Lepak-lepak family

Assalamualaikum...

Sekian lama merancang hari ini batu jadi, itupun tak semua ada. Tak apalah lain kali kita plan lepak-lepak lagi. Itupun mama buat je keputusan, ahad lepak-lepak family mohon semua luangkan masa,haa...gitu ayat mama.

Pagi ni kami ke putrajaya, berjumpa adik beradik mama, sambil lepak breakfast di tepi tasik. Kami ke taman botani putrajaya je,sampai awal..ada tempat strategik untuk lepak.



Mulanya kami ke taman wetland, cantik tempatnya hijau dan tenang,tapi tak tahu kat mana pun nak lepak dan bentang tikar,jadi tukar tempat ke taman botani pula. Menu tak banyak pun, tujuan utama cuma nak berkumpul adik beradik diluar saja. Menu yang ada nasi lemak dan sambal bilis mama masak, mommy bawa ayam rempah, cream puff, mak ngah bawa biskut sebagai kudap-kudap, yang lain bawa perut, ok dah tu..sebab cukup makanannya untuk semua.


Perut dah keroncong, bentang tikar kita makan dulu, seronok dapat makan ramai-ramai macam ni,moga nanti dapat berkumpul lagi ramai-ramai.


Adelya yang paling lapar, dari dalam kereta cakap lapar nak makan nasi, dapat sepinggan nasi senyap je makan, sekarang nak makan suap sendiri, ok juga adelya suap sendiri, pandai walaupun ada juga yang jatuh ke lantai.


Gambar gedik santai haruslah ada...tapi tak sempat nak gedik sangatlah hehehe,panas tak lalu dah mama, dah la berbaju hitam...haa 5 beranak berbaju hitam, tak hagak-hagak tengah panas macam tu.


Ini laluan untuk ke tempat kami lepak-lepak tu,cantik je tempatnya itu berhenti tengok kura-kura dalam air tu.

paksu melayan anak-anak buah bagi makan ikan, yang free hair tu...inshaAllah bakal maksu anak-anak buah, moga dimudahkan jodoh mereka nanti. Adelya dari dalam kereta bertanya "itu siapa?" Suka agaknya..hihihi betul rupanya, baru jumpa sekejap dah ngam siap boleh jalan pimpin-pimpin tangan tu,mulut lak riuh bersembang, jarang adelya cepat sesuaikan diri, nampaknya adelya suka dengan sofea tu haa.

Lepas bagi makan ikan anak-anak bermain basikal pula,oh dekat sini disediakan basikal untyk disewa,seronoklah anak-anak lepas bebas mengayuh basikal,adelya paling seronok, naik basikal..ada 3 orang abam sado jadi bodyguard, dok keliling je masa adelya mengayuh basikal tu.


Selepas penat mengayuh basikal, kita bagi makan ikan lagi. Kali ini en.azmi pula temankan anak-anak. Tengok cuaca tu panas terik, waktu ni dah hampir pukul 11pagi. Ikan banyak juga kat sini,tengok gambar tu banyak ikan yang datang bila anak-anak bagi makan, makanan ikan juga ada dijual sebungkus rm1, puaslah anak-anak bagi ikan makan.

Sebelum pukul 12 kami berkemas, tuju pula ke bangi sentral, mak ngah nak beli dress terpengaruh dengan gambar yang ditunjukkan oleh mommy. Mama pun cemas je nak beli, tapi sabar dulu,en.azmi kata nanti tengok dulu. Sekali sampai ramainya orang dan mereka pun beli baju yang mommy tunjuk tu,terus en.azmi cakap tak jadi beli nanti sama pula dengan orang lain,bukan apa baju yang dijual tu sepasang untuk lelaki dan perempuan memang cantik coraknya tu.


Inilah 3 abam sado yang jadi bodyguard adelya...hihihi tengok tu sesuka hati dorang je nak duduk celah-celah baju macam tu,mujur tiada yang marah, ramai sungguh orang dibutik nih mungkin baru dibuka. 

Selepas beli baju terus gerak balik, mama nak makan cendol durian di seksyen 24, tapi hampa kedainya buka pukul 6ptg, aduhh patut kedai cendol bukalah awal, panas-panas tentu sedap makan cendol. Takde rezeki kali ini, mungkin lain kali. Pusing-pusing cari kedai lain, tutup juga.sudahnya singgah cendol pak akob seksyen 16, yang ada cendol biasa je, bungkus bawa balik sebab adrien dan adelya sudah tidur.

