terima kasih sahabat

Assalamualaikum....

barangnya mama dah lama dapat, minggu lepas lagi 2 barang mama dapat berselang hari je, sekarang baru nak up entri.

terima kasih buat sahabat maya mama, walau tak pernah bersua muka, tapi terasa ikatan tu begitu erat. mama ni je belum bagi apa-apa lagi pada sahabat maya mama, inshaAllah perancangan ada cuma apayang diberi tu masih difikirkan, kalau boleh nak berikan sesuatu yang bermakna.

nak tahu apa mama dapat dan dari siapa? yang pertama mama dapat keychain dari blogger comel  kiera sakura, hari selasa mama naik ofis setelah 5hari bercuti, tengok-tengok ada satu sampul diatas meja mama, kawan-kawan pun sibuk bertanya "dapat apa tu kak?" "dari member blog nih"jawab mama..seronok rasa sebab dapat sesuatu dari sahabat.



pemberian dari kiera, terima kasih kiera diatas pemberian ini, sangat-sangat mama hargai atas ingatan terhadap mama,moga kiera terus diberi kebahagian disamping suami dan anak yang comel itu fateh uwais,sejuk hati mama tengok fateh uwais tu tau, sape-sape yang belum kenal kiera boleh lah ke blog kiera, berkenalan dan tengoklah telatah fateh uwais.


yang kedua mama dapat dari blogger yan blogger yang mana bila mama terjah blog beliau mama rasa suka sangat sebab penuh dengan kata-kata hikmah dan sering mengajak kita berzikir di setiap hujung entrinya. oh ya sekarang ni yan tengah gusar dan risau akan kesihatan abahnya, marilah bersama kita berdoa moga abah yan diberi kesembuhan dan semoga yan tidak risau dan gusar lagi, yan pun jaga kesihatan juga tau.



inilah yang mama dapat dari yan, canti sangat mama suka, belakangnya ada sedikit catatan dari yan.

apapun mama berharap persahabatan kita dialam maya ini akan berkekalan hingga ke dalam syurga Allah kelak. sahabat yang baik tidak hanya mampu berkongsi susah dan senang, tapi sahabat yang baik dapat memberi syafaat buat sahabatnya pada hari kiamat kelak...wallhu'alam (betulkan mama jika mama tersilap, sebab masih cetek ilmu agama, risau tersilap memberi kata-kata)

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Comments

  1. tahniah sis dapat hadiah..I pun dapat dari Kak Yan.. Jom doakan kesihatan abah kak yan

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... indahnya ukhuwah terjalin walau sekadar di alam maya

    ReplyDelete
  3. tahniah..hadiah pengerat hubungan.

    ReplyDelete
  4. Tahniah! Hadiah & pemberian daripada kenalan maya mengeratkan lagi hubungan :)

    ReplyDelete
  5. Cantik.. tahniah dpt hadiah dr sahabat alam maya..

    ReplyDelete
  6. salam kenal gak..

    seronok ye dapat gifts dari kenalan maya..

    ReplyDelete
  7. Salam mama..

    Cantiknye hadiah mama.. Burung helang tu cantik.. 😍😍😍

    ReplyDelete
  8. Wah. Murah rezeki akak.. hadiah yg bermakna sangat ni.. moga murah rezki pemberinya..

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah...insyallah...amin...

    ReplyDelete
  10. alhamdulilah sampai dah hadiahnya. itu je yang mampu bagi buat masa sekarang. tanda terima kasih selalu ada dengan kira :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts