besday di taska

assalamualaikum...

semalam petang di taska mama bekalkan kek dan sedikit goodies bag untuk anak-anak taska..menyambut kelahiran adrien dan adam bersama anak-anak taska. bukan apapun saja seronok tengok anak-anak gembira.

besday adrien dah lepas 9 dis hari tu. abang adam pula belum lagi besdaynya krismas nanti 25 dis baru besday abang adam..mama sekalikan saja senang lagipun masa besday abang dan tentu taska tutup kan.

layankan gambar yang dikongsi oleh tecer taska malam tadi, seronok tecer share gambar dekat whatsapp, terharu betul mama dengan tecer nih.


selamat hari lahir hero-hero hensem kesayangan mama...amboi adrien tu bukan main senyumnya ya..seronok sangatlah tu. abang adam macam biasalah susah nak senyum itupun puas tecer paksa...hasilnya macam tu je lah


lagi gambar besday boy bersama kek hasil dari kerastangan mama ni je hihihi


walaupun besday abg-abg tapi yang terlebih excited tentulah si puteri yang ditengah tu. dari mama buat kek malam tu bisinglah dia cakap dekat abg "mama buat kek besday yaya" bila papa dia cakap bukan...terus papa kena marah..adoii garang betul tuan puteri mama yang seorang ni tau. jadi semalam memang tuan puteri join potong kek lah.


antara gambar mereka bertiga lagi..memang mama sengaja bekalkan baju merah untuk mereka bertiga..biar sedondon hehehe...mama pun over jugakkan


bersama kawan-kawan taska, tak ramai sangat sebab cuti sekolah,tapi tak apalah tetap meriah nampaknya tu.mama pilih buat semalam sebab takut buat minggu depan lagi ramai yang tiada mana tahu ramai yang bercuti panjang..macam tahun sudah tak ramai.


nak tunjuk juga...hehehe kek hasil dari kerastangan mama. agak comot mama buat..tapi petang semalam masa balik dari ambil anak-anak..dalam kereta adrien riang bercerita..lepas tu adrien cakap "mama kek yang mama buat ada bola-bola tu sedappp sangat, yen makan kawan-kawan makan habis.."lega mama dengar walaupun sebenarnya mana takde idea nak buat kek apa dan hiasan tu pun main bedal je heheh..

oklah...update cerita sebagai kenangan untuk anak-anak suatu hari nanti..bila anak-anak boleh membaca nanti haruslah mama bagitau kewujudan blog ni pada anak-anak biar mereka baca kisah mereka yang mama abadikan disini.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Comments

  1. happy birthday 2 beradik yg comel moga membesar sbg anak soleh kebanggaan keluarga...selamat berhujung minggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PI mendoakan anak2 saya

      Delete
  2. selamat ulang tahun abg adam dan yeyen...moga membesar dengan sihat....dan diberi kehidupan yang baik2...amin

    ReplyDelete
  3. salam kenal.. nak panggil Mama lah ehehe..
    first time CT singgah sini.. follow sini jugak..

    http://sitiyangmenaip.blogspot.my/ jemput singgah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal....boleh siti nak panggil mama pun ok

      Delete
  4. suka la budak2 ni celebrate besday dengan kwn2 semua kan.. eheh..

    ReplyDelete
  5. seronoknya 3beradik tuh kt taska yg sama...
    dpt sambut sekali msti meriah... lagi best mak nya sendiri yg bt kek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok budak2 ni dana sebab tu buat dekat taska meriah sikit

      Delete
  6. Hepi bezday anak2 comel...
    Meriah buat bezday party kat taska kan ...ramai kawan2.
    Cantek lah kek nya tu ,tengok je anak2 tentu nya dh suka ..penuh rasa ceklet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak.tu la meriah sambut dgn kawan2

      Delete
  7. Alhamdulillah... bila apa yg dirancang dah dilaksanakan lega terasa.
    Macam ada tema merah sebab ramai yg berbaju merah pulak - nampak meriah.
    Happy birthday sayang:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok dpt gembirakan anak2.

      Itu la tak sangka ramai pakai baju merah nampak mcm tema pulak

      Delete
  8. Seronok sangat bila kek yang kita masak anak2 suka...
    Happy mereka sambut bersama kawan2..
    Happy besday ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sha ..seronok bila anak2 puji sedap

      Delete
  9. happy birthday adam & adrien..
    Sweet je yen senyum..
    semoga dua2 jadi anak yg soleh dan cemerlang dunia akhirat..

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah, kan bila dpt gembirakan hati anak anak dan rakan rakan dgn hasil keras tangan mama.

    tak sabar tunggu rania besar, nk buat utk kengkawan rania pulak nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gembira bila ank2 & kawan2 hepi macam tu

      Delete
  11. seronok kan kak buat makan2 tuk anak2 ni. tmbh dorg kecik tak banyak songeh. apa yang kita buat dorang hargai selayaknya. kadang melebih pulak haaa hihihihi

    ReplyDelete
  12. happy nyer.
    memang jadi kebiasaan kita ekk celebrate kat taska.
    sama la aida.
    meraikan anak2 yg lain & cikgu nyer :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts