Wednesday 11 May 2016

tenggelam tayar

Assalamualaikum...

Alhamdulillah setelah sekian lama panas berpanjangan, kini hujan turun membasahi bumi yang kering ini.

"katakanlah lagi."bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (ditelan bumi) maka, siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?"
Syukur Allah menurunkan rahmatNya buat kita, apapun kena syukur bak kata UKE panas pun syukur, hujan pun syukur..apa yang Allah bagi tu kena syukur.

Petang semalam hujan begitu lebat di shah alam ini, dalam 3.30ptg hujan turun lebat membasahi bumi, pasti air naik dekat ofis nih, biasanya begitulah jika hujan turun dengan lebat, risau juga mama dibuatnya sebab kereta parking ditempat yang biasa dinaiki air, balik pukul 4.30ptg, air dah memenuhi ruang luar LG, mama redah saja penuh kasut dengan air.





Sampai diseberang jalan sayup-sayup nampak BJY, tayar dah tenggelam separuh, air memang tinggilah tu, mama berhenti sebentar dibawah jambatan, mengambil gambar dan menelefon en.azmi, bertanyakan bolehkah dibawa kereta itu kalau macam tu, bukan apa risau juga mama jika dihidupkan enjin, rosak pula kereta tu, en.azmi kata boleh lagi, tapi jangan tekan minyak kuat sangat bawa perlahan-lahan je. legalah juga, tapi dalam hati berdebar je.

Sekali lagi meredah air, kain habis basah layankan sajalah, kasut pun memang dah penuh air, mujur takde ikan yang berenang-renang je...hehehe maklum dekat dengan tasik, takut ada pula ikan yang terlepas, kalau ikan ok juga boleh diambil goreng..hahaha, kalau haiwan lain risau jugakan, buka pintu. sir macam seinci lagi nak masuk kereta, berdebar mama, sekali ada hilux lalu dengan lajunya, terus mama rasa terbuai-buai...aduhhh berdebar nih, terapung ke kereta mama ni?

Dengan bismillah dan doa mama hidupkan enjin, alhamdulillah boleh dihidupkan, masa nak tekan minyak tu memang berdebar amat, bawa perlahan yang boleh, sampai enjin pun bergegar macam nak mati je, hoih lagi mama berdebar kalau enjin mati, tukar gera 2, gegar juga, risau mama, dah kata jangan tekan minyak kuat, mama slow je la, lepas dari air baru melaju sikit, mujur ok lepas tu, sepanjang jalan sampai rumah memang hujan lah.

Pagi ni, mama keluar awal sikit supaya dapat parking yang dekat dan bukan kawasan yang dinaiki air, ye lah risau juga, hujan pun masih tidak berhenti dari semalam mungkin, alhamdulillah sejuk sikitkan. sudahnya pukul 6.45pg mama dah tercongok ditepi jalan, oklah dapat parking yang dekat. syukur juga dapat kerjasama yang baik dari anak-anak, tak mengamuk bila papa yang mandikan pagi ini, biasa nak mama je mandikan, cuma adelya la, yang nak juga mama mandikan..

Syukur juga dapat suami bernama en.azmi tu, sudi menolong uruskan anak-anak, mandikan anak-anak, siapkan anak-anak, bagi anak-anak sarapan, tunggu abang adam naik bas sekolah, hantar adrien dan adelya ke taska, rajin juga melayan adrien dan adelya ke kedai dulu beli makanan, bagi mood anak-anak baik, belikan roti untuk abang adam makan sebelum ke sekolah...eceh banyak pula celoteh mama nih..

ok lah sampai jumpa lagi, terima kasih sudi singgah dan baca.

Wassalam

38 comments:

  1. Pengalaman kena meredah banjir kilat yang dah paras setengah pintu kereta sampai bila-bila pun kakak ingat AA. Memang serun. Macam-macam doa meniti bibir. Tapi kakak ingat pesan abang jgn tukar gear utk mengelak air dari masuk dlm ekzoz. Pandu pelan terus betullah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dasyat tu kak, kalau saya tentu tak tahu dah nak buat apa tu, tak sanggup nak meredah tu.

      Delete
  2. akak belum ada lagi pengalaman pandu kereta dalam air tinggi gitu..
    susah jugak lah ye...
    kalau ada pengalaman boleh lah jugak kongsi cerita

    ReplyDelete
  3. Betul tu Yan..
    Semalam shah alam memang lebat sungguh hujan..
    Ada juga pokok yg tumbang..
    Akak pun tepat pukul 5.00pm terus keluar ofis..
    Sebelum tu en.suami dah wasap gambar..
    Mana-mana jalan yg dah naik air dan suruh akak lalu jalan lain..
    Alhamdulillah sampai rumah dengan selamat..
    Syukur atas segala nikmatnya ye yan..
    Hujan atau panas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang teruk kak yati, risau juga dibuatnya masa memandu tu, alhamdulillah selamat.

      betul kak apapun kena syukur kan

      Delete
  4. BAHAYA JUGA MEREDAH BANJIR KILAT TU..TAPI SYUKUR ALHAMDULILLAH SAMPAI KE RUMAH DGN SELAMAT...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul pi bahaya juga, tapi nekad jugalah memnadu balik

      Delete
  5. huuuuu berdebar jugak baca. sebab orang kata kalau dah enjin termati memang masak la kan kak. tapi alhamdulilah semuanya selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kira, akak masa meredah air tu berdebar je, nak hidupkan enjin pun takut, tapi gagahkan jugalah

      Delete
  6. Alhamdulillah selamat sampai, panik abis kan AA, masa tak da air pun risau kalau dah petang ni kan hujan menemui gelap. Hilux tu nak monster truck tu heee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah semua selamat BP, betul tu takde air pun risau juga sewaktu memandu ni.

      Delete
  7. Takut kan..kereta ni benda mahal..klu jadi apa2 menangis.huhu..nasib ok..untunglah juga dpt suami yg byk membantu..bebel byk pun takpe..siapa lagi nk puji suami sendiri kan.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye PK, jangan la jadi apa2 pada kereta, patah kaki dibuatnya nanti..

      Delete
  8. alhamdulillah semuanya selamat. memang risau juga hari2 hujan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul hanah risau juga kalau2 air naikkan

      Delete
  9. smlm ptg kl tak hujan sgt tp mlm tu ujan lebat...
    shah alam sampa banjir kilat ye kak... risau jgk kan... jgn la ptg ni ujan tkt banjir kilat lg... naya je

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah dana shah alam banyak kawasan yg banjir kilat. harap2 tak lagi nanti, risau juga

      Delete
  10. dashyat ye banjir kilat ni. saya pun pernah alaminya tapi tak berani nak meredah dengan kereta takut tersangkut di tengah2 air..

    Follow saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah lia dashat juga ujian Allah ni, itu baru sedikit dah rasa takutnya hati ni

      Delete
  11. Alhamdulillah Semua ok. Memag takut nak mereha banjir kilat macam tu dengan kereta. Doa banyak2. tengok orang boleh lepas jadi kita pun jalan sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. memang takutlah nak menghadapi banjir walaupun kecil macam nih

      Delete
  12. Alhamdulillah,dipermudahkan perjalanan Ilah dalam hujan dan banjir ya.

    ReplyDelete
  13. sejak beberapa hari kebelakangan ni mmg mula hujan terutama waktu petang... saya pun minggu lepas duk redah banjir time balik keje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mun sekarang setiap petang hujan, tapi syukurlah sebab tak panas membahang sangatkan

      Delete
  14. Sekarang da mula hujan lebat.. ada sesetengah tmpt banjir bila hujan. Hati hati sis drive balik kerja..

    ReplyDelete
  15. Tulah, bila hujan peyang camni mula risaukan suami yg drive, tapi minta2 tkde apa.

    Mama yan kira dasat tau berani drive dlm suasana macam tu, tapi nk buat camane kan, nk tak nak kena beranikan diri juga kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak imah...heheh ikutkan hati memang tak berani, dah call suami tu dia kata boleh bawa juga itu yang redah juga tu, risau memang risau tp tabahkan hati sajalah

      Delete
  16. kalau banjir camtu tip dia ikut belakang 4wheel tu bagi dia buka laluan so air tu dpt ler kurang sikit.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bagi tip, lepas ni boleh buat tu

      Delete
  17. kaknoor memang takut meredah ujan sambil memandu
    macam2 dok fikir
    takut tenggelam lah itu lah inilah
    memang cemas je dalam kereta nak nak memandu sensorangg aduuuhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun takut kak noor, tapi semalam tu kira beranikan diri saja

      Delete
  18. memanng risau kan.. mudah mudahan dipermudahkan. aamiin
    tapi ok lah hujan dh trun
    kl pon sama. mendung je.. sejuk sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ciksu...muda2 dimudahkan urusan oleh Allah swt

      Delete
  19. alamak seram nyer kalu jadik gitu, yan!
    aida sure akan gabra!
    teringat kisah kat jalan lembah pantai last week.
    banjir hingga hampir ke bumbung kereta.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...