Assalamualaikum...
hari pertama selepas check in di homestay dan settlekan apa yang patut kami keluar menuju ke pantai sepat.
bukanlah nak mandi laut pun sekadar melepak di tepi pantai..mama memang malaslah nak mandi laut, lagiupun ombak agak kuat, jadi kita lepak saja.
cuaca yang cantik, tenang dan damai... angin pun bertiup lembut, memang seronoklah. kami bentang tikar dan keluarkan bekalan yang telah dibawa sementara menunggu pakcu sampai.
antara juadah yang tersedia, dapat makan ditepian pantai bertambah sedap. anak-anak nak mandi laut tapi mama tak izinkan sebab ombak kuat, risau juga mama.
sudahnya main layang-layang dan buat istana pasir saja. puaslah bermain di pasiran pantai sehingga ke maghrib.. menunggukan pakcik sekeluarga tiba disitu.
langit senja nampak bulan muncul.. awan sekeliling sudah mula gelap ada setompok awan yang masih cerah..sungguh menakjubkan ciptaan Allah...maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak engkau dustakan.
hari kedua selepas balik dari kemaman kami singgah lepak di cherating pula..
makan bekalan yang dibeli di kemaman keropok lekor dan sata goreng sedap. dekat sini dapatlah anak-anak lepaskan hajat bermain air laut, itupun pakai spender je sebab hari ni mama tak bawa pula baju mandi anak-anak sebab tak plan nak singgah pantai, plan on the spot je..kira oklah tu dapat juga cecah kaki dekat air lautkan..
family pakcik berpisah disini dengan kami sebab mereka nak balik kampung tekal pula..pakcik cakap tak puas ikut berjalan..inshaAllah lain kali kita plan jalan-jalan lagi.
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
wah seronoknya yan bercanda di pasiran pantai...
ReplyDeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
wow. paling aida suka ialah bekalan makan tu.
ReplyDeletesgt best. instead of beli makanan, kan?
terbaik la...
cantik lagi pantai dikuantan
ReplyDeletesubhanallah cantiknya pemandangan bulan nak keluar tu
ReplyDeletehaah betul tu kak..bahaya..sekarang musim ombak besar
ReplyDeletegambar senja tu cantik sgt..nice shoot..mata byk tertumpu pada makanan tu je.hehe
ReplyDeletesubhanallah , mmg cantik gambar senja dengan satu awan yang masih memutih ...
ReplyDeleteassalam. Trengganu dan Cherating memang dekat sangat di hati
ReplyDeleteLawanya pemandangan pantai tu..dah lama kami tak ke pantai..bestnya trip ke pahang ni.. banyak singgahannya.. budak2 bertiga tu seronokla ya, mandi pakai spender je.. haha. Budak2 kecil lg xpe..
ReplyDeletecantik nampak air laut tu tapi tula nak lepaskan mandi laut ni kena hati2 jugak kan. buatnya tetiba... huuu mintak dijauhkan. baik beringat sebelum kena
ReplyDelete