pic pinjam pakcik gugel je |
Jarang tau mama dan buah hati nak duduk mengadap depan tv untuk tengok drama rantaian adaptasi novel, bukan tak punya masa cuma tak berminat dengan jalan cerita.
selepas cerita Love you mr.arrogant yang memang kami follow dari awal, sekarang ini kami follow Tuan Anas Mikail pula...dari episod pertama kami follow. minggu lepas tak sempat tengok, ahad kami tengok 4 episod ulangan berturut-turut tau...hehehe bukan mama je layan, buah hati mama pun sama tengok, siap buah hati mama tu gorengkan keropok lekor lagi, makan sambil tengok Tuan Anas.
Mama memang takde baca novel Tuan Anas Mikail ni dan tak tahu jalan ceritanya macammana, tapi permulaan cerita je dah menarik minat mama untuk mengikuti cerita ini sampai ke episod terakhir. Bagi mama jalan cerita dan pelakon yang berlakon semuanya kena dan menjadi lakonan mereka.
Aron aziz sebagai tuan anas mikail memang tak dapat nak disangkal lagi mutu lakonannya...eceh mama tak minat pun aron aziz tapi bolehlah nak tengok lakonannya kan. paling mama suka zara zya la hahaha...comel je kadang-kadang boleh buat mama senyum dan ketawa dengan karekter yang dibawa. pak hamid lakonan shah reza pun mencuit hati. roy azman dan raja ilya dengan watak jahatnya memang menjadi dan mengundang rasa sakit hati mama ni haaa.
Malam ni dah episod akhir, oklah dramanya tak panjang berjela-jela, takde lama sangat mama nak tunggu ceritanya habiskan..hehehe, entah apa akhirnya kan...happy ending sad ending ni?..berdebar je mama rasa..hehehe
minggu depan drama baru pula bakal menggantikan drama ini mungkin best juga sebab terbitan dato' rosyam tapi mama tak tengok kot sebab tak minat pelakon lelakinya...hahaha. pelakon pun memainkan peranan untuk mama tengok sesuatu cerita tu
ok tu je...bye
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad
Wassalam
Salam Kak..
ReplyDeleteHIihih... mak cma suka betul layan citer ni... :)
waalaikumsalam cma...akak pun suka
DeleteHaha.. dah abis ke? Saya sempat tgk rasanya 2 episod je.. huhu.. rumah kami ni kalau tak kartun, drama korea je jd pilihan.. yg lain tu jarangla sikit
ReplyDeleteabis dah aisy...akak kebetulan adam ada dikampung sekarang bolehlah tengok cerita ni
Deleteaida tgk semlm :)
ReplyDeleteok ok ajer la ending nyer.
as expected.
aida ni jarang dpt ikut drama berepisod ni.
dok baca member post komen kat fb aje.
tengah panas cerita ni...kawan.yan siap beli buku
ReplyDeletebetul tu...pelakon memainkan peranan...kalau pelakon tak kenal..tentu pelakon baru..bila baru mesti kayu...huhu
ReplyDeletekakak dengan abang ipar pun follow cerita ni. kitorang folloy gegar vaganza ekekekeke :p
ReplyDelete