Wednesday, 2 December 2015

perihal rumah

Assalamualaikum....


cerita dah agak lama tapi mama tetap nak abadikan disini juga...

Selepas menghadiri ujian diagnostik abang adam, mama papa dan abang adam menuju ke putrajaya, kami ke bpp

3 minggu lepas mamapapa dah ke sini, tapi permasalahan belum selesai, pemaju asyik call mama je, mama malas nak call bpp, pergi terus lagi senang. dokumen semua dah bawa sekali.

Sampai je ambil nombor, alhamdulillah tak perlu menunggu lama, baru je duduk nombor sudah dipanggil, kebetulan dapat pegawai yang sama masa mama datang 3 minggu lepas, ingat lagi dia dekat mama, disebabkan mama pernah buat aduan, jadi kali ini mama terus disuruh naik ke pejabat.



abang adam sempat lagi bergambar sementara menunggu mama berurusan, mama berurusan diruangan ini juga hehehe, sementara menunggu pegawai yang berkenaan datang abang adam sempatlah jadi ultraman, power rangers dekat sini. ada staff wanita yang lalu tegur " dah jadi ultraman tu" hehehe mama gelak aje, apa nak buat anak aktif macam tu la.

Kali ini baru mama tahu pegawai yang incharge fail mama untuk pinjaman perumahan ini, jadi mudahlah untuk berhubung nanti jika terdapat apa-apa masalah lagi, setelah perbincangan dibuat pegawai tersebut akan menyelesaikan masalah yang dihadapi secepat mungkin.

masalah ini sebenarnya bukan dari bah.pinjaman perumahan dan bukan juga dari pihak mama kerana segala dokumen telah lengkap dan pinjaman juga sudah diluluskan, tapi masalah ini datang dari pemaju, pun begitu mama kenalah juga berusaha untuk menyelesaikannya kan.

masalah yang mama hadapi bila bpp belum membayar tuntutan dari pihak pemaju, bila mama semak pada kali pertama, dalam sistem bpp cuma ada satu claim dari pemaju sedangkan dipihak mama sudah ada dua surat tuntutan.mujur masa tu mama bawa segala surat yang mama terima. rupanya surat tuntutan pertama dari pemaju sampai sebelum geran gadaian diserahkan, jadi claim itu tidak boleh dibuat dan di kiv dulu.

Tapi alhamdulillah...semuanya dipermudahkan walaupun kata pegawai dikaunter, baru masuk voucher mungkin lambat lagi akan diproses. itulah rezeki Allah nak memudahkan urusan mama, dalam masa 3hari semua tuntutan pemaju telah dijelaskan.lega sangat mama rasa...moga urusan selepas ini juga akan dipermudahkan.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

19 comments:

  1. semoga semua berjalan lancar ye.
    ada tnya pasal ubt gigi free kat blog aimi kn. daftar kat trumerx.com.tetiap bulan dpt credit trm.nti boleh tebus mcm2 tp aimi selalu tebus ubat gigi je.xminat produk lain.

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan sumenye kak.. hihi

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan urusan yeaa. :)

    ReplyDelete
  5. syukur alhamdulillah dipermudahkan Allah urusannya..insyaAllah ada hasilnya.

    ReplyDelete
  6. Semoga urusan rumah dipermudahkan ..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah ... kalau bab ni memang teruja kan.. beli.rumah r renovate rumah.. agaknya sb duit banyak habis ya.. memang rasa gembira sgt kalau dpt perkhabaran tentang rumah bakal boleh duduk, bakal siap renovate dll..

    ReplyDelete
  8. memang payah urusan dgn bpp.
    surat menyurat guna pos biasa.
    hu hu hu memang jimat bebeno.
    sama ler dgn pemaju.
    umah aida da dpt kunci.
    kena interest hampir seribu jugak la dek krn bpp lambat release payment.

    ReplyDelete
  9. bpp ni kalau kita nak call memang diorang tak berangkat pun. kalau angkat pun nasib. nak mudah kena turun sana kan kak. pape pun moga urusan akak sekeluarga dipermudah amin amin

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...