Sunday 13 December 2015

yeyen dan yaya

Assalamualaikum....

sepanjang 2 minggu  abang adam di kampung hari tu, tinggallah adrien dan adelya berdua. adrien nak ikut juga abang adam balik kampung tapi mama takut nak bagi, bukan apa adrien tak pernah kena tinggal, malam-malam tidur suka cari papa..wan pun takut nak bawa adrien balik...takut nangis tengah malam.

Mula abang tiada tu..adrien nampak hilang punca sebab takde kawan nak bermain..dengan adelya memang tak ngam. "mama yen boring abang takde" kata adrien..mama cakap mainlah dengan yaya..adrien senyap je. yaya pun sama dok asyik cakap " yaya nak abang". terasalah tu abang tiada.

dah lama baru mereka bermain berdua.. sekejap bermain sekejap bergaduh, biasalah adelya pantang abang adrien buat silap cepat je nak mencubit tapi abang adrien bagus..tak membalas pun habis sangat menangis dan mengadu pada mama adelya buat.

aktiviti dua beradik adrien dan adelya semasa mereka berbaik


mewarna buku bersama-sama, mula-mula mewarna lepas tu menconteng..biasalah tu bila berdua ada saja ideanya


ingatkan zaman mama je main kusyen buat rumah...rupanya anak-anak pun sama..mamapapa nak duduk dorang ambil kusyen bila tanya nak buat apa? buat rumah kata dorang, mainlah anak-anak mama layankan aje.


ini papa melayan anak-anak bermain jigsaw puzzle dah berkali-kali dibuat mereka cabut semula sudahnya mama buat lepas tu gam...tak boleh cabut lagi dah.

suatu petang sedang mama berkemas di bilik,naiklah dua beradik ni sertai mama, adrien ambil sejadah "mama yen nak solat sebab yen nak masuk syurga" teruslah adrien solat..yang mama nak tergelak kejadian selepas itu. Selesai adrien solat terus adrien tanya adelya " yaya nak masuk syurga tak? yaya kena solat" terus bentang sejadah untuk adelya.." ok yaya pandai tak nak solat?..yaya ikut yeyen baca..." terus baca niat solat asar hihihi...memang waktu itu waktu asar pun..senyum je mama tengok budak berdua tu adelya pun mengikut apa yang abang adrien ajar..rukuk yaya bontot macam ni terus tunjuk cara rukuk hahaha yang mama nak gelak adrien cakap bontot macam ni...adoi mungkin adrien tak reti nak cakap bongkok badan tu agaknya.

selalunya anak-anak mama ni kurang sabar bila mahukan sesuatu kadang tangan mama penuh sabun sedang mencuci pinggan masa tu lah nak minta itu ini..seringkali itulah mama suruh mereka bersabar sehingga mama habiskan kerja mama dahulu...satu petang adrien datang tengah mama basuh pinggan dengan ais krim ditangan "mama tolong potongkan aiskrim" kata adrien "ok sekejap tunggu mama basuh pinggan dulu"
"mama..yen cakap sekali je dekat mama pastu yen sabar je tunggu mama yen dah tak cakap banyak-banyak dah" senyum je mama dengar adrien cakap lepas tu ada lagi sambungan "sebab yen nak masuk syurga" hehehe...ingat je dia ye sebab mama cakap orang yang sabar akan masuk syurga

"mama..yaya pun nak masuk surga" adelya pun menyampuk juga sebabkan adelya suka cubit adrien mama cakap pada adelya "kalau nak masuk syurga tak boleh cubit abang, kena sayang" terus pegi peluk dan cium abang adrien dia hihihi..."mama...yaya dah sayang abang yen" masa mereka baik macam tu lah cuba masa mereka buat perangai... memang mama jadi tarzan jugalah seharian hahaha

anak-anak biasalah ada masa mereka berbaik ada masa bercakaran..masa mereka berbaik tu sejuk hati menengoknya bila mereka bercakaran mama pun nak jadi harimau mengaumm...hahaha

hari ni mama tinggal bertiga je dengan adrien dan adelya..abang adam tidur rumah ibu,buah hati mama sepanjang 3 hari bercuti ni, dia tak bercuti pun, bekerja mencari rezeki menghantar barang orang berpindah.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
waala a'li sayyidina Muhammad

wassalam

12 comments:

  1. alolo pandai yaya n yeyen...

    cik yan pun suka main kusyen..tapibiasa nya kalau tak kemas balik..pasti cik yan dah kena libas kat kaki..huhu

    ReplyDelete
  2. ELOK JUGA RUMAH ADA KERUSI BERKUSYEN NI BOLEH ANAK2 BERMAIN...

    ReplyDelete
  3. teringat zaman kecik kecik dulu :') btw done follow sini ;)

    ReplyDelete
  4. aduhai~ sama la dengan anak is.... suka sangat main kusyen tu (^___^)

    ReplyDelete
  5. gitu lah adik badik... no 2 ngn 3 selalu mmg tak ngam kn kak... mcm makngah ngn maktek lah masa kecik2.... asik gaduh je hehehe nsb dh beso masing2 ok

    comei je dua2... pandai abg yeyen ajak yaya solat

    ReplyDelete
  6. budak2 kalau berkawan mmg lagi panjang akal

    ReplyDelete
  7. comel je yen dan yaya..
    dulu2 mokde pun suka main kusyen buat rumah.. hehe..

    ReplyDelete
  8. Kalau dah satu perut, bila ada yg tak de depan mata mmg rasa kehilangannya.
    Mendidik anak yg masih kecik ni mmg seronok tp mencabarkan Arza...

    ReplyDelete
  9. Alolo... Comel je yaya ngn yeyen.. semoga menjadi anak yang soleh dan solehah..

    ReplyDelete
  10. hikhiks
    ingt kngan lama suka main kusyen tu buat rumah.
    skrg pon dok main dgn rania gituu gak..

    ReplyDelete
  11. hihihi adik badik kan kak. walau gaduh macam mana pun kejap lagi berbaik la balik. pastu sambung gaduh sampai masing2 penat hihihi

    ReplyDelete
  12. cute aje tajuk ~ yaya dan yeyen.
    sgt cute!
    ijat pun masih main kusyen, yan.
    selamanya kusyen tu akan jadi permainan anak2 hi hi hi...

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...