Sunday, 29 May 2016

Alhamdulillah...sabar menunggu

Assalamualaikum...

Bersabar menunggu bilakah harinya akan tiba. InshaAllah mungkin tak lama lagi dah agaknya kan,moga dipermudahkan segala urusan olehNya nanti.

Kawan mama yang rajin buat site visit,mama jarang-jarang nak pergi menjenguk. Minggu lepas sedang lepak dengan mertua di padang setia city mall tu tetiba whatsapp masuk, mama tengoklah gambar yang diberi dan bertanya dah ok ke semua?




Inilah gambar yang mama dapat tu...hihihi. Alhamdulillah syukur..kata kawan mama api,air semua dah ada,ini bermakna cf dah dapatlah kan. Bersabarlah sikit hari lagi dapatlah duduk rumah sendiri. Ye..baru nak duduk rumah sendiri,baru ada rezeki nak membeli rumahkan, tak apalah lambat sedikitkan,pasti Allah tahu inilah waktu yang sesuai untuk kami miliki rumah sendiri,ekonomi makin stabil inshaAllah.

Rumah kami berhampiran taman,seronoklah anak-anak nanti dekat nak ke tamankan, hujung sana pula ada kebun nenas,nak beli nenas boleh laungkan saja..haa gitu ye ye je mama ni. Bersabarlah mama..inshaAllah lepas rayalah tu agaknya akan dapat kuncikan. Banyak juga tu nanti kos nak masuk rumah barukan.

Moga Allah permudahkan urusan kami untuk berpindah masuk ke rumah baru nanti, inshaAllah...bersabar ye mama hihihi,anak-anak yang tak sabar,sikit-sikit ajak balik ke rumah baru,sabar ye anak-anak tak lama lagi dah tu.

Terima kasih sudi singgah dan baca

Wassalam

17 comments:

  1. SYUKUR ALHAMDULILLAH HAMPIR SIAP RUMAH BARU YAN..SELESA NAMPAK PERSEKITARANNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak..inshaAllah selesa tu

      Delete
  2. Wah.. dah tak lama tu.. seronokla nanti akak dan family pindah ke rumah baharu.. nak buat openhouse jgn lupa jemput kami.ye.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah aisy..anak2 yang terlebih seronok, tak sabar nak pergi rumah baru katanya.

      InshaAllah kalau ada buat makan2 akan jemput kawan2

      Delete
  3. Alhamdulillah kak AA :) Seronok bila ada rumah sendiri kan kak. Tak kisah lama pun nak dapat asalkan ada. Ikut kemampuan dan diri diri masing2 kan :) Kat area shah alam juga ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah siqah..sronok saranya ni walaupun tak dapat kunci lagi hehehe. Taklah dekat area teluk panglima, kalau shah alam mampu tengok je siqah tak mampu beli

      Delete
  4. Alhamdulullah AA, inshaALLAH dipermudahkab.. pasti happy anak-anak berdekatan dengan taman ni dan ada kebun nenas, banyakla vitamin mama nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih BP..happy sangatlah anak2 tu,haaa mama kena banyak vitamin nanti nak kejar anak2 di taman pulak hahaha

      Delete
  5. Alhamdulillah mama yan..
    Seronok dpt rumah baru di dunia, dah tak terperi gembiranya..
    Bayangnya keseronokan mendapat rumah baru yg jauh lbh indah di akhirat nanti....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak imah, gembira sangat rasanya.

      nak kejar rumah diakhirat pun sama, sediakan bekalan yang secukupnya dari sekarang,mudah-mudahan caniklah rumah disana nanti

      Delete
  6. Alhamdulilah....dah siap rumah baru ya.Tentu seronok anak2 dapat tinggal rumah baru kan ,apa tah lagi rumah sendiri tentu satu kepuasan bila dapat menghias dan mendeko kelak

    ReplyDelete
  7. bestnya kak.... msti tak sabar akak nk kemas umah baru kan

    ReplyDelete
  8. wahh tahniah dah boleh masuk rumah sendiri..mesti dupdap dupdap x sabar kan hihi..

    doakan kami pun cepat2 la dapat rezeki beli rumah sendiri.. ☺

    ReplyDelete
  9. tahniah dah ada rumah sendiri
    bolehlah berdeko2 tanpa rasa risau

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah AA. Sediakan sedikit ongkos utk masuk rumah baru
    Tapi kalau tak pun kakak rasa dah ada rumah sendiri tu pun dah terbaik
    Pelan-pelan kalau nak buat bila dah masuk pun boleh.
    Tahniah dari kakak:)

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah. Cepat atau lambat tak kisahlah. Yang penting dah ada rumah sendiri. Lepas ni bolehlah suka hati menghias rumah. Barulah seronokkkan.

    Semoga proses nak masuk rumah baru nanti dipermudahkan. Kalau dah nampak depan mata, siapalah yang tak sabar rasanya nak jejak masuk rumah barukan!

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah..tak lama da menunggu tu.. seronoknya nk masuk rumah baru.. blh deco2 ikut citarasa sendiri.. semoga segalanya dipermudahkan..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...