Monday 30 May 2016

Tak tahu nak cerita apa

Assalamualaikum...

Cuti sekolah dah pun bermula, ada yang hantar anak-anak balik kampung? mama tak hantar pun, mama hantar anak-anak ke taska sajalah, sayangnya cuti sekolah mama tak dapat nak bercuti, kena kerja tak apalah kan nanti kita cuti-cutilah bila-bila ada masa.Hajat nak cuti awal puasa balik kampung pun tak dapat juga, mama nak kena buat audit pula hari tu

Pagi tadi mama keluar pergi kerja anak-anak masih tidur, biarlah mereka bangun lewat sedikit. untunglah mama ada en.azmi untuk uruskan anak-anak,jadi tidak kisah kalau mama nak keluar kerja awal, balik lambat pun tak mengapa,en.azmi juga boleh ambil anak-anak dari taska, rezeki mamalah dapat suami yang boleh uruskan anak-anak dan kerja waktu yang fleksibelkan,rezeki setiap orang tu kan berbeza-beza,ini rezeki mama,rezeki orang lain berlainan pula kan.

Anak-anak pula macam tak tahu dah mula cuti sekolah,siap cakap lagi cuti 2 hari je mama..adoii bukan 2 hari 2 minggu la, mereka ingat hari ni saja bercuti esok mereka akan bersekolah kembali, hai susah juga nih, pada hal kalau mama lah cuti sekolah la yang mama tunggu-tunggu...hehehe maklumlah malas nak belajar malas nak mengadap buku dan mengadap homework.

Bangun pagi mandi siap sarapan honeystar dulu sebelum ke taska tadi kata en.azmi,macam-macamlah anak-anak nih, tadi mama kejut abang adam suruh mandi taknak mandi katanya, dengan papa semua mandi pula, oklah tu kan..layankan sajalah, adelya je yang buat hal mengamuk taknak ke taska..haaa mama nak cerita pasal puteri solehah mama yang seorang ni lah..

hari tu berwhatsapp dengan ticer taska, kata ticer dekat taska adelya dah jadi pembantu ticer, bantu ticer marah kawan-kawah..adehhh, bila ada kawan-kawan main lari-lari jatuh dan menangis, tak sempat ticer tengok dan tegur, ticer dah dengar adelya marah "padan muka..sape suruh lari-lari kan dah jatuh.." lepas tu teruslah adelya membebel kat kawan-kawan dia tu, kalau kawan buat salah apa-apa pun laju je adelya marah dulu,adeh..kadang ticer pun nak tergelak dengar adelya membebel tu.



Antara aktiviti adelya di taska..gembira sangat tu dengan kawan-kawan buat aktiviti kraft. mama kata belon panas, dorang kata belon api, belon api pun belon api lah anak-anak oii, ada buat minion dari botol mineral, buat matahari, siap guna cat lagi tu, balik rumah baju pun bercat-cat, takpelah nak demi pengalaman dan pembelajaran, baju yang terkena cat boleh dibasuhkan.




Ini ha...kemain lagi puteri solehah ni dengan dress ala-ala anna dalam frozen tu dia berroller blade, oklah walaupun tak berapa terror sangat tapi dah bolehlah anak-anak bermain roller blade tu, cumanya mama nak kena beli sepasang lagi, asyik bergaduh pula berebut roller blade,maklumlah ada 2 je, masa beli dulu en.azmi ingat anak dara dia taknak main rupanya anak dara dia dah cop 1 untuk dia, pandai pulak tu dia main..hehehe

Oklah mama tak tahu nak cerita apa, membebel sajalah apa yang terlintas difikiran nih..hehehe

Wassalam

15 comments:

  1. Main roller blade pakai baju princess ye, hi hi
    Dpt idea nih, nk suruh bebudak kt tadika buat minion gak,;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. buatlah kak mesti bebudak suka nih, watak kartun yang comel

      Delete
  2. Comelnya yaya.. mesti comel yaya membebel.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. adelya memang suka membebel,kadang entah apa yang dibebelkan pun taktahulah

      Delete
  3. anak2 ni kalau kita yg melayan mmg macam tu
    ada saja yg tak kena
    kalau ayahnya yg ambil alih tugas, takde masalah langsung
    ok jer...itu kalau akak lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak. kalau dengan ayahnya mendengar kata,kalau mamanya ni ada macam2 hal bebudak tu, itu tak kena ini tak kena,kadang2 pepagi mama nak jadi singa

      Delete
  4. Janji blog berupdate. Untungnya kita blog mak-mak ni macam nilah. Kalau takda modal, cerita ajelah pasal anak-anak.

    Bukan main Adelya praktis nak jadi teacher ya ^_^ Bagus macam ni. Cikgu pun tak penat dok nak tegur anak-anak murid sebab ada pembantu peribadi ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu MD,blog mak2 cengginilah kan, abis sangat takda modal cari gambar anak2 untuk buat modal menulis.

      ada harapan tu nak jadi teacher hehehe, memang tak penatlah cikgu ada pembantu cilik

      Delete
  5. Beruntunglah bagi isteri yang bekerja mendapat suami yang bersefahaman seperti suami Ilah yang menolong menguruskan anak2.
    Anak ilah kecil2 lagi sebab tulah mereka tak tau cuti lama atau tidak kalau tak diberitahu.
    Ala2 anak dara kecik tu pandai membebel dengan kawan2 ya..mesti riuh mulut comel tu membebel kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat tu kak, untung sangat saya ni ha,kalau sorang2 urus anak memang tak terdaya rasanya nak kejar masa.

      itulah kak pandai sangat dia mebebel dekat kawan2

      Delete
  6. bestlah bdk2 tuh kan kak... walaupun tka balaik kg ada lah tu nnti bwk jln ke mana2...
    teacher taska tak penah pun antar gambar2 aktiviti bdk2 kt taska... tak tau lah naper

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah dana setakat jalan2 dekat2 je,bawa makan luar,bawa rumah mak sedara dorang itupun dah suka dah bebudak nih

      Delete
  7. Alahai comelnya bergaya sakan puteri solehah berroller blade tu..
    ank2 pun dh lama x berroller blade..entah bole entah tidak bermain..

    ReplyDelete
  8. Comelnya si puteri dengan dress tu.pandai ye Adelya main roller blade.. aunty dulu bole juga main hehe..roller skate dulu..baik-baik main ye sayang.. :))

    ReplyDelete
  9. amboi amboi adelya berani nya dia.
    berbakat ni kena latih dr skrg lah

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...