Aduhaiii lemau betul mama sekarang ni, menulis pun jarang-jarang, nak kata sibuk tu sibuk jugaklah untuk tahun ini Jabatan akan menjalankan Banci Penduduk dan Perumahan 2020 bermula 7 Julai tapi sebelum tu kena hadir taklimat,buat taklimat, survey kawasan jajahan untuk banci, mencari wakil penduduk,wakil taman, tok imam, ketua kampung, mencari tempat untuk taklimat, mencari pembanci..nahh macam banyak je kerjanya tu kan tapi takdelah mama cuma membantu je untuk CD yang mama jaga tu, sapa-sapa yang duduk area banting dan sg,manggis sila bagi kerjasama ye hehehe.. itu je lah sikit-sikit mukadimah kerja mama.
oklah...alhamdulillah syukur dengan rezeki yang Allah bagi pada kami sekeluarga dengan rezeki mendapat family yang sangat memahami dan baik. Minggu lepas en.azmi bagitahu family nak datang rumah. sebenarnya kami ni dah lama tak balik kampung, entahlah bila kali terakhir kami balik pun rasa macam dah lama je tak balik, sepanjang kami tak balik ni dah 2 kali jugalag family sebelah en.azmi datang ke rumah, alhamdulillah juga sebab rumah kami dengan kampung kalau nak diikutkan takdelah jauh sangat tapi itulah takde rezeki kami nak balik kampung,moga lepas ni akan direzekikn buat kami untuk dapat balik kampung selalu.
Jumaat tu mama kerja, acu(adik ipar) bagitahu petang dorang nak gerak naik sini. Rumah bersepah okeh harap-harap sempatlah mama balik kemas sebelum family sampai. petang tu pulak tak boleh nak sampai awal sebab tunggu abang adam habis kelas tambahan dulu, sampai rumah 6.20 terus bergegas kemas rumah, abang adam pun terpaksalah mengemas juga apa yang patut, bilik air belakang tu memang tugas dia cuci sebab dia yang guna, entah macammana cuci mama tak tengok dah. kemas apa yang patut je lah kan asalkan sedap mata memandang..lelah jugaklah hahaha mujur orang nak datang kalau tak tentu rumah masih bersepah. 7.40 malam bergegas hantar abang adam pergi tuisyen pulak, en.azmi lewat balik hari tu. tak sempat mama nak masak, mujurlah tetamu singgah makan di kedai dulu, sudahnya mama anak beranak makan burger je, itupun adik2 ipar pun join order burger jugak, mudahnya order dulu burger lepas tu pergi ambik sebab anak buah mama kerja di kedai burger.
Shell out kami malam tu yang dimasak oleh adik-adik ipar, mama tolong rebus telur masin jek hehehe |
Ahad pagi alhamdulillah...air dah naik ke tangki jadi bilik air pun ada air, tapi satu hal lagi terjadi sinki pulak takde air, kisahnya kawasan mama ni tekanan air tak kuat, bila waktu cuti tu memang air sinki kadang-kadang halus je, tapi alhamdulillah dapat jiran yang baik, tarik getah paip dari rumah jiran pergi ke sinki rumah mama, dapur sebelah2 kan, guna air dari tangki rumah jiran, mama taknak guna dari tangki rumah mama sebab takut nanti kering air tangki tu susah pula nak mandi nanti kan. Lega sangat-sangat ada jiran yang baik, bukan apa bila memasak kita dah selesa guna air di sinki, pada hal dulu-dulu dekat kampung mana ada air paip pun, tapi bila dah terbiasa macam tu lah kan, bila susah sikit dah tak senang duduk pada hal air sinki je yang takde. Ahad tu paklong masak sup tulang, ayam kicap, mama masak rendang kerang itupun sebab anak dara yang nak makan, kalau tak memang mama tak masaklah. Untungnya mama bila family mentua datang memang mama rehat je dari memasak, pagi nak masakkan breakfast pun tok cakap tak payah dia nak makan roti canai je, jadi kita bungkus je lah kan.
Family datang rumah 2 hari tu memang kami tak bawa kemana-mana pun duduk rumah je, nak bawa berjalan pun tak tahu nak bawa kemana. Alhamdulillah seronok anak-anak tok,wan dan makpak sedara datang rumah, adelya pun seronok sepupu dia datang, dah lama ajak jumpa sepupu dia sebab nak bagi tudung yang dia beli, tudung pasar malam je pun, tiap kali nampak tudung nak beli lepas tu kemain berejam memilih tu jenuh mama tunggu yang dia berkenan, lepas tu mesti nak beli 2 satu untuk sepupu dia, seronoklah hari tu dapat bagi dah tudung yang dibeli.
Oklah mama berenti disini dulu ada masa mama tulis lagi
Wassalam
mmg untung ni, tetamu datang tapi dapat berehat dari memasak. rezeki kan..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Dikurniakan keluarga mertua yang emmahami pun satu rezeki jugakan mama..
ReplyDeleteseronok kumpul ramai-ramai macam ini..
sedapnya nengok shell out tu kak, siap nampak macam ada sushi je tuh... makan ramai2 memang syok kan kak... rezeki family datang berkunjung meriah, anak-anak happy cuma tulah bila takde air kita segan gakla... masalah jugak yek bila ramai-ramai datang air lak halus gitu
ReplyDeletealhamdulillah, tumpang gembira baca posting ni ^_^
ReplyDeleteSinggah sini.
ReplyDeleteTeringat saya pernah jadi pembanci pada 2010. Penat gila nak membanci. Apapun kenangan.
Alhamdulillah rezeki daripada tetamu datang.
Seronoknya ada jiran-jiran yang baik hati terutama masa kecemasan ni 🙂
ReplyDeletehttps://www.magspremiums.com/ Kami adalah syarikat yang berlokasi di Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis percetakan korporat & hadiah premium. Percetakan Tshirt, percetakan beg non woven dan banyak lagi!
ReplyDeleteTerima kasih yaya bagi aimy tudung..
ReplyDeleteSemoga aimy rajin bertudung mcm yaya jugak..
Alhamdulillah.. Dpt berkumpul ramai2.. Ada rezeki berkumpul lagi..
Bila berkumpul ramai ramai, air tak de tu yg malas hihi.... leceh tak de air ni kan Azra... Allah nak bagi ujian tu sebenarnya hihi... Pahala berkepuk kepuk tu ....
ReplyDeleteTetamu datang bawak balik dosa dosa kecik kita.... hikmah tersembunyi. Dapat gader gader dengan family yg sporting mcm tu sesekali, best jugakkan