Dah pandai sebut L

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah..abg sado adrien dah boleh sebut huruf L dengan betul. Sebelum ini kalau sebut perkataan yang ada huruf L mesti lain bunyinya. Contohnya kalau malam jadi manggam, sembilan jadi sembinggan,sepuluh sepungguh, lama juga nak membetulkan pelatnya tu.

Semalam teman en.azmi hantar barang pada kawannya, sementara menunggu kawannya sampai duduk dalam kereta sambil tu bergaduh bertekak je la dengan anak-anak, dalam kereta yang sempit pun nak main sorok-sorok,macam-macam lah anak-anak ini.

Selepas abg adam tertidur dalam kereta, baru tenang sekejap, mama pun berbual dengan adrien,kemudian mama pun test adrien dengan perkataan yang ada huruf L, malam..kata mama, adrien pun sebut yang sama, mama teruskan dengan perkataan lagi, alhamdulillah L nya dah betul, kami ketawa mama pun cium-cium pipi adrien,adrien teruskan menyebut, semangat sangat sampai hidung pun disebutnya Lidung, cermin jadi lermin...hahaha



Rindulah nanti nak dengar adrien sebut ponggis...ehehe ponggis tu apa? Siapa boleh jawab.
Tengok tu macam rajin je kan siap bawa buku pergi kedai makan, tapi bagus juga diam sikit bila ada bahan bacaan dibawa kalau tidak berkejaran sana sini. Buku abang pula tu yang dibawanya tu..takpe lah yang penting semangat tu ada,seronok nak tengok gambar saja tu. Kira ok lah kan, membaca boleh sedikit-sedikit sahaja.

Lain kali kena bawa bahan bacaan agar waktu terluang seperti menunggu makanan direstoran tidak lagi membuatkan anak-anak jemu dan menyebabkan mereka berlarian, dahulu bawa mainan dan bila sudah bersekolah ni bagus dibawa bahan bacaan. Harap mama terus ingat yang itu, maklumlah mama yang kena bawakan segala bahan itu nanti.

Wassalam

Comments

  1. MINAT SGT NK BELAJAR TU BAGUSNYA...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum ilah,cerita tentang adrein ni ,akak teringat anak akak Iqa masa kecilnya hingga darjah 1 pelat huruf K jadinya T ...kalau sekolah tu katanya setolah.apa2 yang berkaitan K semua jadi T.Masa dia 7 tahun tu akak buat latih tubi sebut perkataan berulang kali ...akhirnya selesai masalah.
    Kesian masa dia pelat kat sekolah asik kena ejek je....tapi akak bersyukur sangat anak yang pelat ni lah yang membanggakan sekolah dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..syukurkan kak, moga anak2 saya juga akan dapat membanggakan diri mereka sendiri nanti

      Delete
  3. Wow terbaik :-)
    Slowly. Lama2 ok la tu Yan.
    ijay now da semakun byk vocabulary nyer.
    Bykan sekadar pelat, memang lewat berckp :-)
    Pe yg aida buat, berckp je dgn dia.
    anytime anywhere.
    and bwk bahan bacaan ~ terbaik. Better than bagi diorang gajet.

    ReplyDelete
  4. anak akak yg lelaki kecik2 dulu mmg ckp pelat,
    esp huruf R lgsg tak boleh sebut
    skrg alhamdulillah dah tak pelat..byk ckp lg adalah
    yg perempuan tak pelat lgsg..yusuf tak tahu lg sbb belum boleh berckp

    ReplyDelete
  5. bila anak2 minat belajar secara tak langsung kita lega juga kan

    ReplyDelete
  6. Ohh... polis:)
    Sekarang dah boleh sebut tak ada lagilah ponggis hihi..

    ReplyDelete
  7. salam..

    ponggis? apa tu..? xkan manggis kot..hehehe =p

    ReplyDelete
  8. Anak2 acik dulu kecik2 tak pandai sebut k

    ReplyDelete
  9. Bagus nya anak akak. Alhamdulillah dapat mewarisi kepandaian mama nye nanti. Hehe !

    ReplyDelete
  10. Seronok tengok bebudak suka membaca..

    ReplyDelete
  11. ponggis tu polisssss hihihihi. uwais kami bawak menan ke bahan bacaan ke tapi bila makin lama menunggu dia makin bosan huuuu

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts