Assalamualaikum...
kalau bukan mama siapa lagi yang nak bangga dengan anak sendirikan...hehehe
Entah macammana lah abang dekat sekolah hari ni, papa hantar pagi ni sampai kelas, sambil tu siap briefing lagi dekat mana nak tunggu acik e masa balik nanti, risau juga mama walaupun abang memang biasa dengan acik e tu dan mama pasti acik e atau acik nurul mesti tunggu atau cari sampai jumpa kalau anak-anak tak muncul, kata acik nurul semalam "akak jangan risau kalau depa takdak nanti saya pi turut la, cari kat satu sekolah ni" hai legalah hati mama...
Hari ni mama bekalkan abang adam dengan donut, semalam abang adam kata nak bawa donut 2 biji. lepas seketika abang datang kembali pada mama yang tengah asyik menonton tv " mama...abang nak bawa 3 lah donut" " kenapa pula?" tanya mama " ye lah..nanti abang boleh makan dengan kawan abang" alahai..tersentuh hati mama mendengar kata-kata abang, mama bangga tau dengan abang, mahu berkongsi makanan dengan kawan.
Pagi ni mama bangun awal menggoreng donut untuk abang, isi dalam tupperware, mama tak pandai nak buat bento cantik-cantik, donut tu pun mama potong-potong bagi kecil supaya mudah abang nak makan dan supaya mudah juga untuk berkongsi dengan kawan-kawan nanti. Berkali-kali mama pesan bawa bekal dan air makan di kantin, risau mama takut abang tak dapat makan.walaupun mama sediakan bekal duit belanja pun mama bagi juga takut abang teringin nak membeli dikantin kan.
Ini mama kongsikan gambar abang semasa abang adam dikampung, saja sebagai kenangan gambar ni dikongsikan oleh paklong dan acu, video pun banyak yang dikongsi tapi video tu mama simpan dalam henfon je lah dulu, adik-adik masa abang adam dikampung tu, hari-hari dok ulang tayang video abang tu je la, rindu sangat waktu tu.
Hari-hari ada je abang adam request nak makan apa, seronoklah abang minta je nak makan apa mesti dapat, paklong,acu,wan dan atok rajin je melayan kerenah dan permintaan abang. Cerita wan kalau nak pergi beli barang dapur je, abang dah diap dengan list apa yang hendak dibeli..ikan,, sayur..buah dan tak lupa mainan untuk abang siap tulis yang murah je bawah RM10...hehehe abang...abang.. ada-ada je kan..
ini kerja abang setiap hari, petang je abang mesti nak ikut acu pergi kerja, itu abang dah siap sedia tunggu acu atas motor sebab takut kena tinggal, mujurlah acu kerja dekat je, dekat tempat kerja acu, abang baik je, duduk buat homework, orang tegur pun abang buat tak tahu je, malu ke??
bila malam je tepat pukul 9, abang dah ambil buku buat homework, acu ajar abang buat homework selain buku-buku yang dah mama bekalkan acu pun rajin beli buku dan print bermacam-macam soalan untuk abang buat,..soalan-soalan mudah je setaraf dengan abang la, oklah tu yang penting abang belajar walaupun duduk dikampung, tidaklah abang bermain saja, alhamdulillah...abang ingat pesan mama supya jangan lupa belajar...mana mama tak bangga dengan abang? mestilah mama bangga sangat-sangat.
antara hasil kerja mewarna abang, setiap apa yang abang warna tu mesti ada sebab kenapa abang warna dengan warna tersebut..paklong tanya kenapa pokok tu hitam? abang jawab sebab pokok tu terbakar, lepas tu apklong tanya kenapa awan abang warna hitam? abang jawab sebab nak hujan sebab tulah awan warna hitam...pandai abang.
Minggu lepas mama balik kampung ambil abang sebab minggu ni abang nak orientasi sekolah agama. makan tengah hari tu wan cakap lepas ni sunyilah wan ngan paklong abang takde, kalau tidak mulut abang je riuh, abang main sorang-sorang je tapi riuhnya macam sepuluh orang...hehehe cik jah sebelah tu pun tengok abang ada petang tu datang hulur buah rambutan, cik jah kata abang suka rambutan itu yang cik jah bagi sebab buah rambutan dekat rumah cik jah dah masak, dekat umah wan takde lagi buah rambutannya.
Abang...alhamdulillah hari ni, abang berjaya, mama whatsapp tecer tehah abang dah sampai taska, kata tecer sekejap lagi tecer nak whatsapp mama sebab nak cerita pasal sesuatu yang kelakar tentang abang...hehehe entah apa lah yang abang buat. kata ustaz kat taska abang suka kontrol ensem, ustaz tegur pun abang buat muka ketat kontrol ensem...sebab tu ustaz suka usik abang, kata ustaz, nanti besar abang mesti ensem...ahahaha...ensem tu bonuslah yang paling penting abang jadi anak yang soleh,anak yang beriman , solat,baca al-quran dan abang cemerlang didunia dan akhirat...
oklah mama berhenti dululah...nanti mama nak cerita pasal adrien pulak...
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Good boy lah abang ni..
ReplyDeleteMemang patut pun mama bangga..
terima kasih kak, biasalah mama ni walaupun hal kecil tetap berbangga
DeleteBagus abang.. semoga terus membesar jadi anak yang soleh dan pintar..
ReplyDeleteterima kasih doakan abg adam
Deletealhamdulillah . sejuk perut mama mengandung ...
ReplyDeleteitulah alhamdulillah..
DeleteSedap sedap nama anak Aryan ye...
ReplyDeleteMuka abang sama sebijik dengan adik. Hampir konpius mak
aah memang pilih aryan utk nama belakang anak2 tu...hehehe
Deleteabang dah balik dgn mama ye.. alhamdulillah bijak abg adam.. :)
ReplyDeleteabang dah balik ahad lepas sebab minggu ni orientasi sek.ren agama
Deletepandai abang adam ni. abang adam ni mesti rajin berfikir luar kotak. sebab tu dia boleh fikir nak kalerkan pokok dengan awan tu kaler hitam. good job abang adam!! sama jugak dengan adrien. moga keduanya berjaya dunia akhirat amin
ReplyDeletemungkin jugalah kiera, abang adam ni memang dia suka berfikir lain sikit...inashaAllah terima kasih doakan anak2 akak
Deletebijak abg adam ni..
ReplyDeleteterima kasih jijah...inshaAllah moga abg adam menjadi anak yg bijak
Deletebijak abg adam ni..
ReplyDeleteabg ingat cakap mama nyer.
ReplyDeletegood boy. guna kan masa dgn betul as per instructions :)