ini oreo chesse cake antara hasil kerastangan mama...hehehe taram saja mama hiasankannya tu..ada untuk anak-anak dan ada yang orang order.
semalam blogger yan minta mama share kan resepi, jadi mama share dekat sini ye. mama buat versi mudah je..non baked punya...hehehe segan mama tau bila ada orang minta resepi sebab mama ni tak pandai sangat memasak, tapi mama tetap share untuk yan
bahan-bahan (untuk sebiji kek seperti gambar)
500gm cream chesse (tatura @ emborg)
biskut oreo secukupnya (mama guna 3 bungkus)
susu pekat manis
susu full cream
sesudu besar butter
untuk hiasan :
biskut love letters julie's ( untuk kek 1 dan 2)
biskut oreo
kit kat bytes
cara membuatnya :
1.untuk lapisan bawah, hancurkan biskut oreo, cairkan butter kemudian gaulkan dengan biskut oreo tadi, masukkan kedalam bekas, tekan sehingga padat, masukkan sekejap ke dalam peti air.
2.pukul cream chesse bersama susu pekat manis dan krim biskut oreo. (manis ikut kesesuaian).
biskut oreo (asingkan daripada krim) mama guna juga krim biskut oreo tu sebab rasa rugi jika dibuang.
3.dalam bekas letakkan sedikit cream chesse yang sudah dipukul sebati tadi. kemudian susun biskut oreo yang telah dicelup sebentar dengan sudu full cream. celup sekejap je jangan lama.
4.susun biskut oreo kemudian letakkan cream chesse..ulang langkah tersebut hingga cream chesse habis.. hasilnya akan nampak seperti layer cake.
selesai masukkan ke dalam peti ais (bukan bahagian beku).
itulah cara mudah mama buat oreo chesse cake...hiasan boleh ikut kreativiti. mama kurang kreatif jadi main taram sajalah.
Moga yan berpuashati dengan perkongsian mama ni,kalau ada apa nak tanya whatsapp mama ye.
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad
Wassalam
alahai..sedapnya kek
ReplyDeleteTerima kasih share resepi...
ReplyDeleteMudah dan ohsem sangat..
Nanti kalau rajin boleh cuba nie..
Sedapnya. Dah lama tak buat cheese kek.
ReplyDeleteTq share yan..
ReplyDeleteSenang rupanya..
Nanti boleh cuba..
aah kak senang je buatnya
Deleteboleh cuba ni..
ReplyDeletebiskut tu, kalau selain oreo, biskut apa yg best ye?
boleh je guna biskut apapun, ikut kreativiti kita hehehe
Deletealhamdulillah..terima kasih kak..sudi share..nanti tak faham yan wassup akak
ReplyDeleteok yan boleh aje,nanti wassup akak ye
Deleteoooo mcm bt chesekut ek tp tukar ngn oreo.... syok jgk nih sbb penuh rasa coklat... i like lah
ReplyDeleteaah lebih kurang je dana
Deletealahai sedap nya..
ReplyDeleteakak, hri tu,kan ada la dpt whatsapp, katanya biksut oreo, jgn dimakan, ada tanda salib.. pastu, ad juga dpg video kwan bg dia rakam atau org lain x tahu la, dr channel tv. sbb musabab ada tanda salib di oreo. cer akak peghati betul2 bila beli biskut tu.
oo ye ke..nanti akak cuba tengok
Deletecantik keknya tq kongsi resepi mudah tapi kena rajin juga tu...
ReplyDeletesedapnya cis kek
ReplyDeletesedapnyaaaaa mama rajinnn sangat. tapi kira tak berapa suka orea sebab rasa manis sgt dan aritu sebab kena boikot tu kan. kira ganti dengan Cream O. rasa lebih kurang sama tapi kurang manis. kurang manis yang suka sgt tu hihihih. pun murah sikit dari Oreo
ReplyDeletepandainya akak buat.. nampak cantik n sedap
ReplyDeleteaduhai cantik nyer deco dia.
ReplyDeletemarbeles.
aida ngaku lagi bhw aida tak pandai buat kek.
biasa buat tapi semua mendap :(
ciskek aida x pernah buat lg.
aida suka buat roti aje.