Monday, 28 December 2015

Kuantan 3H 2M - jjcm

Assalamualaikum...

cuti krismas dan maulidur Rasul baru-baru ni family kecil mama dan family mentua berjalan-jalan ke kuantan. hajat sebenarnya wan nak bagi barang yang dibeli masa pergi cameron hari tu kepada adiknya (pakcu) di Kuantan.

Alang-alang mama balik kampung joinlah sekali,siap ambil homestay lagi. untuk keselesaan mama minta ambil homestay,tak mahu menyusahkan pakcu jika kami bermalam dirumahnya lagipun lebih selesa jika ambil homestaykan.

okeh jom kita jjcm di kuantan..

malam pertama adik ipar bawa kami makan di hasri tom yam..


ramai malam ni family pakcik join, family pakcu pun join.makan ramai-ramai, bayar pun ramai-ramai,makcik nak bayar tapi anak-anak buah ni hulur juga lah kan takkan nak menengok saja...hehehe


makan ala kadar je sebab petang dah makan banyak masa picnic kat pantai sepat..rasa makanannya sedap...tom yam dan kangkung belacan memang mabelles.

pagi jumaat kami bersarapan nasi dagang yang terkenal di kuantan nasi dagang ubai..mama pernah ceritakan sebelum ni. memang ramai orang dekat sini. Alhamdulillah makanan yang disediakan memang memuaskan dan sedap... sedap sangat makan lupa nak snap pic.

selepas makan, bapa saudara buah hati mama yang turut serta dalam cuti-cuti kami nak membeli rempah opor, rempah yang hanya ada dijual didaerah pekan ini, menurut cerita suami adik ipar mama lah yang sememangnya orang kuantan. selesai membeli rempah opor kami terus ke rumah pakcu, kerana kaum adam perlu bersolat jumaat pula.

petangnya kami ke kemaman, nak jjcm dan cari keropok untuk dibawa pulang.



pakcu bawa kami makan di sini..sata goreng tu memang sedaplah dengan udang celup tepung tu, mama memang bedal tu je la, walaupun banyak lagi makanan lain yang diorder..meja panjang susah nak menjangkau jadi makan apa yang ada didepan mata saja.. menurut kata wan..laksa penang, mee kari dan laksamnya kurang sedap. mama sempat rasa pulut duriannya..haa sedap, pulut mangga pun sedap tu walaupun tak sempat nak rasa sebab buah hati mama siap bertambah.

malamnya kami makan berhampiran dengan homestay saja. terdapat banyak pilihan kedai makan. kami pilih untuk makan di awana tomyam dan ikan bakar.


bergambar sebelum makanan sampai sebab makanan agak lewat dihidang. malam ni juga dah tak ramai sebab ramai yang sudah balik dan tidak join kami..pakcu dan adik ipar dan suaminya pergi memancing, pakcik makcik dah balik kampung..jadi hanya tinggal kami saja.


antara makanan pilihan malam itu.. orang tak ramai tapi makanannya boleh tahan banyak..sudahnya letih meratah lauk..mama perabihkan ketam telur masin tu dengan sayur kailan ikan masin, wan habiskan siakap sweet sour, atok abiskan pari bakar, maklang dan paklong bereskan siakap stim limau...buah hati mama semua dia amik sikit-sikit...masakannya sedap, mama suka ketam telur masinnya tu, lebih sedap dari yang mama pernah makan dekat super top dulu.

ok itu je la jjcm kami semasa dikuantan.. alhamdulillah tidak mengecewakan, lagi pulak taste mama ni tidaklah tinggi sangat bab makan ni asalkan sedap ditekak mama itu dah memadai.

maaf andai ada yang terliur tengok gambar makanan yang mama sertakan tu ye...

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

11 comments:

  1. Sedapnyaaa eropok lekor, sata. Lama tak makan. hehehe

    ReplyDelete
  2. Paling seronok part Jalan Jalan Cari Makan ni lah ye Yan..
    Kenyang perut dibuatnya..
    Pastu dapat berkumpul satu faily..

    ReplyDelete
  3. kenyang perut suka hati iihih. bila jalan jauh2 ni syok merasa makanan dorang lah kan kak. tempat kita takde.

    kalau makanan sedap walau sampai lambat kita tak merungut sangat tapi kalau sampai lembat tak sedap pulak memang boleh spoiled selera huuuu

    ReplyDelete
  4. wah jjcm di Kuantan ya...makanan2 di sini mmg enak harganya pun xlah mahal sgt...

    ReplyDelete
  5. sayangnya p kuantan ari tu xsinggah mana2.. rugi!

    ReplyDelete
  6. Sedapnya banyak makanan yang menyelerakan,apatah lagi makan ramai2 tentu lebih seronok.
    #terimaksih yan beritahu kakak ayat hilang sakit dari ustaz sarhan.

    ReplyDelete
  7. jjcm yg mengenyangkan
    gendang gendut tali kecapi
    kenyang perut senang hati
    nk ke mana pin dh x kisah, kan !

    dh lama x ke kuantan. last pergi dlu msa sepupu kawin dgn org dkt taman tas..
    teringin nk rasa nasi kerabu tu, sbb masa suami kursus di sana thn lps tengok mmbernya makan nasi kerabu mcm best je..

    ReplyDelete
  8. mmg betul2 jjcm ni..
    hehe..

    ReplyDelete
  9. terliur dah ni.hahaha..

    sakan betul jjcm..kenyang perut suka hati..seronok klu makan reramai cambi..selea pun lebih sikit kan klu dh ramai2

    ReplyDelete
  10. terbaik la.
    makanan kat sana merbeles.
    sata, kopok lekor... i like pantai timur :)

    ReplyDelete
  11. kecur air liur tengok ketam telur masin :-))

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...