Jalan misteri, hadiah hari ibu

Assalamualaikum...

okeh ini last entri pasal kedatangan FIL weekend lepas, kemain banyak entrinya ye, pada hal datang 2 hari je,semangat mama nak menulis. Bukan apa kalau tulis 1 entri mesti panjang berjela-jela kan tak cukup 10 mukasurat lak nanti.

Malam ahad en.azmi bercadang nak ajak family makan shell out, katanya ada yang murah di subang bestari..sue & tuya shell out namanya. mama memang tak tahulah dimana tempatnya, yang lain-lain pun confirm lagi tak tahu, jadi kami ketuailah rombongan en.azmi nak bershell out. mama buka google map sekali entah apa-apa jalan yang dibawanya, sampai satu tahap memang gelap betul jalan takde lampu.

Berdebar je mama, dah la semua followkan macam tak sedap pulak sebab entah apa-apa jalan yang kami bawa, memang nampak misteri jalannya tu, tiba disatu jalan tu semua kereta melencong ke kanan tapi kami terus je, dah jadi macam pelik, papan tanda lencongan pun takde, tiba ada lubang kat jalan pula,sudah habislah kereta baru ipar nih, dahlah masa tu kami bawa kereta baru adik ipar berdebor je rasa, baru seminggu kot dapat kereta tu, harap-harap takdelah yang kemek ke retak ke. kami agak dah takde dah kedai tu,sebab lain macam sangat jalannya tu.

Rupa-rupanya jangkaan mama tu meleset memang ada kedai tu dan dikawasan bangunan kedai yang kurang kedai, waktu tu hanya ada 2 kedai dibuka itupun 1 dibahagian belakang dan 1 lagi sue & tuya shell aout tu lah, mungkin siang adan la kot, pejabat dibuka dekat situ, tengok-tengok yang follow kami 1 kereta je, 2 kereta lagi dah berpatah ke jalan lain, takut nak ikut jalan yang kami lalu tu kot. tapi kami tak makan pun dekat situ, ye lah nak tunggu 2 kereta datang pun nak bagi direction lagi satu hal pulak,lepas tu kedai tu pulak, punyalah ramai orang,siap ada yang dok menunggu lagi diluar. Mesti sedap kot..dah lah murah, itu yang nak try tu, tapi en.azmi kata kalau jauh ini macam, murah pun dah tak sanggup nak pergi hehehe..takpe biar dia yang buat keputusan.

Kemudian kami berjumpa dan berkumpul semula didepan kedai wood & steel tapi takdeah makan dekat situ, mesti mahal, tapi macam nak ajak en.azmi try makan kat situ je nanti hehehe sebab nampak macam best je, rupanya en.azmi tahu kedai makan tu,ohooo..tapi dia tak pernahlah makan cuma tahu kedainya saja sebab famous amos kan. setelah buat keputusan kami makan sahaja dikedai yang kami jumpa dalam perjalanan tu.




nasi chenta,,ehehehe makanan yang terhidang comel-comel je..alhamdulillah semua makanan yang dipilih sedap.selepas habis makan kami pun balik,abang adam macam biasa dah terlentok dimeja makan, kemudian berbaring diriba mama,cenggitulah abang adam kalau dah pukul 10 lebih memang waktu untuk tidurlah.



Hadiah hari ibu..adik ipar mama bagi shawl,hadiah sempena hari ibu katanya,alahai sweet sangat nih, syukur alhamdulillah dapat adik ipar yang baik, bukan sebab dapat hadiah mama puji ye..hehehe adik-adik ipar mama semua baik-baik belaka. pandai pulak tu beli warna kegemaran mama hehehe warna pink, haaa kena beli baju baru nih, tu diaa dapat tudung nak beli baju baru teruss, bukan apa mama nak buat pakai raya nanti nih,jadi kenalah beli baju barukan..kikiki

okeh dah habis cerita pasal kedatangan FIL. oklah sebagai kenangankan. terima kasih sudi singgah dan baca.

