tadika.

    ReplyDelete
  5. Wah, cakap pasal pokok duit tu kan. Teringat rancangan trek selebriti dengan Rosham Nor, dia kate kat mane ntah orang jual daun pokok durian belanda untuk d jadikan ubat. Harga sehelai daun RM1. So, semua duit kat pokok tu. Teringat tibe-tiba. =)

    ReplyDelete
  6. saya pun ada jugak phobia camtu...bila nampak bulat2, cepat2 tukar fokus.. hehe

    ReplyDelete
  7. Hihi...berckp pasal kedekut....mmglah Azra mak pun ada kalanya dtg kedekut, sawan kedekut haha...

    Moga Allah memberkati rezeki kita kan Azra, sihat pun rezeki kan....

    ReplyDelete
  8. Kalau akak tahu mana nak dapat pokok duit ni, bagitahu siqah tau. Nak jugak! Hehehe.

    setuju dengan kata akak. Kalau kita fikir positif, positif lah benda tu. So baik fikir positif aje. Tak payah nak serabutkan kepala fikir yang negatif kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aida jugak nak tau pokok duit ni ha ha ha :)

      Delete
  9. dulu masa somi keja penang selalu la jugak bagi mentua sikit. sikit je. ada la 5% kot dari gaji tapi sejak somi pindah duduk sekali gaji pun short 40% dah tak mampu nk memberi lagi huuuu

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts