Assalamualaikum...
penulisan yang agak panjang, mungkin akan memberikan rasa boring buat pembaca...ok mama dah bagi amaran siapa nak terus membaca silakan
ini bukan cerita abang adam yang nak masuk darjah 1 tu ye... ini cerita mama dan buah hati. Alhamdulillah hari ni genap 7 tahun usia pernikahan kami, kiranya dah masuk darjah 1 la, alhamdulillah dari merangkak dan bertatih, akhirnya melangkah dengan tenang...ujian dan dugaan dalam rumahtangga tu perkara biasalah kan.
mama dan buah hati...kami masa form 4 dan form 5 sekelas, duduk sebelah-sebelah meja lagi, tapi jarang bertegur sapa sebab buah hati mama ni pemalu dan pendiam, mama pulak jenis yang agak brutal la dengan geng-geng mama tu, pernah la sorang rakan sekelas lelaki kena makan penampar dengan kawan mama..hehehe, itu cerita 20 tahun dulu.
Selepas SPM...memang terpisah terus, dulu-dulukan mana ada enfon, buku autograf mama tu pun, buah hati takde tulis apa-apapun, kawan yang lain ada la jugak tulis-tulis sebagai kenangan, tapi buah hati mama macam biasalah tak jiwang orangnyakan, jadi tak layan sangat benda-benda macam tu.
Raya tahun 2007, tanpa sengaja kami berjumpa kembali gara-gara misi gila kawan mama tengah azan maghrib pegi bagi salam depan pintu rumah orang, nyata jangkaan kami betul itu rumah buah hati mama, oh ya kami main teka je tau, sebenarnya kami tak tahu pun itu rumahnya. saja mencuba nasib untuk berjumpa kawan lama.
Selepas perjumpaan tu 4 bulan kemudian baru buah hati mama telefon, ajak mama teman dia pergi kenduri kawin kawan dia, yang mama hangin tu, dia berjalan sebatu didepan, mujur ada kawan perempuan dia yang lain, berjalanlah mama dengan mereka, dalam pada tu, ramai akak tu dok puji buah hati, cakap buah hati mama ni baik orangnya, mama dengar sepintas lalu je.
selepas daripada itu, kami berjumpa sewaktu main futsal je, kadang mama teman dia, kadang dia teman mama...hehehe lama dah mama tak main futsal, tapi mesti hantar mama balik sebelum pukul 10malam, sebab mama ni sleaping beauty, pukul 10 mesti tidur, kalau tak mengamuk hahaha..
takde declare apa-apapun tetiba suatu hari buah hati tanya bila nak kawin? kau nak kawin dengan aku ke? tanya mama, habis tu? bermula dari situ kami mula merancang, maklumlah mama dah tak de mak ayah waktu tu, jadi semua perancangan sendiri je bikin, beli barang pun sendiri, senyap-senyap je sambil dibantu oleh adik-beradik.
kenduri dekat rumah mama hanya buat doa selamat dan nikah je, pak jang yang jadi wali, tukang mekap pun adik juga, takde ambil jurumekap profesional pun. ingatkan rumah buah hati pun mama nak simple, mama tak mahu bersanding, tapi mak mentua kata teringin nak tengok kami bersanding, jadinya sehari sebelum majlis dirumah buah hati baru kami pilih pelamin...hahaha rilek je kan takde kalut-kalut..sampaikan ada yang tanya kami jadi kawin ke? sebab tak nampak buat persiapan apa-apa. kami buat senyap-senyap je.
oh ya bertunang pun takde tau, cuma beli cincin je sebagai tanda,wang hantaran pun tiada,cuma tertulis diatas kertas je..yang sebenarnya tiada pun, share je buat kenduri, ringkas je.. yang ada duit maskawin rm22.50 tunai dan seutas gelang untuk batal air sembahyang.jurukamera profesional pun takde, adik mama je jadi jurugambar itupun guna kamera digital je..ok lah tu kan.
masa hari nak akad nikah dimasjid kampung mama ada 2 orang lagi pasangan..yang mama bengang, orang dah tunggu lama tapi pengantin lelaki mama dan rombongan tak sampai-sampai lagi, 2 pasangan pengantin tu mama tengok dah resah menunggu.. tok imam lak taknak mula dulu nak tunggu semua sekali jalan je...hampir juga mama mengamuk..kalau 5minit lagi tak sampai aku balik..kata mama dalam mesej..lepas send tengok buah hati dah kalut masuk masjid...dah la lambat bila tok imam tanya sapa nak nikah dulu? laju je buah hati mama duduk depan tok kadi.. teruk sungguh.Alhamdulillah akhirnya kami sah sebagai suami isteri.
Alhamdulillah...dalam tempoh 7 tahun usia perkahwinan kami dikurniakan 3 orang permata hati..2 lelaki 1 perempuan..nak kejar umur punya pasal..maklumlah kawin pun umur dah 30, jadi target mama umur 35 nak stop dah..alhamdulillah Allah makbulkan doa mama, sekarang tumpukan untuk besarkan anak-anak pula.
inilah permata hati mama dan buah hati... adam aryan,adrien aryan dan adelya azra...
sudah 7 tahun ijab bersaksi...moga ikatan pernikahan ini berkekalan hingga ke dalam syurga Allah. Moga perjalanan kami menuju cinta Ilahi dipermudahkan oleh Allah swt
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
seronok nak masuk sekolah kan...
ReplyDeletejom tukar link blog.
saya dah masukkan link blog anda ke
http://www.kembaraminda7.com/
terima kasih.
bengan kan kalo tok imam kene tungu orglen jugak baru nak nikah., huhu2
ReplyDeleteitu la wak..bengang juga tu
Deletetahniah dh tujuh tahun tu mugo berkekalan ., aminn
ReplyDeleteAamiin...inshaAllah wak, moga berkekalan jua hendaknya, terima kasih
DeleteTahniah dah 7tahun....
ReplyDeleteSeronok kakak baca perjalanan yan ke gerbang perkahwinan...nakal juga ta zaman sekolah dulu...hihiii.
Semoga bahagia bersama suami dengan anak2 .
terima kasih kak..
Deletehehehe biasalah zaman sekolah dulu nakal sikit saya ni kak.
Menganga kita baca cerita awak tau Azra hihi....Itulah dinamakan jodohkan, sweet sangat perancangan Allah tu.
ReplyDeleteAnak pun comel comel....serious? Tak mo tambah lagi dah? Hihi...
amboii..dah tutup mulut ke nom hehehe sampai menganga ye baca, betul tu perancangan Allah kan
DeleteHahaha...dah tua ni nom oii, tak larat dah nak bawa perut
tahniah dah 7 tahun
ReplyDeleteAlhamdulillah...jodoh kan...cerita mcm lebih kurg dgn citer sy..cuma lain skit jer...hahahaha..papepun thniah ye kak...moga bahagia hingga ke syurga
ReplyDeleteitulah...kalau dah jodoh.macammana pun bertemu juga kan.
Deleteooo lebih kurang sama la cerita kita ye
Ternyata sudah besar-besaran bukan tanda kebahagiaan rumahtangga yg akan dibina
ReplyDeleteAlhamdulillah... barokallah... tahniah dari kakak dah 7 tahun hidup sebumbung.
Semoga kebahagiaan berkekalah hingga ke syurga abadi. Amin.
terima kasih kak zakie...
DeleteinshaAllah...aamiin
ala ala sweetnyaaaaaa kita baca. "lagi 5 minit ko tak sampai aku balik" ngekek2 kita gelak kak. hihihi. moga akak dan buah hati akak sentiasa berbahagia sampai ke syurga. bukan senang kan kak dalam 7 tahun nak menempuh hidup dengan lelaki yang asing :)
ReplyDeletetahniah kak dah 7 tahun! moga kekal ke jannah
ReplyDeletetahniah kak lah & abg mi..
ReplyDeletesemoga kekal bahagia hingga ke dalam syurga..
sekejap je masa berlalu, dah 7 tahun kan..
anak2 pun da besar..
semoga kak lah sekeluarga sentiasa dirahmati dan diberkati Allah..
seronok baca pengalaman korang..rupanya rakan sekelas dulu..tulah dah jodoh kan..majlis ringkas pun yg penting pengisian tu..haooy 7th annivesary..untunglah muda2 dah ada 3anak..ada lg 5 tshun tu boleh tmbah lg 2 ke 3.haha...sy je rugi nak 10 tahun kawen anak baru nak masuk 3.hehe
ReplyDeletealhamdulillah. lama da tu kenal include 7 thn as a asben & wife.
ReplyDeletemoga bahagia ke jannah.
aida pun da stop production, da lebih 35 thn da.
family planning. but kalau ter ada rezeki anak lagi, alhamdulillah dialu-alukan :)
kejap je masa berlalu kan..dah 3 anak dah
ReplyDelete