Haa...siap juga cerita mama setelah 4 kali bersambung-sambung...hehehe tapi semangat nak menulis tu teruskan jugalah hingga habis.

Wassalam

Terima kasih sudi singgah dan baca

Comments

  1. Weekend adalah masa untuk bersama keluarga tersayang kan kak :) Seronok tengok. Siqah tak pernah lagi pergi taman wetland. Bolehlah ke sana nanti, taman di putrajaya cantik semuanya :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..seronoknya...santai hujug minggu ya..memang terbaiklah :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah meriah keluarga AA, Adelya comel betul dia pandai makan sendiri, minat dengan bakal mak su ye :)

    ReplyDelete
  4. masa yang sangat berkualiti diluangkan bersama keluarga ☺️☺️

    ReplyDelete
  5. syok... lepak2 ngn family tepi tasik tuh paling best...
    pastu sambung supink lak...
    meriah jadinya kan kak

    ReplyDelete
  6. wahh happy! hehe alhamdulillah. weekend mmg seronok habiskan masa bersantai dgn keluarga.. kan kak? kualiti time gitu.. =)

    ReplyDelete
  7. Akakkkkk AA , hihihi... Weekend mmg best if dapat masa terluang bersama keluarga..Baca entry akak nie rasa mcm nak gie picnic jugak . Nia pernah jugak picnic di taman botani putrajaya . Memang putrajaya panas kan . Tapi tama-taman putrajaya bnyk yang cantk . Have a nice day akak . =)

    ReplyDelete
  8. Bestnya kakak tengok gambar pun dpat agak dah betapa happynya
    Bukan anak-anak aje tapi yg dewasa pun sama kan.
    Bila kumpul macam inilah dpt bercerita lama..

    ReplyDelete
  9. Best nya habiskan masa dengan keluarga kan..Lagi-lagi time cuti gini.. :) Memang syiok..

    ReplyDelete
  10. ok lah dpt adik beradik suami isteri sporting gini
    seronok boleh borak byk2..anak2 pun happy

    kitaorg rajin jugak lepak makan2 tp selalu buat kat rumah mak je..

    ReplyDelete
  11. Dulu masa ngajo kt putra jaya taman botani ni selalu jadi lokasi bwk bebudak riadah, tu area yg ada tangga landai tapi panjang tu mmg seronok naik tangganya utk exercise, alahh..rindu plak tempat ni bila tgk gmb mama yan ramai2 kt situ.

    ReplyDelete
  12. tengok gmbr pun dh nmpk seronoknya..

    ReplyDelete
  13. Bestnya Azra ada adik beradik yg sporting cenggini.....
    Mak adik beradik semuanya dah kilauan emas permata, semua sakit lutut haha...

    Azra antara yg tua ke dlm adik beradik tu? Bukan apa mak tanya ni, sebabnya mcm Azra yg rajin masak ni hihi.....

    ReplyDelete
  14. Best yan dpt lepak2 dgn keluarga..
    Lagi seronok kalau semua ada kan..

    ReplyDelete
  15. memang seronok berkelah ramai2 apa lagi dgn family
    tambah seronok kalau ada anak2 kecik tengok telatah diaorang pun dah suka kann

    ReplyDelete
  16. klu adik beradik dok dekat2 , senang nak berkumpul ... meriah tu .

    ReplyDelete
  17. sonok kan dapat kumpul ramai2 walaupun dekat2 makanan simple je kan

    ReplyDelete
  18. Bestnya dpt santai2 camni.aktiviti yg bagus..klu kita sefamili pun dah best inikan pula klu ramai2..memang meriah jadinya

    ReplyDelete
  19. reramai berkumpul di luar skali skala mmg meriah kan, kak !

    adelya srrok nk dpt maksu ye selalunya budak budak, kalau org rjn melayan mmg suka jek.

    ReplyDelete
  20. wow piknik di putrajaya. aida x pernah gi tmn botani tu.
    ke putrajaya kalu ada function ajer, yan.
    seronok plak nampak gaya piknik gitu ekk. santai...

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts