Wednesday 18 May 2016

Sama sangat ke?

Assalamualaikum...

Masa sebelum kawin dulu,selepas ofis hour mama rajin juga berjoging dengan kawan-kawan di tasik shah alam, maklumlah ofis sebelah je dengan tasik, kadang aktiviti dengan kelab sukan, kadang saja berjoging dengan kawan-kawan, sebab tu mama slim je dulu ahaks...perasan sangat kikiki. pernah juga en.azmi follow mama dan kawan-kawan berjoging.

Pertama kali yang tengok en.azmi dengan mama, pasti akan berkata..eh muka samalah. Sorang bos mama tu lagilah dia punya reaksi terkejut tu memang terbaik sangatlah.."masa mula tengok tu,terkejut saya, eh sama betullah muka budak berdua nih,..mesti panjang jodoh nih sehidup semati" katanya haaa...InshaAllah...mudah-mudahan doa itu dimakbulkan.

Bila dapat anak, ramai yang cakap tak tahulah ikut muka sapa sebab muka korang suami isteri ni sama je..gituu, tapi betul ke sama sangat nih, ke ada iras-iras je hehehe, sama pun ok yang penting mama nampak lebih muda dari en.azmi tu, walaupun hakikat sebenar mama lagi tua..tua bulan je la pun, mama lahir bulan jan, en.azmi bulan okt...hehehe


Haaaa....tengok sama tak?sama tak? Hehehe anak-anak mana yang sama dengan mama dan en.azmi


Masa kenduri kawin adik en.azmi tahun lepas, kami ke kuantan majlis bertandang di pihak lelaki, boleh pula sepupu suami adik en.azmi(biras mama la dalam ertikata lainnya..hihihi) ingat mama ni adik-beradik dengan adik ipar tu...hihihi, nampak sama eh muka kami..

Mama bersama adik-adik ipar dan.biras mama, amacam nampak sama tak? Hihihi

Pandangan mata orang lain-lain kan, ada kata nampak sama, ada kata tidak, kadang bila kita bersahabat baik dengan seseorang pun muka kita boleh nampak sama, orang kata serasi la tu kot agaknyalah kan, orang kata kalau muka sama suami isteri jodoh berpanjangan, tapi takdelah kata yang muka tak sama tu tak panjang jodoh ye..mungkin yang seiras ni serasi kot.

Apapun sama ada seiras atau tidak, moga jodoh kita semua berpanjangan, jodoh dengan pasangan ke, jodoh dalam persahabatan ke..tak kisahlah jodoh dalam apa jua keadaan pun, moga semuanya berkekalan hingga ke dalam syurga Allah.

Sejak dah kawin dan ada anak ni, lama sudah mama tak berjoging dan berfutsal, teringin pula nak macam dulu dengan kawan-kawan,walaupun tendang bolanya kurang gelak je lebih,jogingnya kurang jalan je lebih tapi rasa happy sangat, sekarang pun happy juga ye, tapi dengan cara yang berbeza pula, cuma sesekali teringin nak bersama kawan-kawan macam dulu-dulu tu...hehehe

Terima kasih sudi singgah dan baca...Wassalam

35 comments:

  1. Assalamualaikum aryan azra, biasanya muka anak lelaki ikut mama, anak perempuan ikut rupa ayah tapi ni sebaliknya.. :-)

    ReplyDelete
  2. Sama Azra....mmg sama. Tang mata ada lain sikit. Mak selalu jugak jumpa pasangan suami isteri yg muka sama, agaknya itulah jodohkan. Dah katanya sama muka dgn En Azmi haruslah nampak seiras dengan adik beradik dia hihi...Tp dengan biras awak tak lah sama pun.... Eh biras yg mana satu? hihi

    Yg pompuan tu sama mcm mama kot....
    Awak ni tinggi ye Azra...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah nom..mata kite ni sepet sikit kihkihkih,ha kan..ramai juga yang wajahnya seiraskan

      biras yang tudung kuning tu nom hehehe rasanya dah betul tekaan tu kan, cuma saja nak tanyakan.hehe

      aah..bila bertudung sama macam muka mama, bila tak bertudung sama macam muka papanya pulak

      Delete
    2. Hahaha.. dgn biras confirm la x sama.. hihi.. tmbh plak biras ni rendang sedang2 aja.. hahaha.. adik2 ipar selim melim tinggi lampai..

      Delete
  3. Yalah memang nampak seiras.Betul lah akak ada dengar juga jika muka sama dengan suami pasangan yang serasi.Akak dengan suami memang agak seiras sebab kami kawen sedara.Anak2 semua dimata orang yang melihat katanya ikut rupa akak .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kan kak, pernah dengar la serasi hehehe, serasi macammana tu tak tahulah pulak saya ni.

      oh akak dan suami sedara ye, ok lah tu merapatkan hubungan sedara.

      hai kalau saya kak orang kata anak2 muka saya mmg banggalah,cuba kata ikut muka suami, ada sikit kuciwa hahaha, macamlah tu anak2 saya sorang je hehehe..mama nilah macam2 hal

