Boat noodle

Assalamualaikum...

Family mertua bertandang ke rumah,mereka tiba jumaat malam sabtu dalam pukul 11 lebih seperti yang dijangka mama dah tertido...hahah buruk benor perangai,tapi mama dah sediakan semua keperluan..eceh, maklumlah mama ni kalau pukul 10, mata bagai digam-gam je,abg adam tu menurun mama la,9.30 je dah lelap heheh

Okeh tujuan utama FIL ke sini sebab biras mama suami adik ipar nak belanja boat noodle. Mama dan en.azmi memang tak pernah makan lagi, mama dalam keraguan, check status halal restoran tersebut,ada yang kata masih belum dapat status halal jakim dan masih ada yang dalam proses,akhirnya setelah puas menyemak, mama dapat tahu dalam satu blog yang di gamuda walk dah dapat halal jakim, wah best sangat tu dekat dengan rumah dan semalam adik-adik decide nak makan kat gamuda walk sebab dekat..mungkin sekarang semua branch dah ada halal jakim kot sebab blog yang mama baca tu semuanya waktu boat noodle tu baru dibuka...maafkan mama ye kalau mama tersilap.

Selepas zohor kami pun gerak ke gamuda walk makan boat noodle, mama follow je apa yang mereka order sebab tak pernah makan dan tak tahu apa yang sedap,cuma yang mama order pun air thai green tea.



Ini mi yang berjaya masuk perut mama..2 kali suap je habis hihihi sikit je tu semangkuk rm1.90,bagi mama ok..sedap mama boleh habiskan dengan kuah dan sayur yang ditabur-tabur tu..yang ayam sedap yang daging kurang sikit,mungkin sebab mama tak gemar daging yang dibuat sup kot dan mama pun lebih sukakan ayam..hihihi


Atas kiri bayam goreng..sedap dan rangup tapi makan banyak-banyak muak lak mama sebab berminyakkan harga mama tak ingat hehehe. Atas kanan chicken wing, itu memang tak pueh ati, memang chicken wing tapi wing yang hujung sekali tu dan yang tengah, yang kurang isi, mama dok bayang chicken wing macam kat pizza tu heheh rm4.90 6pcs, berbaloi tak..hihihi. Kiri bawah salad chicken ball haa..yang ni sedap, pedas-pedas masam rasa yang bercampur dalam mulut meletop-letop gitu kikiki. Last tu roti sangkaya haaa yang ni mabelless amat, rotinya lembut diganding dengan kaya pandan yang cukup sedap, memang memikat hati mama lah kikiki.


Separuh mangkuk-mangkuk yang dihabiskan hihihi, pergi ramaikan haruslah banyak mangkuk yang digunakan. Oh ya dekat sini mangkuk sumbing pun digunakan ke memang style deme guna mangkuk sumbing? Kitakan tak elok makan dalam bekas yang dah sumbing, tapi masa makan tu takde lah kami dapat mangkuk sumbing sangat cuma ada beberapaje,en.azmi siap tegur kat pekerja tu, "macam ini pun boleh guna ke?" Tunjuk kat mangkuk yang sumbing kikiki. Tapi kebanyakan yang mama tengok diblog-blog memang mangkuknya sumbing,tapi dulu kot sekarang tak lagi..maaf lagi kalau mama silap.


Masing-masing kekenyangan..hihihi, kat sini nasi pun ada mama rembat nasi en.azmi thai green curry chicken ke apatah,en.azmi kata tak boleh pergi rasa dia,maknanya tak berapa bestlah tu,mama makan ok je sedapp terasa daun limau purutnya tu, nak ala-ala rendang rasanya tapi ada terung, pastu mama rembat pula nasi abah hahaha...tak senonoh punya menantu sebab abah dah tak abis,sebabnya abah dah rembat nasi mak banyak sebelum tu kikiki...mama kongsi dengan adik ipar tapi tak habis juga sebab mama kekenyangan. Total semua..mama tahu berapa sebab biras yang bayarkan.

Lepas tu kami berjalan ke tempat lain pula, itu nanti mama cerita next entri la pula, nanti penuh pula entri nih..hihihi semangat mama terus menulis ye,bukan apa mama ni hari kerja bangun awal jadi hari cuti automatik bangun awal pastu terkebil-kebil tak tahu nak buat apa, semua orang tak bangun lagi, jadi ambil telefon karang cerita semalam ngehngehngeh...

Oklah terima kasih sudi singgah dan baca,maaf jika ada kesilapan dalam penulisan mama, sampai ketemu lagi.

Wassalam

Comments

  1. Seronok mama berjalan ramai-ramai bersama mentua :)

    Siqah tak pernah cuba lagi boat noodle. Baru tahu juga pernah ada mangkuk sumbing digunakan. Siqah kalau kat luar macam makan jela lagi guna mangkuk sumbing, kalau kat rumah dah kena buang mangkuk gitu. Ikut cakap orang tua. Hihi.

    ReplyDelete
  2. Masa anak akak bawa makan kat boat noodle tempohari,akak cuma makan 2 mangkuk je sebab nya akak kurang selera lah rasanya...tapi layan je selera anak.
    Roti sangkaya tu yang akak suka sangat ...sedap kan.

    ReplyDelete
  3. tak pernah juga makan boat noodle ni hihi..maklum le kami laki bini ni kalu makan kt luar mesti cari kedai nasi2 juga hahah..perut melayu..

    ReplyDelete
  4. Alahai comel aje isinya ya mama...hehe...patut PC tengok kawan-kawan yang pegi makan post gambar bukan main bersusun mangkuknya...

    ReplyDelete
  5. SEDAPNYA BOAT NODLE TAPI KALAU DIHIDANG DLM MANGKOK SUMBING MMG TOLAK..

    ReplyDelete
  6. tak pernah lagi makan di boat noodles..boleh try lepas ni..
    kurusnya chicken wings tu..hihi..

    ReplyDelete
  7. nak jugak try nanti boat nodle ni sis.. area kmi ni mcm belum ada.. sekali tgk tingkat tu..pergh.. tapi org kata isi nya sikit kan? hehe

    ReplyDelete
  8. Tula duk tengok dalam screen ja, tu die tinggi tu haha..

    ReplyDelete
  9. tmpt ni kalo makan mesti pingang mangkuk btingkat2 kan...=D

    ReplyDelete
  10. Belum sampai lagi ke boat noodle ni walaupun ada satu berhampiran rumah. Sebabnya anak bujang sulung saya tu tak suka makanan macam ni. So kita ni nak mencuba pun kalau anak dah tak suka, memang tak bolehlah nak hadam makanan sedap-sedap nih!

    ReplyDelete
  11. Ohhh ini ceritanya.... depa dtg nak belanja makan boat noodle rupanya....
    Mak pun tak pernah try boat noodle ni. Selalu blogger review pasal benda ni yp sampai sudah mak belum rasa lagi haha...

    Tak perlah kasi chance org puas dulu hihi...

    ReplyDelete
  12. Tu dia. Bertingkek2 mangkuknya. Dah lama tak makan kat boat noodle.

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts