Assalamualaikum...
Alhamdulillah hari ni genap usia abang 6 tahun..besar dah abang terasa sekejap sangat waktu berlalu. belum puas mama peluk cium abang...hehehe sekarang ni bukan tak boleh peluk cium abang tapi kadang-kadang abang malu bila mama cium abang.
Abang yang perihatin, abang yang bermulut manis..bila mama terbaring je cepat abang tanya "mama tak sihat ke? jangan lupa makan ubat" sambil tangan kecil abang tu picit-picit kepala dan kaki mama.
Abang yang bermulut manis selalu puji mama...hehehe bukan setakat sampai tecer pun terharu dengan abang,balik dari cuti duduk kampung 2 minggu tu, pergi taska, abang cakap abang rindu tecer lepas tu siap request tecer masakkan tomyam ayam sebab abang kata sedap...hehehe tecer whatsapp mama bagitahu terharu bila abang cakap macam tu..
Moga abang jadi anak yang soleh, rajin solat, rajin baca quran..cemerlang dunia dan akhirat.
Mamapapa,adrien dan adelya sayang abang...tahun depan dah sekolah belajar rajin-rajin ok.
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
selamat ulang tahun untuk adam!
ReplyDelete^_^
selamat ulang tahun.. semoga membesar jadi anak yang sihat dan soleh..
ReplyDeleteterima kasih doakan abang adam
DeleteHepy Bezday Adam....moga makbul doa mama.
ReplyDeleteAlahai pandainya Adam ambik hati....mesti semua org sayangkan Adamkan
terima kasih...inshaAllah..
Deletehepy besday abang. moga sentiasa sihat berjaya dunia dan akhirat. abg banyak tanam tebu di tepi bibir ni hihihihii ;)
ReplyDeletebesar dah abg adam ni.. moga membesar jadi anak yg soleh k syg
ReplyDeleteda besar da abg adam..
ReplyDeletehappy birthday.. semoga jadi anak yg soleh, cemerlang dunia & akhirat..
happy birthday abang adam..kiranya sweet talker la abg adam ni..pandai puji ni mesti ramai awek.ok gak ni book buat menantu.hahaha
ReplyDeletesalam ulangtahun dari acik aida ye abg adam.
ReplyDeletemoga jadi anak yg soleh buat bekal ibu ayah ke jannah kelak.
in shaa Allah :)
selamat ulang tahun abg adam...moga jadia anak yang soleh...insyallah amin
ReplyDelete