Friday 4 December 2015

ubati sakitmu dengan sedekah

Assalamualaikum...


ini sajalah mama nak share, dah lama sebenarnya nak share tapi asyik lupa je kan, perkongsian ini dari rancangan Tanyalah Ustaz kat TV9, tapi mama lupa dah tajuk apa dan siaran bila sebab lama sangat dah rasanya.

ada salah satu yang ustaz tu cakap yang mama ingat katanya Nabi saw berkata"ubatilah sakitmu dengan sedekah"

Diceritakan pada suatu masa ada seorang lelaki yang pergi berjumpa doktor dan dikatakan oleh doktor bahawa lelaki ini mengidap penyakit kanser dan boleh hidup sehingga 6 bulan sahaja lagi...sedihlah lelaki ini.

kemudian dia berjalan pulang dalam perjalanan pulang disebuah pasar dia ternampak seorang wanita tua yang sedang membeli tulang, lantas lelaki ini bertanya "mengapa engkau hanya membeli tulang, tidak dagingnya?" berkatalah wanita ini " aku hanya mampu membeli tulang ini untuk dimasak kepada anak-anak yatim jagaanku" sedihlah lelaki ini melihatkan keadaan itu.

lantas lelaki itu berkata "mulai hari ini aku akan membiayai belanja makan untuk anak-anak yatim jagaanmu sehingga ke suatu waktu" mungkin sehingga ajal menjemputnya.

hendak dipendekkan cerita maka tibalah harinya lelaki itu bertemu kembali dengan dokter yang merawatnya. setelah membuat pemeriksaan doktor bertanya "ubat apakah yang dia makan?" jawab lelaki itu dia hanya makan ubat yang dibekalkan oleh doktor. kata doktor " betulkah kerana sel kanser kamu sudah tiada sama sekali".

Sebenarnya ubat kanser bagi lelaki itu adalah sedekah, sedekahlah yang telah membuatkan sel kanser itu hilang dan lelaki itu sembuh dari penyakitnya.

sedekah...bukan sahaja dapat mengubati penyakit tetapi dengan bersedekah juga rezeki kita akan bertambah,dengan memberi.. lebih banyak kita akan menerima, dengan memberi juga kita akan mengukirkan senyuman pada wajah insan-insan yang memerlukan.

Sedekah bukan sahaja dari segi wang ringgit,bahkan senyuman itu juga satu sedekah, setiap sendi kudrat yang dihulurkan juga satu sedekah, pendek kata sedekah itu dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk.




Di FB mama ada follow satu page ni, telekung project,mama seronok tengok usaha yang dilakukan oleh admin azila aziz namanya. telekung project ini mulanya hanya menjalankan aktiviti membasuh telekung-telekung di masjid dan surau, ambil bawa balik basuh..bukan calang-calang orang mampu melakukannya kan, walaupun nampak mudah.

sekarang ini mama tengok pelbagai lagi usaha yang dilakukan oleh puan azila ni, seronok mama tengok kegigihan beliau untuk membantu insan lain yang lebih memerlukan.



ini adalah usaha terkini beliau, moga segala usaha yang dilakukan mendapat ganjaran yang besar disisi Allah swt..

Mama tak dapat nak buat apa yang puan azila ni buat,mama cuma mampu berkongsi apa yang diusahakan oleh beliau, sokongan mama atas usaha yang dilakukan. Moga dengan perkongsian mama ini dapat menyebarluaskan lagi apa yang sedang diusahakan oleh beliau.


Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

16 comments:

  1. Banyak sebenarnya ganjaran apabila rajin bersedekah,bukan saja pada wang ringgit malahan sedekah senyuman juga mungkin dapat menghiburkan hati seseorang.
    Mudah2an dgn bersedekah dapat mengubati sakit yg kita hadapi...itulah yang kakak ikhtiar kan skg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah kak...moga segala usaha akak berhasil &diberi kemudahan dlm setiap urusan akak

      Delete
  2. Terima kasih atas perkongsian..
    Seronok tgk usaha2 kak azila ni.. kita tlg sebarkan pun salah satu usaha juga.. hr tu ada dgr perkongsian dari nabil raja lawak.. dlu dia susah.. apa yg dia amalkan ialah dgn bnykkan sedekah & mengutamakan kedua ibu bapa.. sedekah ni bnyk kelebihannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2...seronok tengok orang yang buat kerja2 macam ni, k.lah ni hanya tolong setakat yang termampu je lah.

      Delete
  3. insyaAllah terima kasih sharing

    ReplyDelete
  4. teringin nk membantu... biarpun tak banyakkan kak... jnji sedekah itu ikhlas

    ReplyDelete
  5. sgt bermakna entry ni.
    sedekah adalah ubat segalanya ekk.
    bila mana kita mudahkan org lain yg perlukan.
    Allah akan mudahkan kita plak.

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah. Moga sentiasa dalam keadaan rela dan sanggup berkongsi apa yang ada.. jangan la diuji dengan perasan takut berkurang jika berkongsi dengan yang lain..

    ReplyDelete
  7. Sedekah juga sebagai penolak bala, terima kasih sudah berbagi ilmu

    ReplyDelete
  8. salam sis

    jom join contest ni eyta tag sis tau :)

    http://masitaeyta.blogspot.my/2015/12/menang-header-daripada-aisyhah-nyais.html

    ReplyDelete
  9. sebaik2 sedekah adalah tangan kanan memberi..tangan kiri jangan tahu

    ReplyDelete
  10. the power of sedekah kan kak. pernah baca jugak kalau dah lama tunggu zuriat. salah satu amalan kena gandakan adalah sedekah jugak :)

    ReplyDelete
  11. Kuasa sedekah kan sis...
    memang dari dulu follow Telekung Projek ni..byk aktiviti amal.. satu lg sy suka Projek Iqra.. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...