Wassalam

Comments

  1. Tak der rezeki nak ber shell out yer AA. Untung nya dapat adik ipar macma ni ☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah takde rezeki fiza, mungkin lainkali. aah untung sesangat

      Delete
  2. heheheh mmg misteri betul... yg baca pun rasa misteri... kot2 ujung2 jumpa kubur ke umah kosong ke hehehe rupenyer ada betul restoren misteri tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah dana..memang misteri sebab dekat dengan bangunan kedai yang kosong2 kikiki tapi memang betul ada restorannya tu

      Delete
  3. Kedai shell out tu kat mana kak AA? Siqah tinggal di Subang 2. Dekat sangatlah dengan subang bestari. Bersyukur dapat adik ipar baik gitu ye. Tak lupakan kakak iparnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba siqah tengok dekat FB pun ada sue & tuya shell out nih,akak lupa alamatnya, tapi baca review kata sedap makan kat sini murah pula tu.

      itulah siqah syukur sangat2

      Delete
  4. Suspen juga nak lalui jalan ke restoran tu ya...tapi takpelah takde rezeki nak makan kat situ kan.
    Baiknya adek ipar Ilah bagi hadiah lagi...mesti kakak ipar ni jadi kesayangan mereka kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak..takde rezeki lainkali boleh try pergi lagi sebab dah tahu tempatnya kan. hehehe agaknya la tu kak

      Delete
  5. MESTI SEDP MKN RAMAI2 KAN..UNTUNG DPT ADIK IPAR YG BAIK N RAJIN BERI HADIAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak dapat makan ramai2 memang sedap,untung juga dapat hadiah

      Delete
  6. Hehe.. mmg misteri yg follow blkg..
    Lagi 2 kete cicir.. bukan patah balik.. lps je berjaya mengharung jalan adventure tu, tgk depan da hilang..berdesup peginya.. tak tau mana nk tuju, jln terus je la.. hahaha..
    Lenkali la shell out..xde rezeki mlm tu..
    Alhamdulillah..dpt adik2 ipar & kakak biras yg baik2.. syukur sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..inshaAllah ada rezeki boleh pergi nanti,dah tahu tempatnya tu, orang kata sedap kat situ dan murah pulak tu

      Delete
  7. restoran misteri di jalan misteri..

    bawak ramai2 x sedap jugak kalau kna mnunggu lama2 kan.nasib baik ada restoran lain buat back up plan hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah macam leceh pula nak kena tunggu lama2 kan, mujur jumpa kedai lain dapat juga mengisi perut.

      Delete
  8. Tudia ala ala jalan jurassic ni, betul kalau yang suggest tukar destini ok la.. apa pun meriah la keluarga AA sepakat.. adik ipar pun pemurah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meriah dan sepakat BP hehehe

      Delete
  9. Penyudah misterinya ..
    Tak jumpa shellout tu ye Yan..
    InshaAllah..
    Ada rezeki lain tu..

    Rezeki awal dapat hadiah shawl ye ..
    Cantik ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jumap kedainya kak yati tapi sangat orang terus pergi kedai lain saja sebab malas nak tunggu lama.

      itulah rezeki, cantik shawlnye kak

      Delete
  10. Untung dapat adik ipar yang baik. Dapat tudung raya. Lepas ni memang kena cepat-cepat beli baju rayalah. Barulah boleh beraya ^_^

    Misteri betul jalan nak ke kedai ni. Nasib baiklah suami tak kata apa, dah puas melalui jalan misteri, tak pulak nak singgah makan. Tapi walaupun macam tu, penuh kedainya ya. Maknanya jalan misteri tu takdalah misteri sangat kot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak misteri sangat MD,cuma adik ipar yang menagatakan jalan tu misteri hehehe,bagi kami yang tak pernah lalu dan lalu pulak waktu malam nampak misteri jugalah hahaha...jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri, suami memang tak kata apalah sebab dia yang ajak, saya ikut saja, itu kalau saya yang ajak dan taktahu jalan harus juga dia membebel.

      itulah nak kena usha baju raya yang sesuai dengan tudung yang diberikan tu

      Delete
  11. Hihi.... mau tak seram gitu, jalan gelap kat mana tu Azra? Teringin gak nak bawak anak makan shell out ni sebelum puasa tp tak tau tempat yg mampu bayar....
    Untung dpt ipar duai yg baik baik mcm tu....seronok kalau cenggitu kan Azra

    ReplyDelete
  12. Seram plak bila mcm tu...misteri mmg misteri..hihi..
    takpelah insyaAllah lain kali boleh bershell out ye... baik nya adik ipar..alhamdulilah.. warna shawl pun lawa :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts