Assalamualaikum...
Alhamdulillah...dah selesai membeli barang keperluan sekolah anak-anak. Tak banyak pun yang dibeli. untuk abang adam sepasang baju sekolah rendah dan sepasang baju sekolah agama, jadinya ada dua pasanglah sebab sebelum ni dah beli sepasang untuk orientasi.begitu juga kasut 2 pasang juga.
Kata buah hati mama beli 2 pasang dahulu, nanti beli lagi takut-takut abang membesar pula nanti..hehehe mama ok je, selain itu beli 2 helai baju putih dan 2 helai seluar trak hitam untuk orientasi sekolah rendah nanti.
Alat tulis memang mama beli banyak sikit,macam nak buka kedai stationery pulakkan tapi mengikut pengalaman sebelum ni masa abang adam di tadika setiap hari ada sahaja barang yang hilang, jadi beli secukupnya supaya bila diperlukan dah ada dalam simpanan tidaklah kalut mama nak ke kedai, apatah lagi tahun depan adrien juga sudah mula tadika.takut sama pula dengan abang adam asyik hilang pensil,pemadam dan pembaris.
kemudian sesi mencari beg, kata adrien dia nak beg robocar poli, abang adam tak beritahu beg apa yang dia mahu, tapi tiba saja di kedai, tengok beg yang dia nak terus tak lepas, sabor jelah menengoknya..tapi papanya layankan saja.
inilah beg pilihan anak-anak, abang adam satu set beg transformers dan bekas pensil transformers, adrien hanya memilih bekas pensil robocar poli, beg dia tak mahu, tak apalah sebab beg yang dihadiahkan oleh mokdenya sebelum ini pun masih elok dan boleh digunakan lagi, abang adam pun beli sebuah beg je untuk sek.rendah, untuk sekolah agama guna beg yang mokde hadiahkan juga sebelum ini, masih elok, jadi tak perlu membazirkan.
beg yang gambar ala-ala ana muslim tu tentulah untuk tuan puteri, haii dia pun ada beg juga, pagi-pagi pergi taska nak bawa beg, pada hal bukan sekolah lagipun, saja beli boleh juga dibuat isi pampers dan baju jika hendak berjalan-jalan.(ini tidak handbag mama ni lah yang selalu jadi mangsa isi macam-macam barang..hehehe) siap cakap pula tu, gambar yang besar tu yaya, yang gambar kecil atas tu kakak daeisha dan kakak aimy, kedua-duanya kakak sepupu adelya.
tengoklah yang paling semangat hendak bersekolah..tentulah adelya, malam sesudah mandi dan pakai baju, mesti datang pada mama nak pakai beg " yaya nak pegi kul" katanya. Beg dah ok nampak ayu je, tapi tuannya bukan main bergaya otomen...hadoii lahh.
Terima kasih buat blogger yana yani yang share tips membeli kelengkapan sekolah bukan itu saja siap ada ucapan untuk abang adam lagi tu, terharu mama dibuatnya tau. Selain itu terima kasih juga buat blogger fiza rahman yang share kelengkapan sekolah murid darjah satu Segala yang dikongsi itu sangat-sangat membantu mama dalam membuat persiapan untuk abang adam masuk darjah satu.
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
comel beg adelya.
ReplyDeleteakak.emel kat cikjelita899@gmail.com ye nama,alamat dan no tel untuk kupon pizza tu.tQ
ok aimi...tq ya
Deletecantiknya beg yaya..
ReplyDeletekitaorg pun baru beli brg keperluan sekolah aimy mggu lepas.
buat masa ni, tadika lagi x bnyk la yg kene beli.. tggl nk byr yuran je.
mcm mana la aimy darjah satu nnt..
amboi cantiknya beg yaya..
peminat otomen ye..
itu je yg ada mokde, yg lain byk frozen tapi biasalah papanya tak berkenan frozen jd kita amik yg muslimah sikit..ehehe
Deletebyk membeli tu sebab adrien pun dah tadika tahun depan, stationery la kena beli lebih sikit
wahh sonoknyer dapat beg sekolah baru kannn., ;p
ReplyDeleteitulah wak..seronok anak2 bila dapat beg baru
Deletebesar beg dari tuan..hehehee
ReplyDeletebetul tu zee..hehehe saja beli besar boleh guna lama
Deletedah siap semua kelengkapan persekolahan anak2 ya...bagus tu xlama sekolah dh nk buka...
ReplyDeleteitu la PI tak lama dah nak buka sekolah, dah beli semuanya lega dah rasa
DeleteRutin tiap2 tahun.. ;)
ReplyDeletesaya ini yg pertama sebab anak baru masuk darjah 1..hehehe
Deletehehehe..adoi yaya...beg lebih beso dari tuannya...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. semoga anak-anak lebih bersemangat untuk ke sekolah nanti..
ReplyDeletealhamdudulilah lengkap dah senang hati kan kak. selagi tak lengkap selagi tu duk bersusah hati
ReplyDeleteseronoknya buat persiapan sekolah anak2.. anak2 pun excited semua baru
ReplyDeleteda siap da. legaaa kan?
ReplyDeleteijat dpt belikan beg robocar poli tau.
happy dia :)