Saturday 7 May 2016

Kemeja belang-belang

Assalamualaikum...

Minggu depan abg adam exam, hari ni pagi-pagi mama cuba bagi soalan ujian,sebelum ni abg penah cakap "mama jadi la cikgu kat sekolah petang abg" adehh abg ingat senang-senang je nak jadi cikgu..hehehe lagipun mama tak mampu nak jadi cikgu, tak cukup kesabaran, ajar 3 orang murid kat rumah ni pun dah berasap satu badan macam mana nak jaga satu kelas? Mama surrender awal-awal.

Hai abg..nampaknya abg sukar nak faham kehendak soalan nih, puas mama terangkan tapi abg masih kabur-kabur,soalan mama bagi banyak dijawab salah, pada hal soalan tu mama ambil dari buku yang cikgu ajar juga. Takpelah abg...jom kita buat benda lain, ini mama tengok soalan matapelajaran dsv.

4 soalan pilih 1 je yang hendak dibuat. Abg pilih soalan 1, gambarkan hidupan laut, tapi yang abg lukis orang memancing ditepi pantai..adeh ikan besar dari orang pulak tu, ikan paus ke apa yang dipancing tu hahaha...kenalah mama terangkan hidupan dalam laut bermakna lukisan dalam laut,mama pun lukiskan untuk abg gambarannya,tapi tak cantik pun sebab mama pun tangan tak berseni hehehe.

Lagi satu aktiviti yang mama buat dengan abg, buat origami baju kemeja..hihihi bukan saja-saja buat tau, tapi dalam soalan ada,gigih mama google tau seban dah lupa cara nak buat, ye la kecik-kecik dulu je buat, dah tua-tua ni lupa lak...setelah berusaha akhirnya berjaya juga mama buat..


Inilah hasilnya kemeja belang-belang untuk abg,1 lagi minta buat topeng muka, yang tu mama tak buat lagipun...buat topeng zorro dah la abg,mudah sikit hihihi. Soalan keempat lukisan batik, mama tak ajar pun sebab abg pun tak tau,lagipun mama tak pandai juga, cuma mama nak tunjuk kat abg lukisan batik tu macam kain batik sajalah..hihihi, kot abg handal buat lukisan arfa batik lah.

Cerita abg dan mama dihari sabtu..sampai jumpa lagi


Abg masih meneruskan usaha jual aiskrim...hihihi inshaAllah moga ada rezeki untuk abg.

Wassalam

11 comments:

  1. In sya Allah abang boleh!! 😆

    ReplyDelete
  2. KAGUM DGN PROJEK AISKRIM ABANG..KENAPA MONYOK TU..PENAT KOT

    ReplyDelete
  3. cantiklah 'kemeja' tu!

    bagusnya abang nak meniaga, semoga berjaya!

    ReplyDelete
  4. Lhoo, baru ni akk nk wat baju kertas juga utk ajar bebudak tadika, tapi nak cepat tak sempat google sbb tgh ngajo baru dpt idea, ok..nak screenshot ye.

    ReplyDelete
  5. Salute Auntie Mirror dgn abg. Wajahnya memang ada ciri2 seorang peniaga. Moga terus sukses!. Aamiin.

    ReplyDelete
  6. Go abg go! Good luck untuk abg dalam penjualan aiskrim. Teruskan usaha okay :)

    ReplyDelete
  7. Chaiyok chaiyok abg..Abg kreative..Hehe! :) Semoga abg jadi peniaga yang berjaya 1 hari nt..Aminnnnn.. :)

    ReplyDelete
  8. hihi,sama macam anak saya suruh tukar kerja kat sekolah dia
    padahal kita ni bukannya cikgu

    rajinnya abg menjual aiskrim..jgn putus asa tau.

    ReplyDelete
  9. takpe abg. pelan2 insyaAllah nanti mesti boleh kan. good luck abg!!!

    ReplyDelete
  10. saya pon dh lupa buat origami tu kene blajar blk la. nti leh buat utk rania. kalau buatt kapal dgn love je ingatt skrg ni. hiks

    ang jual eskerim kat ne ?

    pa pe good luck buat abbg..

    ReplyDelete
  11. abg, meh la jual kan acik aida eskrem tu.
    sini acik aida x tau nak beli mana.
    jiran acik aida da x buat :( hu hu hu...

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...