      Delete
  4. akak suami isteri mmg seiras... anak2 pun tp dana tgk yg perempuan ikut abah nya...
    yg laki2 banyak muke akak...
    akak selim lah bila masa lak berisi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah dana yang pempuan tu memang ikut muka ayahnya sikit, orang kata sejuk sikit macam tu ye ke tak entahlah..

      hahaha selim ye dana...kikiki ada lemak tersembunyi yang tak kelihatan tu dana

      Delete
  5. Ada iras muka k.lah dgn abg mi..sama..
    Masa sekolah dlu ada x org ckp sama? Hehe..
    Anak2 tu x reti plak nk tgk ikut muka sape..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekolah dulu takde pun yang cakap sama, maklumlah bebudak lagi kikiki tak perasan sangat kot

      Delete
  6. Dari mata siqah kan kak,, memang seiras akak dan suami :)

    Tak kisah lah kan kak. Yang penting, moga jodoh akak dan suami berpanjangan dan bahagia selalu bersama anak-anak tersayang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu tu siqah..tak kisah sama ke idok yang penting jodoh kita berpanjangan dan bahagia selalu hendaknya kan

      Delete
  7. Akak! aah la muka lbh kurang.... hihihi. Insyaallah panjang jodoh. Moga kekal hingga syurga. Tp kebanyakkan nya jodoh kita muka ada iras iras skit.. hehehe. Comel nya anak anak akk.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq aina..inshaAllah mudah2han berkekalan jodoh akak dan suami hingga ke dalam syurga, begitu juga untuk kawan2 didoakan yang sama juga.

      saja bagi gambar yg comel tu aina, biasa comot je bebudak tu hehehe

      Delete
  8. ha'ah ada nampak sama
    tang hidung dengan mulut tu
    anak yg pakai cap tu ada iras2 muka korang..

    moga jodoh kita suami isteri hingga akhir hayat
    insyaallah..tak kiralah muka sama ke idak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang sulung tu,memang ramai cakap macam muka mamanya ni,feel pun lebih kurang sama je kak dgn mama dia ni hehehe

      inshallah kak..moga jodoh kita semua dengan pasangan akan berkekalan hingga ke dalam syurga Allah...aamiin

      Delete
  9. Yalah! Memang nampak sama! Saya yang first time tengok ni, kalau tak diberitahu mesti kata abang/adik lelaki awak tau! Eh, melampaulah kata adik dia pulak nanti dia ketap bibir marah sebab nampak tua! Hahaha! Gurau jerk ya, jangan ambil hati!

    Orang perempuan lepas kahwin memang nampak lebih tua daripada suami walaupun beza bulan aje pun. Kalau beza tahun tu, apatahlagilah kecuali Che Ta ^_^

    Saya masa sebelum kahwin pun rajin jogging kat taman tasik. Setiap petang. Sampai boleh ber hai, hai dengan regular joggers katanya!

    Laa ni, nak jogging setempat pun tak sempat. Entah apa yang sibuk sangat pun tak taulah. Sendi-sendi pun dah longgar. Kalau exercise lebih nanti terpelecok. Hahaha!

    Okey, nanti saya datang balik ya! Ni time dah nak balik kerja. Akak nak pi touch up jap dulu ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboii che ta tu memang tak dapat nak lawan la MD, cantik kebabom tu hehehe.

      saya pun dah tak jogging sekarang, berat dah nak bawak badan ni ha

      Delete
  10. Betul sama AA, di mata rasa, memang serasi dan sejuk muka sama ni kan..inshaAllah, rajin jogging ye, rasa lama pula tak excercise huhu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. serasi dan sejuk BP, kadang2 panas juga hehehe, biasa la tu.

      masa bujang dulu ja jogging Bp sekarang badan sudah berat nak dibawa lari

      Delete
  11. Macam adik-beradik... abang long, kak ngah dan adik-adiknya.

    ReplyDelete
  12. Tang mata tu nampak sama yan..
    Pastu raut muka bujur tu pun sama..

    ReplyDelete
  13. gamba yg first letak sebelah2 mmg sebijik! hehehe

    ade org kate muke iras2 tu jodoh pjg la ape la.. sya x bpe stuju pasal kawan2 ade je kawen dengan lelaki international. hahahahahaha. mmg x same langsong la muke kan.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...itu betul, tak kisah sama ke tak yang penting moga jodoh berpanjangan kan

      Delete
  14. Memang same, dari mak pak hingga ke anak..Sepesennnnn belaka..Tang mata memang nampak sangat-sangat..Hehe..Alhamdulillah kak aryannnn..(^_*)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan ain...sepesenn je memasing kan..mata tu sepet

      Delete
  15. yalah sis..memang nampak sama tu..org kata jodoh kuat tu.. menurun kt anak jg sama nya..comell... :)

    ReplyDelete
  16. saya dari dulu perasan muka akak dgn suami sama
    kata orang tua sejuk kalau muka suami isteri ada iras =)
    moga hubungan terbina berkekalan ke jannah. aamiin =)

    eh sori, lama tak berkesempatan ke sini

    ReplyDelete
  17. Memang sama sangatttt. Macam kopipes! :)

    ReplyDelete
  18. aduhai Yan. sama 100%.
    abang adik gitu. alhamdulillah :)
    memang jodoh Allah ni istimewa kan?

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...